Asslamualaikum. Meh nak introduce sikit. Nama saya Lina. Merupakan seorang penjawat awam dan seorang ibu kepada anak saya yang berusia 1 tahun. Saya dan suami sudah pjj hampir 3 tahun atas faktor saya tidak dapat berpindah. Kisahnya begini. Terlalu banyak ujian yang telah saya tempoh sepanjang pjj ini. Saya rungkaikan satu persatu.
1. Pregnant bersendirian.
Saya jauh dengan famili min. Apatah lagi suami. Saya pregnant sorang-sorang. Alahan pon sorang-sorang. Alahan saya berlarutan sampai kandungan cecah 5 bulan. Kemudian kalau mengidam memang akan cari sendiri. Pergi klinik checkup sendiri, angkat beg berat ketika pergi airport sendiri, sakit pinggang uruskan sendiri, kaki krem malam2 pon mengadu sakit sendiri. Memang ada col husband mengadu semua bagai, tapi husband hanya boleh dengar sahaja, tidak boleh buat apa2.
Even cari persediaan anak pon saya sendiri kecuali kalau balik le rumah husband. Untuk pengetahuan semua, jarak pjj kami sangat jauh. Hanya kapal terbang sahaja pengangkutan yang ada. Sedih jugak bila lihat suami teman isteri pergi checkup tapi saya pergi checkup sendirian. Maybe ujian buat saya n saya hadapi dengan tabah walaupon air mata mengalir setiap masa time mengandung tu
2. Sudah bersalin.
Selepas bersalin, saya mengharapkan dengan kepayahan yang saya lalui, permohonan pindah saya akan diluluskan, tetapi Allah uji saya lagi sekali. Permohonan saya gagal. Saya memikirkan cara bagaimana saya nak tempuh untuk jaga anak sendirian dinegeri orang. Oh ya, untuk pengetahuan semua, ibu bapa saya sudah tua and sakit, saya tak sanggup untuk membenarkan ibu bapa saya jaga anak saya. Jadi, saya ambil keputusan untuk jaga anak saya sendirian. Sebelum bawak anak saya disini, saya sediakan semua kelengkapan anak saya disini.
3. Ujian anak sakit.
Hanya ibu2 yang memahami bagaimana menjaga anak sakit sendirian. Time tu, emosi memang terganggu. Setiap masa nak gaduh dengan suami sebab memikirkan saya terpaksa tanggung sorang2, tapi suami kat sana hanya relaks sahaja dan tidak memahami apa yang saya sedang hadapi. Bila anak demam panas, muntah n cirit, saya drive sendiri untuk bergegas ke hospital. Masa itu, hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan saya menghadapi benda ni sendiri dengan badan penat tak cukup rehat, emosi tak stabil dan memikirkan kerja yang berlambak tidak dapat siapkan lagi. Waktu tu saya stress, memang kalau anak menangis, saya akan marah. Walaupon saya tau saya tidak patut marah anak saya
4. Ujian suami.
Kali ni ujian bagi saya sangat kuat apabila suami saya buat perangai semasa kami berpjj. Waktu tu, tuhan saya yang tahu perasaan saya macam mana. Saya sering pertikaikan kenapa Allah uji aku macam ni. Kenapa Allah pilih aku? Tak cukup lagi ke aku diuji dengan pjj, dengan anak, dengan keje di sekolah, kenapa Allah pilih aku? Ya. Saya tahu. korang akan kecam saya. Mesti ada yang cakap tak baik pertikaikan semua keje tuhan. Saya tahu benda tu. Kadang2 apabila emosi tidak stabil, secara tidak langsung soalan itu berlegar2 dalam hati and fikiran saya. Sehingga satu hari, saya tergerak hati untuk google cara untuk redha. And saya terbaca satu artikel ini.
“setiap ujian pasti ada hikmahnya. Mungkin ini salah satu cara untuk Allah tunjukkan kasih sayangnya terhadap kita. Allah pilih kita untuk diuji sebab Allah sayang pada kita. Allah tahu kamu kuat akan ujian ini dan Allah tahu kemampuan kamu. Redha adalah apabila kamu tidak lagi mempersoalkan ujian yang diberikan kepadamu. Cuba cari hikmah disebalik ujian yang kamu terima, pasti kamu akan menikmati ujian tersebut. Dan percayalah, setiap ujian yang kamu telah lepasi, Allah akan naik darjatmu dan Allah akan bagi lagi ujian yang lebih hebat. Ini disebabkan kamu sangat hebat dimata Allah. Jangan gagal dan kecundang di setiap ujian, kamu pasti akan gagal selama2nya”
Saya dengar ayat ini, saya baca dan hayati, saya terus menangis. Minta ampun kepadaNya kerana mempersoalkan setiap kerjanya. Saya berdoa agar dikuatkan hati dan diberikan jalan untum setiap masalah yang dihadapi.
Sampai satu ketika, dimana saya ternampak seorang ibu tunggal yang menjaga anak lelakinya yang saya rasa dalam lingkungan 5 tahun. Anak lelakinya kucup ibunya dan bermain serta peluk ibunya dengan kasih sayang. Ketika itu saya sedar bahawa saya ada anak yang boleh melayani saya seperti itu. Jika kakak tu bole masakam aku tidak. Ketika itu, saya mula mencari hikmah ujian yang datang dan alhamdulilah saya lebih redha sekarang ini.
For readers, saya harap korang tolong doakan kebahagian rumahtangga saya kerana saya sedang mencari jalan untuk kukuhkan balik rumahtangga kami dan memberi peluang skali lagi pada suami saya walaupon kami sedg berjauhan dan saya mengharapkam pjj ini akan berakhir dengan segera. Pleasa doakan kebahagian rumahtangga kami sampai ke syurga dan tolong doakan supaya suamu saya bertaubat kepada Allah dan saya terus redha dalam ujian yang diberikan
– Lina
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit