Assalamualaikum semua pembaca.. Terima kasih kalau admin sudi siarkan confession ni.
Minta maaf kalau aku tak pandai nak menulis or ayat berterabur. Cuma nak cerita kisah aku dan minta pendapat korang semua. Aku just straight to the point jelah.
Aku perempuan umur lewat 20an belum berkahwin. Sejak dari sekolah aku ada menghadapi masalah keguguran rambut.
Start dari tingkatan 1, aku ada perasan rambut aku dah start gugur dengan amount yang sangat banyak tapi still okay lagi. Rambut aku sebelum tu oleh dikatakan agak lebat jugak lah. Cuma after that dia dah start gugur.
Mulanya aku takda la kisah sangat tapi makin lama makin teruk dan rambut aku start makin menipis. Cuma yelah masa tu aku takda rasa nak betul-betul treat masalah aku.
Mak ayah aku pon tau rambut aku start gugur tapi diaorang pon macam tak kisah. Mungkin anggap benda ni benda biasa. Aku tak salahkan diaorang. Diaorang pon cuma orang kampung biasa saja. Apalah sangat yang diaorang tahu kan.
Cuma after aku dah start masuk university aku memang dah start rasa insecure sampai lah ke hari ini ketika aku sedang taip confession ni.
Macam-macam cara aku dah try pakai minyak rambut, syampoo even ubat untuk makan segala benda yang mahal dan murah semua dah try tapi satu pon takda yang menjadi dan rambut aku semakin hari semakin menipis.
Aku ada terbaca tentang satu penyakit dikenali sebagai alopecia. Cuma aku tak tahu cara macam mana untuk aku pergi berjumpa doctor minta nasihat tentang penyakit ni.
Yelah aku kerja biasa-biasa saja gaji setiap bulan hanya cukup untuk tampung perbelanjaan. Kalau nak pergi macam Yun Nam tu of course nanti kena bayar mahal.
Kalau ikutkan dalam sejarah family aku takda pon yang alami masalah macam ni. Aku sorang ja yang jadi.
Bila jadi macam ni takda rambut aku jadi segan nak join family gathering or pergi bermalam kat mana-mana sebab nanti bila buka tudung orang akan perasan rambut aku makin menipis. Even dengan member-member pon aku banyak tolak sebab benda ni.
Kalau kat tempat kerja aku nak ambik wudhuk, aku akan cover kepala aku dengan anak tudung punya la segan dengan orang lain kalau diaorang nampak rambut aku macam tu.
Disebabkan masalah ni jugak la aku jadi sedih sebab aku rasa aku tak layak nak berpasangan macam orang lain.
Ada hikmahnya hubungan aku sebelum ni terputus di tengah jalan. Bukan sebab masalah ni tapi sebabkan family dia tak suka aku dengan dia masing-masing kerja jauh. Kalau dah kahwin maybe akan PJJ so family dia tak restu.
Even kitaorang dah berkawan lama lebih 12 tahun tapi yelah dah takda jodoh. Tapi aku okay ja. Dan aku tak salahkan family dia. Mungkin dengan cara ni jugak Allah nak jaga aku.
Mana tau lepas kahwin dia tak boleh terima kekurangan aku yang macam ni end up dia akan cari perempuan lain yang cantik. Sampai sekarang pon aku still rasa aku tak layak kahwin dengan sesiapa disebabkan masalah aku macam ni.
Sekarang aku ada berkawan dengan seseorang baru setahun lebih. So far dia baik dengan aku dan aku selesa dengan dia.
Pernah ja aku bagi hint dekat dia jangan waste time kawan dengan aku dan aku pernah cakap memang aku dah tak layak nak kahwin pon sebabkan penyakit aku, susah untuk ada lelaki yang boleh terima aku. Cuma aku takda cerita detail yang aku ada penyakit alopecia ni.
Bila dah berkawan lama tipu la kalau kau takda perasaan dekat dia kan. Aku takut nak berharap lebih-lebih sebab aku tak rasa aku mampu. Kesian dia saja buang masa dengan aku better dia pergi cari perempuan lain.
So far kitaorang still berkawan cuma mungkin nanti bila dia dah tahu penyakit sebenar aku dia akan pergi.
Kadang sedih jugak aku asyik menangis ja bila compare dengan orang lain yang ada rambut kenapa aku takda. Ujian apa yang Allah nak bagi dekat aku.
Sedih sebab benda ni aku jadi insecure dan aku tak rasa aku akan boleh kahwin ada family macam orang lain. Siap aku nangis-nangis dekat mak aku cakap bukan aku tak nak kahwin tapi aku tak mampu.
Mak aku diam saja sebab dia pon tak mampu buat apa. Cuma dia cakap yelah pandai-pandai jaga diri tu ja dia mampu cakap.
Setiap hari aku berdoa ja dekat Allah semoga aku disembuhkan penyakit rambut gugur ni. Kalau boleh aku nak ada rambut macam orang lain.
Minta tolong kalau korang sudi bagi pendapat macam mana cara aku nak consult doctor. Dekat hospital kerajaan boleh kah? Macam mana first step aku kena start dari mana. Adakah alopecia ni boleh sembuh?
– NAA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
try campur garam dgn syampoo dlam nisbah 2/1. 2 shampoo n 1 garam..campur dua2 ni try la semggu dh dpt result.. sy guna garam halus,,shampoo xkisah jenama apa.. sambil2 tu urut kepala secara lembut terutama bahagian yg kelihatan botak dgn syampp bergaram.
sebelum nak pergi Yun Nam ke apa, please pergi jumpa doktor. selagi awak tak tahu apa masalah awak, macam mana awak nak rawat penyakit ni.
Saya cadangkn cik berjumpa doktor pakar rambut dlm hal ini.. saya x tau yg spesifik, mngkin bole google, sbb d klinik krajaan sya x pasti ada x rawatan seumpama ini, sbb slalunya klinik kesihatan ni ada rawatan utk penyakit2 yg biasa2 je, klaw yg ‘pelik’ ckit tu, mngkin diorang akn refer kpd hospital krjn pula.. boleh la cuba tnya kat klinik biasa tu.. dlu arwah mkcik saya guna cara yg ‘tradisional’ utk merawat rambutnya, sampai saat dia mninggal pon, tiada ‘uban’ di rambutnya, dan rambutnya nmpak ‘sihat’ je.. bila saya tnya, apa ‘rahsia’nya, dia kta sejak muda dia ada amalkan penjagaan rambut mnggunakan dua bhn; iaitu buah keras n mnyak zaitun.. caranya : buah keras (yg telah dikupas tu – dlam 2-3 biji) dihancurkan dgn lesung tumbuk, kmdn msukkn dlm minyak zaitun (utk masak punya), dlm semangkuk n ‘masak’ ats api sehingga kluar bau yg agak ‘wangi’, kmdn sejukkan dlu, lps tu gosok mnyak + buah keras tu di kpala or celah2 rambut, bungkus rambut dgn tuala semalaman, or dlm mse 1-2 jam, then bole la cuci macam biasa dgn syampoo.. amalkan seminggu sekali (kslu lbh kerap, lg bagus), rambut akn jd ‘wangi’ dan hitam lebat.. mnyak tu klaw x habis, bole simpan dlm botol or bekas bertutup sbelom digunakan semula.. bole cuba, insha Allah, sya doakn rambut awk akn tumbuh dgn sihat, insha Allah..
Adik pun boleh try petua akk ni. Akk guna syampu baby johnson…. campurkan dengan sepaket bunga cengkih… mmg banyakla cengkih akk masukkan dlm botol syampu tu… sampai hilang kaler sebenar syampu… tukar jd kaler cekelat2 gelap…. Lepas tu akk syampu rambut tiap pagi…. Mmg menjadi utk akk dik… wpun takdela tebal mcm mula2 dulu… tp nampakla ada jugak baby hair muncul di celah2 kulit kepala…. Boleh cuba ye dik… murah pun murah