Mencari Redha dan SyurgaNya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku Seri, seorang wanita berumur 30 an. Baru saja berumahtangga. Aku nak berkongsi mengenai perjalanan hidup dalam mencari redha dan syurga Allah S.W.T.

Aku seorang yang biasa2 je. Hidup dalam ideologi dan pemikiran aku sendiri. Senang bergaul ramai orang tetapi boleh dikira berapa je yang betul2 rapat denganku. Sebab aku lebih selesa hidup dalam zon aku sendiri. Yang penting bagi aku, aku tak ganggu orang lain… Kalau aku mampu tolong orang, aku tolong sehabis baik dan tidak mengharapkan balasan.

Aku dah banyak kali taip confession ni, tapi aku delete balik. Mungkin sebab tak nak buka aib sesiapa mahupun aib aku. Jadi, ini confession yang ke berapa entah aku taip. Harap aku betul2 send confession yang ni. Hehe.

Aku banyak kali terjatuh dalam hidup. Aku cenderung menyimpan dendam dan marah dalam keadaan aku tak sedar. Aku ingat aku ok dengan keadaan aku. Rupa2nya tidak. Contoh aku dulu takleh move on dengan cinta tak kesampaian aku (kes friendzone) masa di sekolah sehingga aku benci lelaki skema, pandai dan lurus. Bagi aku, mereka ni… Jahatnya tak nampak. Kalau dah nampak jahatnya, memang menyakitkan hati. Baik aku kawan dengan yang betul2 jahat. Kalau terkena lagi, aku cuma akan salahkan diri sendiri je sebab bodoh.

Tapi… Sebenarnya pandangan ini dah terang2 menampakkan diri tu bodoh. Hahaha. Jadi jangan tanya berapa kali aku diperbodohkan lelaki jahat dalam hidup aku sampai aku trauma nak kahwin. Dan suami aku sekarang pun bukannya mat2 skema lurus baik hati. Jenis bekas ‘bad boys’ jugak. Entahlah.. Ke aura aku ni hanya menarik minat bad boys je? Yang baik hati lurus semua tak minat kat aku? Ke sebenarnya aku yang ‘jahat’? Haha.. Ini antara pemikiran yang bermain2 dalam kepala aku sekarang ni.

Aku menceritakan realiti aku.. Yang selalu mencari redha dan syurga Allah. Terjatuh, bangun.. Berdiri.. Berjalan dan berlari.. Kemudian jatuh dan ‘lumpuh’. Terasa nak mencarut kat semua orang, menyalahkan dan menyetankan semua orang termasuk diri sendiri sampai rasa macam tak layak nak hidup. Bila depressed rasa nak kelar tangan.. Tapi istighfar kuat2.

Oh ye, aku pernah kemurungan beberapa kali dalam hidup aku.. Jadi sebolehnya aku tak nak kemurungan lagi. Macam2 cara aku buat untuk elakkan kemurungan sebab aku tak nak sampai terpaksa makan ubat lagi. Seksa woo.. Makan ubat. Bila ada yang kata kalau depressed jumpa psikiatri ambik ubat.. Aku akan nasihatkan… Pegi jumpa pegawai psikologi dulu. Mungkin dengan kaunseling dah boleh lega. Jangan terus makan ubat sebolehnya, sebab bila kau nak berhenti nanti, belum tentu kau tahan withdrawal syndrome dia.

Aku dulu buat keputusan berhenti sendiri ambil ubat (tanpa nasihat doktor) . Kesan kemurungan naik dua kali ganda dan aku lawan dengan solat, mengaji, relaksasi dan terapi tenangkan diri. Ambil masa lebih 2 tahun juga untuk bangun daripada withdrawal syndrome tu. Kenapa aku berhenti ambil ubat sendiri? Ubat tu buatkan aku lemah dan mengantuk.. Banyak ganggu pembelajaran aku di kolej. Jadi, bila aku tak makan ubat, otak aku jadi cerdas sikit dan mudah nak terima pelajaran meskipun terpaksa berperang dengan simptom2 kemurungan. Disebabkan kepelikan aku ni jugak aku kurang ada kawan rapat. Tapi takpelah, aku dah biasa jadi lone ranger dan tak kisah sangat pun.

Daripada sekolah, kolej, universiti, kerja, kahwin, aku selalu berdoa untuk mencari redha Allah dan masuk syurgaNya. Aku sering berdoa untuk merasai cintaNya. Namun, ujian2 dalam hidup membuatkan kadangkala aku tergelincir dan terjatuh. Aku memberontak, buat perkara dilarang Allah, ditimpa musibah dan kaffarah, menyesal, bertaubat, jadi baik, diuji lagi, marah balik, memberontak dan kitaran itu bersambung2.

Sekarang bila dah berkahwin.. Aku masih struggle nak mencari redha dan syurgaNya. Realiti rumahtangga buatku tersentak, dan kadangkala aku fikir kalau tahu macam ni baik takyah nikah buat semak kepala dan jiwa aku. Tapi kalau mak ayah dah sampai nangis2 nak anaknya kahwin jugak.. Macam mana? Entahlah. Sekali lagi aku salahkan orang lain dalam masalah2 hidup aku. Hehe.

Aku tak tahu orang lain alami konflik macam ni jugak ke? Atau aku saja yang rasa benda ni? Kadang2 aku menangis dalam doa. Aku pernah berdoa supaya Allah beri aku kasih sayang dan cintaNya. Dan mungkin silap aku juga, bila aku berdoa.. Aku tak mahu dunia. Aku cuma mahu Dia. Sekelepuk Dia tunaikan. Dunia tak habis2 menguji aku sampai aku dah tersungkur berapa kali ni… Aku berani lagi ke agak2 nak doa lagi, aku tak nak dunia.. Aku cuma nak Dia?

Oh sekarang dah lain sikit doa aku. Aku nak aku, suami dan anak2 aku masuk syurga sama2. Tak nak tertinggal seorang pun. Tapi faham2 lah, bekas ‘bad boy’ baru nak insaf. Dia punya temper, emo, ego…. Buatkan aku termenung balik… Ish.. Ni ke jalan ke syurgaNya? Supaya banyak sabar, berubah… Jadi lebih baik? Dia nak bagi pahala macam tu?

Sekarang fasa energy aku tengah rendah giler… Tengah sedih, murung sesekali, rasa tak berdaya. Tapi demi syurgaNya aku cuba jugak atur langkah aku. Aku nak ke syurga, bawak suami, anak2, emak ayah aku.. Semua sekali lah. Perjalanan nak ke syurga tu tak senang kan?

Aku realistik sikit bila cakap pasal hal ni. Jatuh bangun hidup tu biasa. Toksahlah makcik pakcik bawang kecam ala2 hidup mereka sempurna giler kat luar tu. Macam pilihan hidup dia je yang betul selalu. Entah2 dia pun struggle jugak acah2 tunjuk power je, ye tak?

Geng.. Doakan aku ye? Dan aku doakan korang semua yang sudi baca confession aku ni dimudahkan urusan. Dibahagiakan dunia akhirat. Aaamin.

– Seri

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *