Mencari Reda

Assalamualaikum. Aku isteri. Umur aku 28 tahun. Ada cahaya mata yang comel seorang. Kurang 5 tahun perkahwinan aku dengan suami. Awalnya alhamdulillah hidup kami bahagia.

Dengan kebahagiaan yang aku rasa masa tu, aku tak fikir sangat apa ayah aku tanya sebelum kahwin. Nak duduk mana? Aku jawab rumah mil. Sebab suami anak bongsu.

Dari situ aku jadi rapat dengan mil. Semua benda dia cerita dekat aku. Dari anak, menantu sampailah ke suami dia pun dia cerita kat aku. Aku dengar jelah. Yelah nak jadi menantu yang baik kan?

Mil memang baik. Aku pulak bunting pelamin, lagilah suami bagi layanan extra. Walaupun aku takde alahan. Masatu aku bekerja lagi. Masak semua mil buat. Kalau aku nak masak apa aku nak, apa suami aku nak, baru aku ke dapur.

Lepas bersalin, kondisi aku tak berapa baik. Aku pula kerja site. Jadi suami setuju aku berhenti. Aku pun berhenti. Macam2 fikiran aku masat u. Tapi suami banyak bagi kekuatan dekat aku. Aku pun jadilah suri rumah. Lama2 sikap mil lain dengan aku. Yelah aku dah tak kerja.

Pernah dia kata dekat aku “kalau dia kaya, dia tak bagi anak dia kerja” mungkin masa tu dia nampak anak dia struggle bekerja untuk anak isteri.

Aku tak ambil hati mula2. Aku positifkan diri. Tapi hari ke hari. Pandangan mata, percakapan mil jadi dingin dengan aku. Aku banyak menangis. Suami perasan. Dia pujuk aku dan aku okay balik.

Aku pula kena sakit misteri. Badan aku naik bisul yang banyak. Aku berubat. Terkejut bila tahu angkara siapa. Bff mil. Ya bff dia buat aku sebab dia patutnya jadi besan mil aku. Tapi lain pula jadinya. Aturan Allah. Siapa nak sangkalkan.

Tapi lepastu mil lain sangat dengan aku. Perli2 aku. Aku macam biasa cerita dengan suami apa jadi dekat rumah masa dia kerja. Suami kata aku kena kerja. Aku cari kerja. Alhamdulillah dapat. Aku kerja macam biasa sampai dapat confirmation letter.

Ada benda jadi antara aku dan suami. Hubungan bersama kami jadi susah. Aku jadi kering sekeringnya. 2 bulan aku positifkan diri mungkin sebab ubat perancang. Aku cuba cerita dekat orang terdekat. Tanya dan diaorang minta aku berubat lagi. Aku pun berubat.

Terkejut. Sedih. Kecewa. Tertipu. Kali ni bukan orang luar. Orang dekat. Dan mak suami aku sendiri yang buat aku. Aku terus senyap dengan family suami aku. Diaorang perasan. Suami hanya kata aku penat.

Sampai satu tahap aku minta suami nak duduk rumah lain. Tak sanggup nak tengok muka mil yang aku sayang tiba2 buat aku.

Aku pula jadi dingin dengan suami. Beberapa kali juga aku tanya suami, mak dia berkenan tak dekat aku sebelum kahwin? Kenapa jadi macam ni. Kenapa dan kenapa dan kenapa.

Dah pindah rumah, ingatkan okay. Tapi satu satu perkara keluar. Dari aku boleh berjalan sampailah aku merangkak sebab perbuatan mil. Badan aku sakittt sangat sangat.

Family aku sedih sangat. Family aku banyak tolong aku time suami aku kerja. Aku berubat sana sini. Mc aku banyak sangat. Sampailah aku masuk hospital seminggu sebab badan aku lemah sangat sangat. Nak angkat jari pun tak lepas.

Family suami tak tahu pun apa jadi sampailah ke masuk hospital. Aku yang minta suami jangan bagitahu family dia.

Sedih, marah, semua aku lepaskan dekat suami. Suami akur. Walaupun aku dingin dengan suami, suami layan aku baik sangat2. Suami aku suka suap aku makan. Banyak dia bersabar dengan aku.

Sebab amarah aku, aku tersedar aku jadi lain sebenarnya. Bukan aku yang suami aku kenal mula2. Banyak dia bagi hint supaya aku jadi macam dulu. Macam awal2 bercinta.

Satu hari aku terkeluar perkataan cerai. Terus suami berubah dari caring ke pendiam. Aku sedar perkataan aku dah melampaui batas kesabaran dia. Aku menyesal dengan sikap aku. Perkataan aku sangat menyakitkan hati dia. Aku menyesal.

Aku tersedar di dalam diam dia, aku rindu dengan semua layanan dia. Kami pillow talk. Aku minta maaf dekat dia. Tapi dia kata tenang aku sekejap je. Sampai masa aku marah, aku jadi lain. Aku sedar. Aku tak tahulah aku baran atau aku gila? Tapi aku sedar apa aku buat.

Mungkin sebab aku dan suami takde jalan penyelesaian dekat mil/mak dia. Takkan kami nak terus terang? Aku rasa tu bukan yang terbaik. Aku hanya mampu jaga jarak je.

Aku cuma minta suami balik rumah mak dia sekali sekala. Tapi aku tak kuat nak ikut buat masa ni.

Suami pula belum boleh terima kalau aku tak ikut. Tapi setiap aku balik sana mesti aku sakit. Aku perasan dah lama perkara ni. Dan cuba nak jaga diri aku. Salah ke aku buat macam ni?

Sekarang aku cuba mencari redha Allah. Aku banyakkan berzikir. Aku cuba jadi isteri yang menyenangkan. Aku cuba jadi isteri terbaik untuk dia. Aku nak belajar erti sabar sebenar.

Aku sedar aku cintakan suami aku. Sayangkan dia. Tapi aku hanya manusia biasa yang ada perasaan dan manusia lemah.. Doakan aku kuat.

– Honeydew (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. hebat betul eh org yg main tembak org tu buat org ni buat.. tau x tu keje setan nk bg bergaduh? sbb pernah kena kt diri sendiri, sampai skrg xblh nk bukak blk topic ni.. dulu pernah sakit, berubat punya berubat kata “makcik” sendiri buat.. i told her daughter(someone yg mmg close gila2 till today,mcm kakak sendiri).. our relationship retak, retak sgt2.. BUKAN MAKCIK YG BUAT, SYAITAN YG NK MELAGA2

    • blm abis taip dh submit,, huk alohhh..

      ok sambung,
      benda kalau badan dh lemah, mmg mudah benda nk hinggap sampai lah skrg.. percayalah.. kalau dh ada lorong tu, mmg mudah je benda tu nk masuk.. tau2 sakit.. awk pasti ke mil lah, bff mil lah buat.. confirm?? aku tobat xcaye org itu ini buat, sbb setan mmg melaga2 manusia.. pastu org yg berubat pun sama, main pin point je.. dasyatttt

  2. setuju dengan sis kucai..
    apa kata sis confront your mil? kalau betul, minta ampun, minta maaf kalau ada salah (walaupun tahu kita tak salah). tak rugi di pihak sis kalaupun sis mengalah, hasilnya semoga sis lebih tenang. semoga juga your mil lebih lembut hati balik.
    you need to went tru a hard way for you and your husband, sis sayang dia kan..
    semoga orang yang buat sis tu juga bertaubat. saya doakan semoga kehidupan sis akan lebih better lepas ni, take care sis. jaga diri, jaga iman, jaga keluarga.

  3. Arwah sepupu saya juga naik bisul yang banyak di badan.Badan dia selalu gatal yang teramat sampai nak pilih pakaian pun kena pilih fabrik yang tidak memerangkap haba.Mulanya ingat buatan orang, rupa-rupanya selepas check, doktor sahkan kanser lymphoma.Semoga ada jalan penyelesaian untuk masalah sis.Take care..

  4. kalau awak pergi perubatan islam, ustaz terer dan alim tara mana pun takkan tahu sape yang sihir awak..awak dah salah jumpa orang ni.. awak pergi jumpa perawat yang bela jin.. jin & syaitan akan sentiasa buat manusia bergaduh dan bermusuh sesama sendiri..sama ada awak yang sebenarnya bermasalah (gangguan emosi/psikiatri) atau gangguan jin tu awak dpt daripada perawat yg tuduh mil & bff mil sihir tu..tapi saya nak nasihatkan awak supaya jumpa pakar psikiatri.. you need help

  5. kesian mil kena fitnah sihir. kau gi berubat dgn ustaz dajal mana ni? kau reti tak beza ustaz betul dgn ustaz penunggang agama? kebanyakan so called ustaz yg ubat org ni pakai khadam (pendamping). elakkan berubat dgn ustaz sebegini sbb biasa dia akan hantar jin sekali dekat kau. biasalah mil berubah emosi. org tua mmg mcm tu. emosi x stabil dan cepat sensitif

  6. Assalamualaikum. Dari pembacaan je dah tahu kena sihir ni, sama ada sihir pemisah atau sihir pembenci atau kedua2nya sekali. Nak minta untuk datang beerubat pun tak tahu ada di mana. Cuba untuk ubat diri sendiri dulu: Dengar sahaja boleh, nak bagus lagi dengar dan ikut bacaan ayat Qursi di YouTube yang 100 kali tu. Cuba buat hari2 dan lihat apa yang jadi.

  7. Sis kene cri org yg boleh pulangkan balik ape yg dihantar tu bru settle masalah… Dulu mak sy terkene sihir jugak, perubat tu x cakap siapa cuma cakap org dekat tp sy teka skali je terus perubat tu terkedu… Cakap kat mak tp mak xpercaya, so sy ckp kat perubat tu just pulangkan balik klu dia hntar lg… Skrg that person dah gone, mak sy pom dah sihat… Settle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *