Nama aku Bella. Hidup ini sukar, sangat sukar.
Orang hanya nampak aku bahagia, hanya kerana aku tidak meluahkan pada media sosial dan hanya meluahkan pada beberapa kawan yang aku percaya sahaja.
Orang cakap aku beruntung dapat belajar, rezeki. Tetapi hakikatnya sebenarnya, hidup aku kosong.
Dilahirkan sebagai seorang introvert dan pendiam. Aku tidak rapat dengan kedua ibu bapaku.
Digelar bodoh, hati busuk, hodoh malahan aku ini anak yang memalukan orang tua oleh orang tuaku sendiri dan aku percayakannya.
Hahaha, apa yang disebutkan itu doa. Dia orang tak rasa ke apa yang diucapkan dekat aku tu remukkan hati aku. Aku rasa hidup aku kosong.
Mak aku pernah cakap dia malu dan menyesal mempunyai aku sebagai anak. Aku rasa aku tak layak pun hidup. Nak hidup, rasa terseksa. Nak mati, aku fikir siapa nak jaga kucing-kucing aku.
Masa sekolah menengah, aku pernah mencuri sebab lapar. Aku sarapan dekat rumah sebelum pergi sekolah kalau ada lebihan nasi semalam.
Mak aku tak bagi duit belanja untuk makan. Aku pernah minum air paip yang dekat tandas sebab sayang nak beli air mineral yang hanya berharga RM1 dan tiada siapa pernah tahu pun.
Aku nak kahwin, sebab aku fikir ini sahaja cara untuk aku keluar dari masalah ini.
Mak saudara aku menentang, atas alasan lelaki itu miskin, tak mampu nak sara hidup aku. Dia cakap aku dah biasa hidup mewah kerana aku dilahirkan dalam keluarga t20.
Hahahaa, tak ada siapa pernah tahu aku pernah mencuri hanya kerana lapar dan minum air paip dekat tandas. Dia hanya nampak daripada luaran, bukan daripada dalaman.
Aku rasa hidup aku ini tidak berguna. Aku rasa aku hanya teruskan hidup untuk kucing-kucing aku sahaja. Aku dah tiada motivasi untuk hidup.
Aku tak tahu ke mana hala tuju aku. Aku sambung belajar, tapi aku hilang motivasi. Aku rasa macam duduk neraka dekat rumah.
Hari-hari kemas rumah tapi mak aku tak hargai pun. Yang dia nampak salah aku sahaja. Aku sakit, tapi aku tak cakap. Kalau bercakap pun dengan mak ayah aku tak sampai 5 minit pun, padahal duduk 1 rumah.
Aku cemburu mak ayah peluk anak2 dia, cakap benda baik2, boleh bergurau dengan mak ayah masing2 sedangkan aku nak bercakap pun dengan dia orang pun dah susah, apatah lagi bergurau.
Aku hampir nak bunuh diri, cakap lah cara apa sahaha aku tak pernah fikir. Tapi aku takut dosa dan siapa nak jaga kucing aku.
Hahaha, cakap pasal dosa. Orang cakap redha Tuhan itu atas redha mak ayah. Aku rasa aku dah pasti masuk neraka. Orang macam aku tak ada tempat di syurga.
Aku nak buat amalan baik pun teragak2, masihkah Tuhan pandang niat baik aku? Kenapa lahirkan aku? Kenapa aku rak mati je masa dalam kandungan duku? Kenapa mesti aku dilahirkan?
Aku rasa akulah manusia yang paling tak berguna sekali..
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Sekurangnya anda masih rasa tanggungjawab pada kucing. Sabar dan kuatkan semangat jangan mengalah ! Ada sinarnya nanti Insha’Allahh. Dia nak uji hambanya tu.