Assalamualaikum w.b.t. Aku hanya ingin meluah rasa mengharap secebis nasihat dari rakan-rakan yang menyejukkan hati.. Aku harap admin terima cerita aku. Minta maaf kalau cerita bercampur itu lah pengalaman hidup aku..
Lebih kepada sekadar meluah perasaan hati ini, aku Laila tahun 2020 akan genap umur aku 30 tahun dan masih single. Sewaktu aku menulis ni aku terjaga jam 4 pagi, dah jadi rutin selalu terjaga awal dan termenung memikir hal dunia, tapi takde pulak rutin nk ibadah malam.
Pada hari ini, akan ada sekeluarga yang akan datang meminang aku.. aku tak mampu beralasan lagi.. mak ayah aku walau pun tak banyak kata, tapi nampak seolah mereka gembira.. aku masih terbaring disini memandang kakakku disebelah. Macam mana dengan dia nanti?
Kakakku masih single mcm aku, 2 tahun tua dari aku.. terimbau kenangan lepas sewaktu dia tiba-tiba berubah dan disahkan sakit..menangis kami satu keluarga, berubat traditional dan doktor kerajaan.. tak pasti pula aku nama sakit kakak aku..
Tapi dia tekanan perasaan, berubah jadi aggresif dan pernah ditahan masuk wad psyciatric (wad gila aku panggil), macam kejutan bagi kami sekeluarga disebabkan dia yang dari normal, sihat dan cantik, pandai, selalu dipuji orang, berubah sebaliknya.. nikmat tu Allah tarik sekelip mata saja..
Tapi sekarang alhamdulillah bertahun dah berlalu akhirnya rawatan hospital yang serasi.. tapi tak dinafikan makan ubat hospital seharian adalah wajib bagi dia atau bila-bila masa dia akan berubah kembali.
Walaupun kami diuji tapi aku tak nafikan hubungan aku dan kakak semakin akrab, dalam keadaan sakit korang dapat bayangkan siapa sahaja yang datang melawat dia.. kebanyakannya takut.. entah mana kawan-kawan dia yang ramai dulu sebab kecantikan dia.
Aku ingat dulu disebabkan aku berbeza rupa dengan kakakku aku selalu diperli kawan-kawan kakakku sejak dari sekolah rendah. Betul ke kau adik Lulu?
Ade yang siap terus jauhkan diri dari aku dan taknak berkawan dengan aku, sebab tu hubungan aku dengan kakak sememangnya renggang sejak dari dulu..tapi aku dah tak kesah semua tu, itu semua perkara lepas..
Sekarang semua boleh kata aku dengan mak dengan anak-anak buahlah sahaja kawan dia..aku memang tak boleh berpisah dengan kakak Lulu. Kalau aku pergi mana-mana mesti dia akan bertanya bila aku balik?
Dia jarang keluar rumah sebab memang kami tak benarkan, kalau nak hanya akan keluar dengan kami sekeluarga sahaja.. disebabkan adik beradik aku yang tinggal semua lelaki, jadi dia rapat dengan aku, sebab 1 bilik dan aku selalu bawa dia jalan-jalan sekitar kawasan sini.
Sampai suatu masa dahulu aku pernah hampir menerima lamaran seorang suami orang untuk menjadi isteri keduanya. Aku fikir mungkin itu takdir untuk aku menjaga kakak aku. Tapi setelah bermacam yang terjadi, setelah mohon petunjuk Allah akhirnya kami dijauhkan dari satu sama lain.
Setiap kali diuji aku cuba bangkit, sambil gelak kat diri sendiri aku cakap ‘apalah sangat’.. aku pun cuba bercinta dengan orang lain, tapi gagal lagi.. aku cakap dengan kawan aku.. ‘weyh aku kena reject’ aku gelak dengan dia, tapi dia yang paling paham aku..dah lama kami selalu menangis dalam hati..
Aku teringat kenangan tahun lepas sewaktu kawan baik aku kehilangan bonda tersayang dia.. aku tau sejak tu dia tak berhenti menangis.. dia single macam aku, cuma dia lebih berdikari dari aku.. kami memang selalu gelak kalau sedih pun.. dia selalu cakap ‘kita yang buat dia bukan dia buat kita’.. itulah aku dikurniakan kawan dunia akhirat salah satu tunjang kekuatan aku..
Baru-baru ni aku ditipu lagi setelah kecewa bercinta, tapi aku tau aku lebih kuat dari dulu, semua tu aku telan saja.. kali ni aku ditipu perempuan 10 tahun muda dari aku.. dia hadir dalam hidup aku tanpa kerelaan, berpewatakan muslimah.. budak nakal tu tak sangka semuanya bersebab dia hadir dalam hidup aku..
Aku ingat dia peneman setia, pandai mendengar cerita, semua itu hanya demi kepentingan dia.. sekarang aku cuba jauhkan diri dari dia, sejak dulu lagi aku jauhkan diri dari dia.. tapi, kerap kali tanpa muka bersalah dia datang cium-cium pipi macam tak ada apa yang jadi.. panjang cerita dia, tapi aku betul-betul pendekkan..
Dia hadir kat tempat kerja aku juga adalah tempat awam.. disebabkan berpewatakan muslimah rakan-rakan kerja aku semua percaya kat dia.. sejak dari awal aku kenal dia memang aku dah jumpa pembohongan dia, tapi kerap kali dia tak mengaku.. kalau dia mengaku pun kerap kali dia minta maaf.. berbohong dan minta maaf tu macam harian bagi dia..
Aku pulak maafkan je lah (sebab aku tak suka simpan).. tapi still perkara sama sering berulang, disebabkan aku tak ada adik perempuan jadi aku cuba banyak bersabar sebab aku tau perempuan ni sensetif sikit.. disebabkan alasan itu aku cuba bersabar.. kalau cerita hal dia je memang panjang.. yang pasti aku sekarang cuba jauhkan diri dari dia, tapi kadang-kadang dia masih mesej aku..
Last perangai dia betul-betul buat aku hilang sabar..aku terpaksa juga cerita pada beberapa orang rakan sekerja lain, tapi aku tak boleh cerita kat semua sebab orang tak percaya.. orang lagi percaya kat dia yang selalu buat muka jadi mangsa keadaan..
Jadi setelah dia pun acah-acah menjauh dari aku.. tapi aku percaya dia akan datang balik.. aku pun bawalah diri.. aku masuk ke kelas mengaji, kelas haji.. aku cuba istiqomah.. tiba-tiba tu yang orang kata aku baik.. baru buat sikit kata baik.. itu yang aku risaunya..
Kes nya kat sini.. pakcik yang nak minang anak dia untuk aku tu..r apat dengan acik cleaner kat sini, memang kadang-kadang aku ada cerita hal aku kat dia.. tapi tak semua sebab semua suka menyampai.. dia pegi cerita aku ni baiklah apalah kat pakcik tu..
Entahlah aku ni mana baik, aku cuba jadi baik je.. sebab setiap hari kadang-kadang aku rasa resah.. aku cuba cari ketenangan hati.. aku masih cuba mencari makna kehidupan.. aku cukup serabut tengok ustaz ustazah depan mata aku.. sesekali aku cuba cari makna kehidupan pada diri mereka..aku tak jumpa..
Yang aku tau sampai sekarang aku masih tak bercakap dengan isteri ustaz yang juga seorang ustazah yang nak ambil aku jadi madu dia tu.. padahal aku dah kata semua keputusan pada tangan dia.. aku pun hanya akan terima kalau dengan cara baik saja.. tapi masih tak bercakap smpai sekarang.. padahal rumah dekat-dekat.
Aku telan semua tu, yang aku buat hari-hari aku akan bagi kucing makan dan bercakap-cakap dengan kucing.. itulah rutin aku..
Dan berbalik untuk perkara hari ini, orang yang nak datang meminang aku tu.. aku dah cakap kat mak dah sekurang-kurangnya bagi lah berkenalan dulu.. tapi mak aku macam excited je.. sebab orang tu dah rancang kalau setuju bulan 2 dah boleh terus majlis.. aku rasa kosong.. semuanya akan ok ke? aku dah lah langsung tak kenal dia, umur berapa, nama pun tak tau..
Sebelum ni orang bertanya aku boleh beralasan.. tapi kali ni aku tak boleh nak kata apa lagi.. aku takut aku tak boleh hormat dia, ye lah selama ni aku banyak pendam sendiri, aku jadi degil sendiri.. nampak luaran macam baik, tapi aku degil dan keras kepala.. sebab selama ni banyak yang aku hadap sendiri..
Lagi acik cleaner tu cakap dia banyak kali datang usha aku kat tempat kerja aku, cuma aku tak perasan.. yang ni pun aku tak gemar, dia je boleh pilih aku, tapi aku tak boleh pilih dia.. takde pun nsk gentlemen jumpa aku ke apa..
Aku memang memilih, memilih dengan perwatakan dan keserasian dengan seseorang itu.. tak aci betul terus guna mak ayah jumpa mak ayah aku.. mak ayah aku tu la tak sabar je nak dapat menantu..
Haih, aku tau kalau aku cerita kerisauan aku ni memang menyampah korang dengar.. harap korang dapat bagi komen positif dan langkah terbaik yang patut aku ambil.. nasihat la sikit aku ni.. kawan baik aku tu sorang je.. aku perlukan nasihat dari orang yang berpengalaman.. aku cuba berlapang dada.. terima kasih..
Lagi 1 aku tertinggal aku bukan nak burukkan golongan muslimah @ ustazah, disebabkan tempat kerja aku adalah tempat orang awam mencari ustaz @ ustazah.. jadi perwatakan tu normal disisi aku..
Aku bertuah dipilih berkerja kat tempat ini walau belajar agama betul-betul hanya waktu sekolah rendah sahaja.. aku bersyukur.. banyak yang aku belajar dari kesabaran seorang ustaz @ ustazah dari dekat.. Semoga aku sekuat mereka, semoga perbuatan aku seiring dengan apa yang aku belajar..
Terima kasih lagi sekali..
– Si Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit