Hai semua. Aku seseorang yang selalu tertekan yang berpunca dari persekitaran sekeliling dan berpunca dari mak ayah aku juga.
Aku dari kecil dah rasa yang diri aku lain dari yang lain sebab tekanan perasaan aku melebihi dari kanak2 seumur aku waktu tu.
Aku juga perasan yang sikap mak ayah aku bukan seperti mak ayah orang lain.
Aku tahu yang ramai orang stress dan jadi pemarah sewaktu umur dikalangan 30an ke awal 40an dan ada anak yang masih kecil tapi bukan itu yang aku maksudkan tentang mak ayah aku.
Mak ayah aku seorang yang panas baran dan sering mengetepikan perasaan aku. Mereka seolah2 membuat tembok untuk tak bagi aku masuk. Jadi aku membesar tanpa kasih sayang yang sebenarnya.
Aku membesar juga menjadi seorang yang penakut, selalu risau, panas baran dan suka marah2. Aku tak dapat nak bendung perasaan tu langsung.
Makin hari makin teruk seolah2 lagi teruk dari sikap mak ayah aku yang dulunya tu sampai tahap baling2 barang.
Sejak aku ada kesedaran walaupun aku masih buat perangai teruk tu jadi aku hari2 membaca dan kaji di internet.
Antara penyakit yang biasa dan sering disebut orang ialah anxiety, d3pression dan ptsd.
Ada orang bila ada sakit tu dia jadi lagi pendiam dan murung tapi aku pula jadi makin ganas, pemarah dan semua tak kena.
Masa kecil2 dulu memang mak aku tak percayakan aku bila aku bagi tahu tapi sekarang dia dah ada kesedaran.
Aku kadang2 akan cari di internet lokasi klinik2 dan hospital berkaitan masalah mental tapi agak sukar untuk cari berbanding dari klinik dan hospital untuk sakit fizikal.
Aku tahu yang ramai orang akan suruh pergi di klinik kesihatan dan aku tahu prosedur di hospital ker4jaan tu macam mana. Sangatlah lambat dan lama.
Tambah lagi hospital ker4jaan sekarang lagi2 di hospital kuala lumpur kekurangan kakitangan dan sibuk jadinya sah2 lah tak sesuai.
Agak2 mana klinik yang sesuai berkaitan masalah mental ni?
Klinik yang sesuai dari segi harga, lokasi, doktor dan suasananya sekali?
Aku pun nak suruh juga mak aku buat rawatan juga sebab dia nampak macam d3pression dan selalu ‘blank’ saja.
Tolonglah bagi cadangan pada aku. Aku tak tahan hari2 asyik jadi pemarah saja dan mak aku ‘blank’ saja padahal dulu2 dia yang suka marah aku.
Aku penat dah semua benda nak fikir dan cari sendiri.
Mak ayah aku tak ada usaha pun nak sihatkan aku dan tiada usaha pun nak buang sikap buruk mereka yang bagi aku tekanan perasaan tu.
Aku tinggal di kawasan Kuala Lumpur. Kalau ada klinik yang sesuai tolong bagi cadangan. Aku tak rasa hospital Kuala Lumpur sesuai buat masa ni.
– – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit