Mencari Jalan Untuk Curang

Assalamualaikum semua. Kalau ikut tajuk memang sensasikan? It’s only a way to get your attention to a common but unaddressed issue in a marriage.

Sebelum aku mula, aku rasa penting untuk aku give some context of my background and why I am the way I am. Aku datang from a dysfunctional family. Ayah ada serupa takde. Mak pulak masih nak bela biawak hidup di samping gila mencari duit.

Gila harta dunia tapi tak ke mana pun. Maka aku dan adik beradik dibesarkan dengan banyak benda yang lopong dalam kehidupan kitorang. Mungkin terlalu dalam & banyak lopongnya.

Daripada aku kecil aku dah tanam azimat untuk menjadi seseorang yang boleh menjaga & menanggung diri-sendiri. Self-sufficient bak kata orang. Long story short, aku sekarang adalah pekerja di salah sebuah syarikat terkemuka negara.

Daripada seorang budak marhaen comot yang tidak dipedulikan oleh sesiapa, terkadang aku sendiri masih hairan macamana aku berada di mana aku sekarang, financially & professionally. Alhamdulillah, semua rezeki daripada Allah.

Namun tak semuanya indah. 2 tahun aku bekerja, aku di diagnosed dengan d3pr3ssion sebab toxic bosses & toxic work environment. Aku marah dengan diri sendiri, kenapa lemah?

Kenapa lembik? I was brought up by 2 absent & incompetent parents, I grew up on my own, apa lah sangat dugaan ketika bekerja ni. Tapi kaunselor aku cakap toxic bosses adalah recurring trauma untuk aku. Toxic & absent parents, lepas tu bosses pulak. Sebab tu aku hit my rock bottom.

Dalam pada aku tak sedar aku sedang dalam keadaan d3pr3ssion, aku planned & financed my own wedding.

Looking back, aku distract diri aku dengan masa depan yang aku impikan. Mempunyai seseorang yang akan menyayangi & menjaga aku tanpa syarat. Sesuatu yang aku tak pernah ada & dapat. Kami mempunyai hubungan selama 5 tahun sebelum kahwin.

Aku shield husband aku daripada toxic parents aku dengan tuntutan wang hantaran diberikan kepada mereka untuk mereka sediakan wedding aku.

Aku bantah sekeras-kerasnya kerana duit wedding semua pakai duit aku sendiri, aku membesar, sambung belajar semua aku cari jalan sendiri.

Wang hantaran aku adalah untuk menampung sebahagian perbelanjaan kerana kami buat 1 majlis je. Wedding kakak aku habis mak aku ungkit bagai tiada hari esok sebab guna duit dia katanya sedangkan kakak hulur berpuluh ribu. Aku taknak perkara yang sama untuk aku.

Malam sebelum aku bertunang, aku bergaduh teruk dengan parents aku. Aku luahkan semuanya, almost hilang akal aku meluahkan kesakitan dan beban yang aku tanggung dalam diam bertahun-tahun sejak Darjah 1.

Kakak sulung tag team dengan aku sebab dia tahu aku bukanlah nak menyusahkan sesiapa malah lagi nak menyenangkan.

Parents aku nak kaut duit je sebenarnya tapi mungkin di situlah silap aku, memberikan jalan yang senang untuk husband aku tanpa dia faham & nampak tentang kehidupan yang telah aku lalui.

Second year of marriage, aku kena serangan d3pr3ssion yang teruk. Paling sedih, aku sakit dan down depan mata husband aku tapi dia hidup macam nothing happened. So another recurring trauma untuk aku.

Kena hadap toxic bosses and absent husband pada waktu yang sama disaat aku paling memerlukan support system. Suicidal thoughts jangan cakap lah tapi aku tak pernah act on it. Alhamdulillah, iman aku masih ada untuk aku tidak sampai ke tahap itu.

Sejujurnya, aku taktau apa yang ada pada perkahwinan ini. Makan pakai aku tanggung sendiri, sewa rumah bahagi dua.

Holiday semestinya aku yang plan dan dahulukan duit dulu (sampai sekarang husband aku masih berhutang dengan aku waktu dia diberhentikan kerja, sebahagian duit hantaran, duit barang rumah etc.).

Pada mulanya aku tak kisah, aku kahwin bukan sebab nak duit, nak material things. Tapi aku nak kasih-sayang, I need someone to be my rock, to be there for me. To enjoy and live life together, companionship.

Tak sampai setahun perkahwinan aku dah kena mengemis demi pelukan dan ciuman untuk aku rasa kasih-sayang yang aku impikan.

Entah apa dan kenapa susah sangat sedangkan benda tu percuma, tak pakai modal pun. Dan entah kenapa lelaki sebelum dan selepas kahwin lain. Hipokrit? Itu jela conclusion aku sekarang. Bukan aku yang sibuk ajak kahwin pun.

Banyak kali aku relapsed. Dan setiap kali aku bangun balik, penyesalan salah pilih suami tu jangan cakap lah. My only shot to feel the happiness that I wanted and I ended up chose the wrong person. Aku banyak kali relapsed sebab aku asyik salahkan diri aku.

Kenapa semua ni jadi? Aku daripada kecil memang bukan jenis susahkan orang, apa je yang aku tak buat? Apa je yang aku tak offer? Am I not worthy to be loved? Kalau dia tak sayang aku kenapa dia yang make his way dalam hidup aku dan dia yang ajak aku kahwin?

Aku buntu. Buntu sangat. Dengan Covid-19 ni lagi, aku tak nampak apa masa depan yang ada pada perkahwinan ini. Ini ke takdir hidup aku? And before orang nak cakap kasih-sayang hakiki adalah daripada Allah, aku bercakap daripada sudut fitrah.

Allah jadikan kita berpasang-pasangan, we are supposed to yearn for companionship. Kalau ikut perangai independent aku dan ketidakpercayaan aku pada institusi perkahwinan, aku pun tak teringin nak kahwin.

Buat apa, membazir duit aku je kalau perkahwinan macam ni. Baik aku fokus dengan hidup dan beribadatvdengan lebih baik kepada Allah.

Aku fikir halal haram je waktu nak kahwin tu sebab dah 5 tahun couple dan aku pernah cuba putuskan pertunangan tapi ended up kahwin jugak. Mudah je urusan kami semua kecuali part berkaitan dengan toxic parents aku. Aku kahwin untuk mencari kasih-sayang yang halal.

Aku istikharah, aku doa banyak-banyak sebelum kahwin. Aku taknak suami macam ayah aku. Aku taknak suami yang tipikal lelaki Melayu. Aku just nak bahagia. Apa yang aku boleh cari sendiri, aku akan cari sendiri. Apa lagi yang kurang?

Sometimes aku rasa sunyi sangat sampai rasa nak disappear je from muka bumi. Sometimes I wonder wujud ke lelaki yang ada emotional intelligence? Kenapa Allah cipta lelaki hanya untuk jadi beban wanita? Bukankah mereka patut jadi ‘khalifah’ dan pelindung wanita?

Berbalik kepada tajuk, aku rasa dalam perkahwinan ni aku je yang tutup kelemahan dia. Aku je yang kayuh nak bawa perkahwinan ni ke syurga.

At some point especially bila aku dah penat, marah, geram, aku tanya balik diri aku buat apa aku out effort untuk orang yang tak put effort pun untuk aku?

Orang yang rapat dengan aku dah taktau nak cakap apa dah dengan aku. Nak suruh ‘communicate’ macam-macam cara aku dah cuba. Cara elok, cara tak elok, cara lembut, cara kasar, cara dewasa, cara tak dewasa semua ada.

Dah pernah pergi kaunseling perkahwinan, kaunselor cakap aku terlalu ‘giving’ dan dia hanya menerima tanpa acknowledge dan appreciate apa yang aku dah bagi dalam perkahwinan ni. Itupun tak masuk dalam kepala dia.

Dia kata kaunselor biased sebab kaunselor tu perempuan. Dah pulak. Aku suruh cari and buat session dengan kaunselor lelaki. Dah 2 tahun habuk pun takde.

Aku masih muda, aku ada rupa (kot), aku financially independent, aku independent. Maka kenapa aku perlu hadap suami macam ni?

Aku ada terfikir nak join Tinder tapi kalau lelaki yang nampak baik macam suami aku pun sebenarnya sampah, entah apa lagi jenis lelaki yang ada dekat luar sana.

But at the same time, aku sunyi. Kakak aku masing-masing dah berkeluarga, dah ada anak.

Parents aku masih tak berubah, toxic dan gaslight kami. Kalau contact pun asyik la pasal duit. Emas penuh dekat tangan tapi asyik la nak duit duit duit. Mak aku tak fikir pulak yang kitorang anak muda ni struggle nak bina hidup dengan ekonomi yang makin teruk.

Nak ada anak pun aku fikir beratus kali what kind of future would the kid have dengan dunia yang sedang ‘terbakar’ and makin teruk ni. Aku taknak jadi macam parents aku, ada anak tanpa berfikir. Ayah aku, tak wujud pun takpe.

Aku dah fed up. Aku dah cuba macam-macam. Aku sampai doa dekat Allah aku redha kalau rezeki untuk berkasih-sayang takde untuk aku tapi tariklah nyawa aku sebab aku dah tak sanggup nak hadap kesunyian ni. Daripada kecil weh, aku cuba hadap.

Aku cuba usaha, aku dah cuba semuanya. Tapi sekarang aku rasa aku dah tak larat. Aku mencari jalan untuk curang. Tapi kalau jumpa suami orang atau lelaki sampah, memang aku akan basuh cukup-cukup.

Tak malu ke korang dengan Allah? Macam-macam privilege Allah bagi tapi kenapa korang pilih untuk jadi sampah?

– Isteri Yang Disakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *