Assalamualaikum semua. Saya mengalami Vitiligo. Lama juga saya nak terima hakikat ini
Terima atau tolak, no way to run. Kena hadap. Bezanya, nak berlapang dada atau berkeluh kesah.
Pernah saya ingin berpisah dengan suami kerana rasa rendah diri.
Syukurnya, suami terima situasi saya. Jadi, saya terima keadaan diri dan dalam masa yang sama, cari rawatan untuk baiki keadaan sebab ia jenis tak sembuh sepenuhnya.
Vitiligo saya jenis muncul di beberapa bahagian tubuh, dan bahagian muka lah yang paling saya concern walau saiznya tak lah besar sangat, tapi nampak.
Ada beberapa rawatan saya buat. Antaranya, jumpa dermatologist sebab berkaitan kulit. Kos nya, agak mahal, ribu ribu. Tapi nak baik kan? Dan memang ok lah, kejap.
Tompok putih boleh disamarkan, tapi tak sembuh sepenuhnya. Ia boleh muncul balik di tempat lain, bila bila dia nak muncul. Itu lah yang berlaku kepada saya.
Suatu hari nampat TikTok abang YB Syed syaddiq, yang juga alami Vitiligo.
Daripada ruangan komen, saya nampak pesakit yang dapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Terengganu. Resultnya baik.
Saya kunjungi klinik tersebut. Selepas rawatan 3 bulan, nampaknya tompok putih tu dah Samar. Alhamdulillah.
Saya percaya, doa emak n suami turut menyumbang kepada result ini. Itu aje lah cerita saya.
Alhamdulillah..
Anda dapat sesuatu? Sila share & Komen :)
– Rain lilly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit