Assalammualaikum para pembaca dan admin. Tak reti sangat nak mengarang sebenarnya tapi tiba-tiba rasa hendak menulis di sini. Harap admin approve. Terima kasih.
Seperti tajuk di atas, aku sedang mencari keikhlasan di dalam hati aku. Aku rasa kosong, sunyi, aku tak tahu apa aku rasa selepas ibu aku meninggal pada tahun lepas.
Aku rasa seperti hilang arah, mencari seseorang yang aku tahu tidak akan kembali. Perasaan tu masih ada sehingga kini. Solat pun aku cuma ala kadar, atas memenuhi kewajiban. Hati aku seolah-olah sudah mati saban hari.
Setiap pagi aku bangun, aku mengharapkan aku mati supaya tidak tersiksa dengan perasaan kosong ini. Aku ibarat mayat hidup yang menunggu masa untuk pergi. Selera makan aku berkurang dari hari ke hari. Aku semakin kurus dan mudah sakit. Aku tidak tahu apa yang aku mahu dalam hidup iniβ¦
Aku mempunyai seorang adik lelaki yang OKU masalah pembelajaran dan ayah aku menghidapi stroke sejak 9 tahun yang lalu. Ayah aku merupakan seorang pesara dari syarikat swasta. Dulu ibu dan aku menjaga ayah dan adik . Sekarang ibu sudah tiada, aku yang terpaksa menghadapi semua bersendirian. Saudara mara jauh di perantauan. Kadang-kadang aku penat dan tiada tempat untuk meluahkan.
Ibu aku meninggal 3 hari lagi sebelum hari raya, sudah tiada makna kemenangan lagi bagi aku. Bila terkenag hari raya, aku akan mengingati wajah ibu aku saat ditutup kain kafan. Sungguh perit apabila aku mengusung jenazah ke liang lahad dan melihat ibuku ditanam.
Aku rindu apabila saat pulang ke rumah, ibuku menunggu di kerusi sambil tersenyum melihat ku. Sekarang sudah tiada lagi. Aku pula yang duduk di kerusi dan menunggu ibu ku untuk pulang ke rumah.
Tolong aku untuk kembali bersemangat untuk hidup. Aku letih dan tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Aku cenderung untuk membunuh diri saat ini.
Dulu masa aku belajar di UIA, aku ambil skill basic counselling. Tujuan aku untuk ambil skill tersebut mungkin untuk merawat diri ku sendiri yang semakin kosong hari ke hari. Tolong tunjukkan aku jalan untuk keluar dari semua ini. Aku penat…
– Abang Ejal
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit