Mencari Reda Allah SWT

Salam menuju syurga tanpa hisab.. in syaa Allah, aamiinn.

Saya tak pasti kalau artikel ni dipublish. Kot la admin risau sebab yang haritu kan jadi kontroversi. Apapun, semuanya terletak kepada izinNya jua.

Kali ni saya nak ajak semua mencari REDHO ILAHI. Too general? In syaa Allah saya akan cuba kupas sebaik mungkin.

Sebelum tu, saya bukanlah ustazah tapi orang biasa yang cuba berkongsi apa yang saya tahu je. So, dont expect high dan kalau ada yang tak betul sudilah tegur. Kecampun ok, janji membina. Tapi saya tak akan bertanggung jawab la atas perbuatan kecam tu ya.

Menjadi manusia ni, kita wajib cari redho Ilahi. Maknanya apa juga yang kita buat mestilah menepati kehendak Allah dan Rasul.

Sebab tu kita kena betul2 tahu tentang Agama kita ; halal haramnya, wajib, harus, makruh dan sunat .. seterusnya.

Perkara pertama kita wajib tahu dan buat tentulah SOLAT. Namapun solat itu tiang agama. Kalau solat je kita dah gagal, jangan harap amalan lain diterima (sila rujuk ustaz yang arif).

Solat juga merupakan ‘alat’ yang mengekang diri kita daripada apa2 perkara fahsyak (keji) dan munkar. Kalau masih buat juga fahsyak dan munkar maknanya solat kita bermasalahlah. So, betulkanlah sampai betul2 betul.

Sementara kita mendapatkan solat yang betul atau sempurna, berusahalah agar kita tahu agama dengan sebaik2.

Belajar dengan guru yang betul2 mursyid (betul2 layak la tu maknanya). Daripada situ in syaa Allah, kita dah boleh praktis untuk buat semua perintah Allah sambil menjauhi laranganNya.

Perkara2 itu termasuklah Rukun Iman dan Rukun Islam (puasa, bayar zakat, haji )santuni ibuayah, cari redho suami, jaga aurat, jaga ikhtilat, perhatikan makan pakai daripada unsur haram dan syubhah dll.

Kita juga kena berhati2 dalam berhubungan dan berkomunikasi sesama insan. Sebabnya dosa dengan manusia, Allah kata kena dapatkan kemaafan direct daripada manusia tu sendiri (namun Allah tetap berhak untuk berbuat sesukahatiNya).

So, please behave walaupun ia mungkin sekadar perhubungan menerusi media sosial. Kat page politik biasanya kita boleh nampak keterlanjuran2 ini.

Semoga kita kat sini takde yang terjebak. Kalau ada bertaubatlah sambil mencari ruang untuk kemaafan. Jangan sampai kena merangkak pula di akhirat (na’uudzubillah). When there is a will, there is a way in syaa Allah. Janji try hardest.

Last, demi redho Ilahi ini juga, perbanyakkanlah amalan2 sunat seperti mengaji (baca Al Qur an dan hadith2 ), zikir, sedekah, dakwah dan seumpama.

Sebab amalan2 ini bukan saja membasuh atau menyucikan hati kita tetapi ia juga ibarat magnet yang menyedut hanya elemen2 baik ke dalam diri kita, sementara yang jahat atau tak elok akan tercampak jauh (in syaa Allah, aamiinn – sifirnya memang begitu).

Eh jap, ada lagi satu. TAUBAT. Too err is human ; maksud sebagai manusia biasa yang bukan maksum (bukan Mak Som ya), sudah tentu akan terpalit juga diri kita dengan noda dan dosa.

Namun, Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Bijaksana telah mensyariatkan ISTIGHFAR sebagai penebus dosa. Ya, cuma dengan ISTIGHFAR sebagai alat taubat yang bertindak menebus dosa2 yang telah kita lakukan.

Maka, perbanyakkanlah istighfar. Buatlah dengan kerap dan istiqomah (konsisten). Sabda Junjungan, “Sebaik2 amal itu adalah yang istiqomah.”

Betul2 last (ok ni betul last) but not least, DOA. Perbanyakkanlah doa dengan menitik beratkan adab2nya. Bukankah doa itu SENJATA bagi orang mukmin?

So, never underestimate the power of DOA, doalah sebanyak2, sesungguh2, sedetail2 untuk setiap perkara.

Termasuklah untuk perkara2 seperti nak solat, nak bercakap dengan orang, nak hormat suami, nak keluar rumah sampailah kepada nak masuk toilet.

Lazimilah doa supaya setiap apa yang kita buat kita akan buat kerana Allah, in syaa Allah, aamiinn.

Semoga kita semua berjaya mendapatkan redho Ilahi walaupun tatacaranya yang tak akan pernah mirip apatah lagi sama dengan srikandi2 Islam khasnya isteri2 Baginda Junjungan, Nabi Muhammad SAW. Aamiinn. Allaahul musta’aan.

– Yu – Ji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *