Pada hari ini saya baru sempat baca apa yang sahabat saya dm mengenai family. Beliau cukup terinspirasi bila tengok video dan cerita yang saya kongsi tentang silaturrahim dengan keluarga. Beliau kata, “Best gilerr dapat family yang sporting kumpul beramai-ramai dengan baju semua sama.”
Berdasarkan cerita yang saya tulis sebelum ini, saya kongsi berdasarkan realiti hidup saya sendiri yang kekadang lupa diri dan pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang saya jahat tak fikirkan perasaan orang lain. Pernah sekali, saya busy kerja sebab nak kumpul duit banyak2 tapi dalam masa yg sama saya lupa nak jaga hubungan saya dengan org sekeliling. Konon nak kumpul harta menggunung. Tapi kesudahannya tak okay. Saya jadi macam boring, stress dan macam hidup ni tak okay. Macam ada sesuatu yg tak kena…
Jadi, saya tanya kepada seorang ustazah.. Daripada dulu saya mesti story ape2 dengan beliau. Saya tanya, “kenapa saya kerja ni rasa hidup tak tenang, sedangkan duit ada, semua ade tapi macam ade yg kurang. ” Ustazah beritahu,” jagalah hubungan dengan orang sekeliling awak Syaza, tak kisah awak ni belajar tinggi ke tak, kaya ke tak, anak dato ke tak.. tapi jagalah hubungan silaturrahim.” Kadang-kadang merekalah yang mendoakan kita dalam senyap. Kita tak tahu tapi Allah maha mengetahui..
Dalam diam saya terfikir, betul lah.. Dulu saya pernah kerja sampai balik malam pastu kerja balik. Duit rasa macam tak cukup. Padehal kalau dibandingkan dengan org lain, gaji yang dapat tu dah cukup… Banyak juga ustazah nasihat saya.. Lagi-lagi time saya belajar dulu, pernah tak balik, pastu kerja part time, busy assignment dan projek.. Tak pernah nak jenguk family. Kenduri kawan kawen pun banyak tak pergi.. Lepas tu, saudara meninggal dunia saje buat lambat tak datang dan pernah tak datang langsung dengan alasan study..
Yang paling terkilan, bila ada seorang kawan baik sakit, saya tak pergi jenguk.. Sedangkan dekat je jarak universiti dengan hospital. Tup2 meninggal dunia. Ya Allah.. Sebak sangat.. Rasa serba salah sangat bila dikenang balik hari ini. Time belajar baca buku pun tak boleh masuk, rasa tak tenang dan rasa macam ade something. Ape yang kurang ni sebenarnya.. Saya cari jawapan. Then, saya decide tiap minggu balik rumah. Asal ujung minggu je balik. Kengkawan pun naik hairan. Yang faham, fahamlah.. Tapi kalau ada assignment banyak, tak balik rumah.. Just call/ ws family..
Tapi kalau korang belajar jauh, tak payahlah ulang alik balik. Yang kat overseas tuuu tak payah decide nak balik tiap minggu lepas baca story saya ni. Hahaha.. Ikut masing2 punya cara. Jauh boleh lagi berhubung dengan video call ke, ws ke.. Eh mcm2 lah boleh buat. Jarak rumah dan universiti saya belajar hanya 1 jam je.. Tu yg balik selalu.. Hehehe.. Lepas buat perkara ini, saya rasa lebih semangat nak belajar. Rasa seronok dan kekadang tak sabar2 nak balik rumah.
Pernah sekali tu, ada assignment banyak, hati saya berbisik, “aku kena siapkan assignment dan research sebelum hari Jumaat ni sebab esok sedara aku nak kawen”.. 5 hari lenjan tak tidur malam, pagi sampai petang ade kelas, ngantuk dalam kelas tahan je…dengan kerja part time lagi. Hasilnya, woww mantap.. Kerja siap cepat.. Dah siap jerr, saya tarik beg. Kengkawan perati je dari jauh. Hahahaha. Tapi terima kasih kat kengkawan group, selalu tolong. Betul kerjasama itu penting..
Time buat tesis, saya sentiasa jumpa lecturer dan decide, “kena buat tesis ni cepat, kalau tak, masa study week tak ada.. Tak boleh balik rumah nak minta semua orang doakan aku. Nanti exam kantoi”.. Wehhh menggelabah siapkan.. Time tu bolelah dikatakan paling awal submit tesis, kengkawan lain masih lagi dalam proses. Alhamdulillah score buat tesis.. Just fikir tempat intern. Dapat tau tempat intern bila dah habis exam. Ni lagi sadis hidup. Orang lain dah dapat tempat intern, saya belum dapat panggilan lagi. Saya tertunggu2 dan minta family doakan yang terbaik.
Satu lagi pesanan ustazah saya, nak berjaya dan berkat dalam hidup ni.. Sentiasalah bersedekah. Sedekah ni bukan bagi duit je, sedekah sumbang tenaga masuk volunteer, sedekah time senyum, ringankan tulang pergi tolong kenduri orang, sedekah basuh pinggan kat rumah, sedekah tenaga kemas rumah… Oh i see, rupanyaa nak dapat keberkatan hidup ni mudah je. Cuma kekadang saya pandang remeh. Sejak tu, saya tak kisahlah kau sedara jauh ke dekat,, kau kawan lama ke baru.. Datang je majlis dyorang. Mereka happy dan appreciate apa yang saya buat.
Itu cara sayalah untuk dapat kebahagiaan, keredhaan dan ketenangan dalam hidup ni. Cara orang berbeza-beza, mungkin tak sama. Ini just perkongsian hidup saya.. Tidak ada kena mengena dengan orang lain. Kepada kawan2 yg follow story saya di insta story mungkin faham apa yg saya sampaikan. Sebab mcm2 saya share kat situ. Tapi tak banyaklah. Ade lagi satu medium lagi besar story saya share disitu… Tapi medium tu tiada seorang pun kenalan dan orang terdekat saya follow.
Saya memang sengaja tak nak sesapa follow. Semua orang disitu profesional. Saya banyak belajar daripada medium tu. Banyak benda saya dapat. Network baru… Sekarang ni, tengah kumpul semangat nak continue master.. InshaAllah, jika Allah izinkan.. Tapi saya tak sempurna mana, saya pun banyak kekurangan. Kekadang tak peduli perasaan orang. Main ikut hati jerr.. Tu padahnya tak tenang. Sekarang ni belajar slow2 untuk menjdi lebih baik..
Lastly, saya terngiang-ngiang lagi kata ustazah saya, beliau pesan, “Syaza, one day jika awak dah berjaya jangan lupa orang sekeliling awak, ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk”.. Ya Allah tetiba rasa rindu dekat ustazah…
Terima kasih yang sudi baca kisah daripada hamba Allah yang kerdil ini. Moga Allah permudahkan segala urusan..
– Syaza Ibtisam
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit