Mencari Peluang

Salam penuh cinta buat para pembaca.

Minggu ini aku dikhabarkan dengan berita yang penuh air mata. Adat manusia, bila ujian menimpa diri dan keluarga, baru sedar betapa sakitnya rasa.

Selamat sejahtera pada jiwa-jiwa yang berjuang di tanah Palestin, dan selamat sejahtera juga kepada semua yang terkesan dengan rentetan peperangan yang telah bermula.

Semoga kuat si anak kecil, semoga tabah ibu yang mendodoi, dan semoga si ayah seteguh badang yang pertahankan tanah air dan agamanya.

Berbalik kepada bingkisan aku, terdapat beberapa pandangan/ cadangan/ bimbingan yang aku perlukan daripada para pembaca yang aku pasti sangat berideologi tinggi.

1) Adat perniagaan ada turun dan naik. Bagai roda, kadang kita di atas. Kadang di bawah. Kadang berputar bersama. Itu kisah tuan punya perniagaan, pastilah perlu redha dan tetap bertahan.

Namun, bagi para kakitangan yang terpaksa dibuang kerja. Dengan tiada simpanan, komitmen bulanan yang wajib dilangsaikan. Terpaksa mengayuh ke hulu dan kehilir mencari kerja. Namun tak kelihatan lagi rezeki yang datang.

Bakat yang tersia. Dibuang begitu saja. Semakin hari, simpanan semakin habis. Mohon kerja tiada panggilan. Kerja sambilan, namun tidak berbayar. Adakah ciri scammer berpendidikan tinggi?

Ini bukan kisah aku juga, tapi kisah adik aku. Kenapa aku yang risau. Kerana aku masih seorang yang berprihatin mahu membantu walau aku sendiri hidup mengais batu.

Aku ingin minta cadangan pekerjaan dan tawaran daripada para pembaca mengenai kerja kosong segera di sekitar selangor yang boleh menjana pendapatan, bukan mlm, bukan ejen insurans mahupun penapis air.

Adik saya single, kacak, sopan santun, dan mempunyai kemahiran seni yang tinggi. Terima kasih.

2) Ini kisah aku pula. Alhamdulillah aku masih boleh hidup sederhana dengan keluarga kecil aku.

Walau dengan kekangan komitmen bulanan yang tinggi untuk anak-anak yang masih kecil, aku masih dapat makan nasi setiap hari. Cuma kadang-kadang terpaksalah makan meggi.

Dipendekkan cerita, aku bekerja office hour. Dan pendapatan aku dan suami hanya cukup-cukup makan dan pakai. Aku perlukan lebih lagi, bukan tak bersyukur.

Tapi aku perlukan simpanan, untuk bantu diri sendiri, dan bantu keluarga. Contohnya bantu pinjamkan duit pada adik aku yang tengah susah sekarang. Itu contohhhh walaupun sebenarnya realtinya begitulah.

Boleh tak rakan-rakan yang dikasihi bantu aku berikan cadangan untuk aku buat kerja sambilan dari rumah.

Aku perlukan proper bimbingan. Bukan setakat “awak buat je affiliate”. Kemudian aku bingung macam mana nak buat affiliate, sampai kiamat.

Itu sajalah kisahnya. Long story short, semuanya berkisar tentang mencari peluang pekerjaan dan pendapatan. Maaf la saya tak scam, saya cuma nak luahkan yang terpendam.

– Bunga Tahi Ayam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hidup ini mmg ‘perit’; hampir semua org menghadapi msalah kewangan mreka sendiri.. hatta org2 yg dianggap “kaya” sekali pon, harta mereka akn berkurang apabila digunakan.. org kta ‘besar periuk, besar lah keraknya..’, mreka juga perlu hidup, dan hidup memerlukan perbelajaan (tambah lg dlm keadaan ekonomi dunia yg x mnentu spt skrg ni..)

    Ye, tidak dinafikan, kita juga mahu membantu org lain, terutama dari kalangan kluarga kita sendiri.. tp bla kita sendiri pon ada bnyak kperluan, kdg2 org lain juga terpaksa ‘diketepikan’ dahulu.. duit yg ada pon ckup2 utk yg ‘basic’ sja; utk mkn, pakai kluarga, bil2 letrik, air, telefon.. ansuran rumah, kereta, pendidikan ank2 dan ada lbh ckit2 tula yg nk mnyampaikan ke tarikh gaji yg berikutnya.. xde bajet nk bermewah2 ke, melancong sana sini, mkn di luar setiap hari, itu semua dah jd kehidupan org ‘mewah’ atau senang.. so, berbalik kpd story confessor td.., saya rse buat sementara ni adik tu bole je memohon bkrja sbg ‘cashier’ dlu d supermarket ke.., dlm pada tu, mohonlah kerja tetap mngikut kelulusan atau minat dia.., n bila ada peluang, buatlah ‘grab’ secara sambilan ke.. mmg la letih, tp dia kna la berusaha semasa dia muda skrg ni., klaw dah berumur nt, semua pon xlarat, tp perut harus diisi juga kan.. utk awk pon mngkin bole niaga ckit2 dlm talian atau pon x.. cth: klaw awk pandai memasak, mngkin pd waktu mlm bole masak apa2, utk dihantar ke gerai2 pd waktu pagi, cth: kuih yg di kukus ir ‘snack’ yg bole di pack, and hantar ke kantin skolah ke, of coz, kna cari tempat yg ada potensi laku tu.. buat ckit2 dlu, klaw dah maju nt, bule tambah lagi.. klaw ada modal bnyak, bule la ‘sewa’ kedai n upah org jaga ke.. ada kwn saya dlu, bukak gerai buah je n upah pekerja utk jaga, waktu rehat dia pergi tolong skejap, bgitu jugak hari cuti.. dah bertahun begitu, skrg dah pencen terus bukak restoran yg agak besar n maju.. tp tulah, semua pon perlukan usaha yg gigih dan berterusan.. insha Allah, berkat doa kpd Allah, dapat juga tambah sedikit sebanyak pendapatan.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *