Mencari Lelaki Yang Terbaik

Hai admin…..terima kasih sudi baca dan jika siarkan,terima kasih lagi sekali ya.

Semalam shopping dengan suami.. semasa lalu kawasan sanitari wanita… Suami aku berhenti kat area tu. ” Ini brand yang biasa sayang guna ada buat offer”, ujarnya sambil ambil satu pack dari rak. Aku mengangkat kening.
” Biasanya harga dia RMxx… So ok la ni..wings kan?”
Aku angguk. Ok..episod pasaraya habis kat situ. Balik kat rumah,relax2…dari jauh aku pandang suami yang tengah layan game kat handphone. Aku macam…. teringat-ingat. Seingat dulu aku pernah test dia zaman tunang dulu. Kerja gila beli woman sanitary untuk aku. Lepas beli, aku tanya balik…”lepas ni nak belikan lagi tak?” Usikku lepas tengok wajahnya yang merah padam semasa kat kaunter pembayaran.
“No wayyy…” Dia geleng kepala. Muka nekad betul masa tu. Hmm..fine (eyes roll). Mesti dia pun tak sangka 10tahun selepas tu, dia sendiri pula rela hati buat.

Lelaki….sekarang ni kalau aku tanya pendapat wanita2 bujang kat sana.. ada yang cakap seram nak kahwin. Sebab lelaki baik sekarang macam nak pupus! Entahlah…. Macam-macam isu sekarang ni. Lelaki kaki perempuan,lelaki pemalas , lelaki itu ini… Semua nak cari yang perfect.
‘Okay,tak nak perfect sangat pun. Cuma nak yang beragama. Yang rajin ke masjid. Boleh bimbing saya dan bakal anak-anak kami’ -(confession dari anak dara jiran sebelah yang rajin scroll di fb tapi malas tolong mak kat dapur).

Aku dulu pun macam orang lain juga. Bab calon suami, angan-angan nak suami yang rajin, hardworking,boleh bayar bil2 aku,tanggung aku dari A-z,paling sadis boleh bayar PTPTN aku. Tak nak suami jutawan pun. Cukup sekadar di atas je… Betapa materialistik nya aku sampai aku tak letak pun lelaki yang kaki masjid dalam list tu.Tapi alhamdulillah aku jumpa lelaki yang rajin bekerja. Masa tu,si dia gaji lagi rendah dari aku. Tapi aku tengok dia rajin. Bagi aku,orang rajin boleh maju. Dah sayang kan… Yang pasal list angan-angan tu,ke laut dah masa tu.

Aku ada prinsip.. setiap kali aku couple,aku tak pernah keluarkan duit pun semasa makan. Aku biar je si lelaki yang bayar. Tak suruh tapi tu macam dah silent agreement. Tapi bila makan kawan-kawan,lainlah. Bila bertunang, si dia dapat kerja di KL. Gaji tak sampai 2k tapi boleh support aku kereta baru. Tentulah loan atas nama dia. dia bayar monthly tapi aku pakai hari-hari kat kampung. Tunang kat KL pakai motor je. Jimat sikit katanya. Lagipun dia memang tak ada kereta lagi. So, alang-alang aku pun nak pakai kereta kat kampung kan. Kereta lama aku,aku jual,of course.
Sekali sekala kalau si dia keluar hari minggu di KL,aku kirim la make up ke..kat butik di Klcc. Ok,imagine 4-5 orang kawan lelaki nya masuk butik kecantikan sana temankan si tunang cari lipstick untuk aku. Tak kisah lah,masa tu aku tahu dia lagi sayangkan lebih dari aku sayangkan dia. Aku nak apa,aku dapat. Tu pun salah satu sebab aku cari lelaki yang rajin. Padahal masa tu aku masak satu apa pun tak pandai lagi untuk persediaan nak kahwin.

Here’s the thing, lelaki paling baik dalam dunia hari ini, belum tentu menjamin selama-lama nya macam tu. Lepas kahwin, duduk serumah baru kita lebih kenal pasangan.
Aku nak yang rajin,yes aku dapat yang rajin. Tapi aku dapat juga sekali package yang kerap terbabas solat subuh. Yang susah nak baca Al-Quran. Macam aku pula,suami aku dapat isteri yang tak pandai masak. Nak masak cucur pun fail. Terhegeh-hegeh call mak kat kampung. Readers ada nak tambah ke? Kaki kikis kot. Xpe,aku faham.wink wink. Gaduh-gaduh tu biasa la awal perkahwinan. Benda kecik pun boleh trigger. Aku kalau emosi rasa nak cerai terus. Suami pun malas dah nak pujuk. Masa tu aku resign kerja kat kampung. Jadi surirumah tapi masih ada side income yang agak lumayan tiap bulan.

Titik penting muncul lepas kematian ayah aku. 2 bulan lepas tu baru mak aku boleh sembang macam biasa… Mak aku kuat berleter tau… Bila ayah dah tak ada, itulah perkara yang paling mak ingat. Kesal asyik berleter. Beli santan tak cukup pun boleh jadi bahan berleter. Ayah pula jenis senyap. Malas nak melayan. Tu yang buat aku terfikir… Ya Allah ruginya masa aku… Buat benda yang sia-sia. Tapi aku bukan jenis berleter pun. Cuma sedar diri aku pun tak perfect.

Suami payah nak bangun subuh? Akulah usaha kejut. Aku memang tak harap untuk ubah suami pun. Kalau dia nak berubah,dia berubah sndiri. Tapi nak build trust bukan makan masa yang sekejap. Pagi-pagi aku bangun sebelum subuh. Aku sempat mengaji. Suasana sunyi, suami pun sedap tidur. Tak ape,kalau kejutkan awal,dia ok aje kat mulut. 2-3 tahun pertama aku kejut akhir-akhir subuh. Sebab keadaan terdesak nak habis waktu,dia bangun terus. Solat sunat dhuha,tahajud malam2 kirim salam dulu. It’s ok. Berjaya ajak dia masuk kelas mengaji. Slow2..

Suami aku bukan suami romantik. Betul. Ada 2 tarikh penting bagiku lepas kahwin. Birthday dia dan anniversary perkahwinan kami. Aku tak pernah miss buat surprise. Surirumah macam aku ni pergi mana-mana dengan suami. Tapi try la.. aku guna khidmat runner pun ada untuk special case sikit. Online. Special delivery ke office.Suami aku tak biasa dengan surprise2 ni. Tapi sekarang….percayalah dia lagi terer bagi surprise kan aku. Dan memang betul memory tu akan korang ingat balik walau 20tahun akan datang. Oleh sebab duit aku memang suami x usik, so tiap-tiap tahun aku tak lokek habiskan duit banyak-banyak untuk hadiah. Yang paling aku suka, book hotel 5star untuk raikan ulangtahun kami. Alah,setahun sekali je.. kalau ada anak pun,bawa je la.. aku pun bawa je anak.

Sepanjang kami kahwin,jaranggggg sangat dia puji masakan. Tak apa,memasak sebab tanggungjawab kita nak bagi suami kenyang. Kalau dulu,terasa juga hati berpeluh masak berjam-jam. Alih2 cakap tak sedap. Makan pun sikit je. Sekarang tak kisah dah. Kalau rasa sakit hati jugak, aku cuma ingatkan diri sendiri yang tu pun duit dia juga yang beli bahan-bahan tu. Ha..

Sembang-sembang dengan suami tapi senyap je tak layan… Mana nak layan,tangan,mata dan telinga busy main game. Tak kisah lah. Aku anggap je dia dengar. Pastu teruskan kerja lain. Simple. Rasa nak marah dengan suami? Sabar dulu. Tarik nafas panjang-panjang. Lari la mana-mana dulu. Satu benda yang aku belajar, apa yang keluar dari mulut, tak boleh tarik balik. Kalau marah,senyap sampai cool balik. Nak berkomunikasi dengan suami pula,laluilah jalan yang lurus. Cakap straight to the point terus. Setakat ni aku senyap je. Aku nak simpan marah aku untuk perkara yang paling besar je.. maknanya bila aku marah tu,dia tau aku dah habis limit la tu. Ini satu lagi perkara yang aku pelik. Bila aku dah jadi isteri yg cool dalam rumah, cuba teka siapa yang paling cepat merajuk? Ha, suami aku. Tapi aku pujuk je.. kadangkala rasa jahat sikit, aku acah-acah nak cekik dia sambil ingatkan zaman awal kahwin dulu. Yang dia cakap malas dah nak pujuk aku. Baru dia gelak. Mengada.

Tapi bagi aku,yang paling penting sekali.. kenalilah tanggungjawab masing-masing. Honestly, suami aku tak tahu apa-apa tentang hal dapur pun masa bujang. Tapi urusan beli barang basah macam ayam,ikan,sayur..aku suruh dia ikut aku beli. Dah nampak selamat sikit,aku suruh dia sendiri beli sampai la sekarang. Semua barang dalam rumah dia boleh pergi beli sorang-sorang. Ingat episod pasaraya yang atas tadi? Seriously,dia lagi tahu harga ‘barang’ tu dari aku. Aku rasa dia pun dah lupa kot ikrar dia masa bertunang dulu. Kan bagus macam tu kan. Dari asal tak tahu apa-apa,sekarang siap boleh kenal jenis-jenis ikan dan sayur lagi. Aku malas nak terlebih rajin galas tanggungjawab lelaki. Aku ikut stail mak-mak zaman dulu. Aku tak ada terlalu berdikari sangat. Aku faham perempuan zaman sekarang nak sediakan payung sebelum hujan. Masing-masing punya cara. It’s ok. Aku ada lesen memandu tapi nak ke mana-mana suami jadi driver. Awal-awal dulu suami kerap je bagi hint,suruh aku shopping sendiri. Aku je tak nak. Sekarang ni, dia pula tak confident lepaskan aku dengan anak. Risau nak bawa barang lagi,nak pegang anak. Anak kami pun kalau nak bayar mainan,cari ayah. Faham kan. Dalam kepala si anak,ayah ketua keluarga. Ayah tukang bayar. Hehe.

Pagi tadi, alhamdulillah. Tengok suami solat dhuha. Sekarang ni dia rajin juga puasa sunat isnin khamis. Selepas 10 tahun. Aku ucap syukur dalam hati. Aku pun banyak juga berubah.. sama-sama berubah. Untuk yang baru berkahwin or tengah mencari calon, aku just nak cakap tak ada manusia yang perfect. Kalau kita nak pasangan yang terbaik,kita ubahlah diri kita dulu. Aku rasa aku dah bahagia. Tapi nak bahagia,bukan goyang kaki je tau. Aku masih berusaha upgrade apa-apa yang patut. Aku cuma doa tak wujud orang ketiga je dalam rumah tangga kami. Sebab yang lain aku boleh sabar. Tapi kalau bab perempuan lain,aku angkat kaki terus. Tapi bak kata suamiku… duit dia pun habis tanggung aku sorang je. So..aku pula cakap kat dia..lelaki yang makan duit perempuan ni memang tak layak digelar lelaki. Saja bagi hint kot dia nak cari perempuan kaya ke apa kan. Tapi,aku percaya lagi suami sendiri. Kita jangan fikir negatif. Fikir positif je. Biar yang positif je datang kat kita. Sebab tu aku post kat sini,bukan kat Krt. Kat sana banyak negative vibes. Aku pun sebenarnya tak layak juga bagi nasihat. Tapi aku share dari pengalaman hidup aku saja. Yang baik jadikan pedoman, yang buruk, jauhilah dan ambil pengajaran. Wallahualam. Terima kasih.

– Mrs Apollo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit