Mencari Kemanisan Aidilfitri

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya. Aku doakan admin dan pembaca semua gembira menjalani perayaan bersama keluarga masing-masing.

Aku Hani anak bapakku yang baran, (https://iiumc.com/too-hurt-to-love-you/). Maaf ada pembaca tertunggu2 perkongsian hidup aku dalam group tarikat.

Aku masih mencari cara terbaik nak tulis tentang tu memandangkan dunia sufi agak sukar difahami dan boleh menimbulkan perbalahan sesama umat Islam. Tapi percayalah manfaatnya sangat besar. InsyaaAllah aku akan share juga dalam waktu raya ni.

Confession aku sebenarnya bermula dari:

1. Lukakanlah Hati Anak, (https://iiumc.com/lukakanlah-hati-anak/).

2. Kesian Along, (https://iiumc.com/kesian-along/).

3. Akhirnya Aku Yang Jadi Toksik, (https://iiumc.com/akhirnya-aku-yang-jadi-toksik/).

4. Too Hurt To Love You I & II.  (https://iiumc.com/too-hurt-too-love-you/).

Tahun lepas aku tulis confession bertajuk Homeless Heart, siapa ingat, ingatlah. Luahan aku yang ada rumah, ada parents tapi rasa seolah2 macam tiada siapa atas dunia. Thanks rakyat Malaysia atas sokongan mahupun cacian korang.

Juga perkongsian2 yang menunjukkan aku bukan sendiri lalui nasib begini. Aku kira ni yang terakhir ingin dikongsi. Bukan nak buat korg down raya2 begini. Aku cuma nak respons pada beberapa confession kebelakangan ni tentang keluarga/pasangan baran.

Macam yang pernah aku tulis sebelum ni, aku dah 5bulan tak balik rumah sejak bertengkar dengan bapak. Balik sekali-sekala je nak ambil barang penting, itu pun tggu mak bapak aku takde pergi masjid. Menjelang raya ni tentu la aku kena balik, menurut tradisinya kan. Siapa lagi nak kemas rumah, hidang kat tetamu kalau bukan aku.

Aku balik semalam rupanya bapak tengah meroyan. Makcik aku (adik bapak) jemput berbuka dan tahlil arwah kat rumah dia. Bapak aku tiba2 excited nak join. Padahal selama ni sejak muda tak pernah bapak nak join berbuka dengan keluarga. Bagi dia berbuka di rumah seolah2 tak cukup iman gamaknya. Mesti buka di masjid boleh solat jemaah blabla..

Dah semalam tiba2 bapak excited gila, suruh beli lemang, suruh potong buah. Bila aku cakap nak solat asar dulu dia kata aku tak boleh diharap. Nak solat pun kena maki. Mungkin bagi korang aku sensitif sangat kena maki tak boleh harap pun nak terasa. Memang la terasa woi. Perkataan macam tu tak patut terbit dari mulut orang tua. Mulut kawan ke, bos ke takpe la… Dan family aku tak biasakan memaki hamun. Sebaliknya bapak aku pulak bebas memaki anak isteri bila diingini.

Lepas tu dia berdiri sebelah mak aku bagi arahan macam mana bentuk buah yang dia nak dipotong. Aku fikir dlm hati kenapa tak potong sendiri je? Kan senang kalau buat sendiri. Ni nak jugak kontrol mak aku buat apa yang dia nak. Tapi aku mampu cakap dalam hati je la. Kalau keluar kat bibir nanti end up buah2 tu mendarat kat muka aku.

Bila aku tgh sibuk vakum ruang tamu, bapak mendengus2 suruh stop, suruh pergi tahlil makcik aku sekarang jugak. Aku kata nanti la, lagi sejam nak buka. Kang habis tahlil nak buat apa termenung tengok makanan. Baik aku buat kerja dulu. Ah, tidak. Bapak membising2 sampai aku letak vakum tu.

Dan seperti diduga. Tahlil habis awal. Waktu yang terluang tu bapak isi dengan mengumpat anak menantu dia. Bapak puji Abang aku (abah Yusra) contoh yang baik, jadi ustaz, bla bla. Dia kutuk pulak abang ipar aku contoh buruk sebab jarang ke surau.

Padahal abang ipar aku tu la yang diheret ke kebun, puasa2 pun kena heret turun kebun. Bapak tergamak burukkan dia depan semua. Sedara mara, anak buah. Walaupun dua2 abang & ipar aku takde kat situ tapi mulut keluarga ni mesti menyampai jugak nanti. Pedihnya hati aku tengok perangai bapak ni.

Ada lagi isu lain yang aku tak kuasa nak cerita. Baru dua jam aku jejak rumah dah macam2 perangai bapak buat aku irritated.

Raya, bagi aku dah tak ada gembiranya. Sejak bertahun. Tapi kali ni paling teruk sebab hati aku betul2 dah tawar. Dan aku berazam ini adalah raya terakhir aku dengan mereka sebelum pergi jauh. Jauh ke mana aku tak tau lagi. Aku cuma nak pergi. Kehadiran aku tak pun disyukuri. Berkumpul hanya menambah benci. Baik aku pergi.

Confessor Anis – Isteri yang nak berubah. Dan beberapa confessor baran. Kisah hidup kita sama tentang abusive parents. Atau parent yang kena abuse dek orang sekeliling. Aku faham perasaan brader & sis. Kita yang baran ni sebenarnya ada masalah dengan cara berfikir. Kita banyak negative thought yang dibina oleh trauma emosi. Saranan aku pergi la jumpa kaunselor. Jalani sesi terapi betulkan cara fikir, kawalan diri dan cara menanggapi masalah. Aku dah lalui proses tu, memang membantu.

Maaf cakap, dalam bab baran sakit mental ni, agama tak berapa membantu. Masalah mental kena settle dengan mental. Emosi kena fix dengan emosi. Sama la macam kita sakit kena makan ubat, bukan sakit pergi ambil wuduk.

Aku bukan nak berdebat dengan jargon agama. Tak payah la korg kata Nabi lapar boleh zikir je. Cukup la bapak aku jadi bukti, ahli masjid pun tak mampu hilangkan baran dia.

Confessor ‘Sensitif Atau Baran’, sila ambil maklum setiap kejadian manusia berbeza. Ibarat kain ada yang mudah serap air, ada yang tahan haba, ada yang mudah kecut. Gitu juga jiwa manusia. Dalam adik beradik aku je pun boleh nampak siapa yang terkesan dengan sikap bapak. Abang dan Kakak aku terkesan sikit. Dorg masih boleh kahwin jalani hidup normal. Tapi aku terkesan teruk, pandangan aku terhadap perkahwinan pun hancur sampai aku tak percaya nak hidup dengan lelaki.

Jiwa sensitif ke tidak bukan alasan manusia baran boleh terus jadi baran. Kalau sis rasa boleh tahan dengan perangai suami, sila fikir anak2 nanti bukan semua macam sis. Kalau sis nak kekal hidup dengan org macam tu sila ambil langkah berjaga iaitu ubah sikap suami dan bina suasana harmoni untuk anak2 membesar. Jangan bergaduh depan anak2. Jangan jadikan anak sebagai punching bag. Kalau tak silap haribulan anak sis ada yang jadi macam aku.

Confessor2 yang membawa diri ke luar negara, aku salute dengan korang mampu ambil tidakan begitu dan bina hidup sendiri. Mungkin korang masih ada pengalaman baik dengan ibu bapa, sebab tu korang rindu nak balik.

Untuk jiwa2 yang terbuang macam ni, aku sarankan korang involve dalam charity work. Make yourself needed. Bina hubungan hati kita dengan orang yang sudi. Buat apa diharap pada yang tak sudi. Dan mungkin korg boleh eratkan hubungan dengan makcik pakcik atau sepupu. Bina bahagia dengan dorg. Lambat laun mungkin dapat mendekatkan balik hubungan dengan parents korang sendiri.

(Tips : Jangan kedekut. Tabur harta banyak sikit. Org melayu ni biasanya bila berharta, yang bukan sedara pun tetiba mengaku sedara. Haha. Jangan risau la harta korang habis. Belanja keluarga dapat pahala sedekah tau.)

Tengah Ramadhan haritu kan Hari Guru. Sekolah takde buat sambutan sebab puasa. Cikgu2 sendu je takde apape wish. Haha. Tapi aku dapat surat panjang lebar dari salah satu kelas yang aku ajar. Ayat paling menyentuh hati aku ialah:

Terima kasih cikgu sebab jadi guru paling sabar untuk kami.

Those word. Bagai mahkota bagi aku. Struggle yang amat jerih nak mengikis baran ni terasa berjaya dengan ucapan terima kasih dari murid. Bukan terima kasih sebab ajar dorg. Tapi terima kasih sebab sabar dengan kerenah diaorang.

Aku tampal surat tu depan meja. Member ingat aku nak menunjuk dapat surat. Tak. Aku nak motivate diri sendiri yang usaha aku tak sia-sia. Bagi guru, penghargaan termahal bukan dari pengetua. Tapi dari murid. Kalau murid boleh puji aku sabar, maknanya memang aku dah berjaya sabar la tu. Haha. Alhmadulillah.

Aku tak tahu nak senyum ke nak menangis. Sebab hidup di luar sana masih kelabu. Moga ada jalan keluar untuk aku. Dan aku doakan insan2 baran sekelian berjaya baiki diri masing2. Yang dapat pasangan baran pulak buatlah keputusan terbaik untuk hidup korang. Bukan semata2 diri sendiri tapi juga zuriat yang bakal lahir.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari aku.

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *