Harap sangat IIUM Confession dapat siarkan luahan aku ni sebab aku betul-betul nak cari rakan seperjuangan dalam bidang pekerjaan yang aku pilih ni.
Assalamualaikum semua. Nama aku Cikin, bukan nama sebenar.
Macam yang awak semua nampak, post ni tak digalakkan untuk dibaca oleh mereka yang memang anti insurans, atau mereka yang memang tak kisah dengan pekerjaan dan gaji yang ada sekarang yang dah selesa dengan hidup sekarang :)
Ok, aku ringkas kan dulu keje aku ni. Aku bukan MLM, bukan juga scammer atau ape saja yang seangkatan dengan nye. Aku bekerja dalam bidang sales. Lebih tepat sekali sebagai konsultan takaful.
Operator takaful mana tu tak sesuai lah aku letak nama nya kat sini, tapi yang penting sangat gah nama nya dan dikenali ramai.
Dalam bidang insurans ni terbahagi kepada dua. Insurans konvesional dan yang islamic patuh syariah tu yang takaful ni la. Mana-mana operator pun sama saja.
Untuk yang islam memang kena ambil yang takaful sebab konvensional itu haram sumber nya meragukan.
Untuk orang yang bekerja dalam bidang sales macam aku ni memang bergantung sepenuhnye kepada komisen.
Tapi ape yang best nya dengan operator takaful aku ni dia bagi macam-macam elaun dan banyak jumlah nya untuk bantu orang-orang baru bekerja dalam bidang ni dapat income yang mampu tanggung kos sara hidup sekarang.
Jangan pula ada yang cakap ‘tak nak la support ejen-ejen insurans ni sebab nanti bagi diorang saja jadi kaya’ ini realiti…. banyak yang hina ejen insurans ni teruk.
Sedih betul hati ini walhal diri kami ni hanya mencari rezeki yang halal sama macam kalian semua. Jangan kerana beberapa ejen insurans yang teruk habis semua ejen yang lain pun dikatakan sama saja.
Macam anda yang bekerja makan gaji, setiap bulan memang dah tau basic gaji berapa anda dapat. Sebab anda tau anda bekerja dan itu lah ganjaran untuk anda.
Berbeza pula dengan kami yang bekerja dengan cara komisen. Ade customer ade la komisen, kalau takde customer memang takde la komisen tu.
Dan yang paling penting sekali komisen kami tu bukan dari duit caruman insurans yang Tuan/Puan bayar tiap2 bulan tu. Duit Tuan/Puan bayar tu hak Tuan/Puan.
Kami tak kaya dan tak ambil pun hak Tuan/Puan. Macam yang saya cakap kat atas tadi la, lumrah nya orang yang bekerja gaji tetap/komisen ni kita dibayar sebab kita buat keje. Kita tak ambil hak sesiapa :)
Ramai sangat dah kawan-kawan aku yang dah berjaya ubah hidup dengan pendapatan tetap berbelas ribu sebulan tak sampai dalam masa setahun pun diorang keje dengan operator takaful ni.
Sebab training yang diberi tu memang padat setiap hari, cara-cara nak bercakap, nak present dekat customer, nak buat fb ads nak buat social media presentations semua serba serbi diorang ajar.
Tapi ilmu ni hanya orang yang betul-betul rajin usaha dan yang nak ubah hidup saja boleh buat.
Bidang sales ni memang kena kuat semangat. Tapi dengan cara buat sales la kita boleh dapat pendapatan berapa banyak yang kita nak selagi kita usaha.
Aku memang jenis dari muda kuat keje, buat partime dari zaman belajar sampai dah kawen pun aku gigih cari keje sampingan.
Sebab bagi aku selagi badan sihat aku kena rajin cari duit sebab aku nk bersara keje awal.
Jangan risau aku masih mampu bahagikan masa dengan baik untuk family (cakap awal sebab takut ade yang cakap kejar duit saja nanti family tak terjaga) ‘time management’ itu yang penting benda pertama kita kena susun dulu.
Untuk yang nak ubah hidup, yang rajin usaha dan kuat semangat mari la bersama dengan aku berjuang dalam bidang ni dan bantu lebih ramai orang tentang penting nya takaful.
Bantu lebih ramai untuk buat perlindungan pendapatan mereka.
Masa sihat kita mampu cari duit, tapi kita tak tau kalau tiba-tiba terjadi perkara yang tak diingini dan kita hilang sumber pendapatan tetap tu. Dari mana pula kita nak dapat kan duit untuk teruskan hidup kita dan orang-orang yang kita sayang.
Bantu Cikin untuk bagi kesedaran pada lebih ramai orang yang takaful ni kita ambil bukan sebab kita tak percaya takdir hidup, mati dan sakit itu pasti. Yang tak pasti persediaan kita. Apa yang kita tinggal kan untuk waris kita.
Ambil takaful ni bukan sebab kita takde fasiliti kesihatan yang baik dan cantik dalam malaysia ni. Tapi kita nak berikan pilihan untuk ‘access’ kepada sesuatu kemudahan tu dengan cepat dan mudah, kita boleh buat pilihan mana yang kita nak.
Kita tak risau pasal simpanan yang akan terusik sebab kita tau kad yang kita ade tu yang akan bayar semua.
Kos sara hidup, perubatan amat lah tinggi sekarang ni. Macam mana kita nak lindung pendapatan kita tu kita sendiri yang tentukan.
Yang mana sedang mencari kerja, jom cuba buat secara part time atau full time dengan aku.
Terima kasih :)
– Cikin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit