Mencari Rezeki Yang Halal

Assalamualaikum, terima admin jika cerita ini disiarkan. Aku seorang fresh graduate daripada IPTA. Kehidupan lepas tamat pengajian ni mmg tidak dinafikan lebih tertekan dan tak tenteram buat aku yg memerlukan duit untuk teruskan hidup.

Lebih lebih lagi dengan keluarga yang kurang kemampuan, bilangan ahli keluarga yang ramai dan aku tidak memiliki kenderaan sendiri. Hanya bergantung pada ayah untuk jemput dan pulang menaiki motor. Kerja pun tak boleh sebarangan seperti kerja di kilang kerana ayah tidak izinkan kerja shift malam.

Aku tahu dia risau dan aku hormat keputusan itu dan cari kerja yg sesuai dan Mencari banyak pekerjaan tetapi sering kali ditipu. Banyak kali berputus asa dan bangkit kembali. Sebab aku tahu diluar sana banyak lagi yang susah daripada aku. Terdetik untuk berniaga tetapi tiada modal yang banyak. Jadi apa yang sesuai dengan modal RM400 sahaja.

Aku memilih untuk jual baju terpakai dan reject Jepun daripada satu akaun instagram ni. Pemilik akaun ini hanya menjual secara pukal dan kadang kala dia akan buat promosi untuk pembelian 10 helai. Aku dah follow ig ni sejak berapa bulan yang lepas.

Sebelum aku nekad nak buat berniaga. aku tunggu dulu sampai ig nie buat sales 10 helai tuh. Then alhamdulilah, semua pakaian yg 10 helai (baju dan seluar) diterima memang masih cantik dan tidak ada sebarang kecacatan. Senang cakap puas hati. Lepas tu, aku teruskan niat nak beli pukal dan jual bermodalkan RM400 yang berbaki dalam simpanan aku.

Lepas barang berniaga aku dah sampai, perasaan tu gembira sangat dan lagi semangat. Tapi sayang tak lama pun gembira tu, lepas aku bukak je bungkusan. Pakaian yang aku terima banyak bezanya dengan yang sebelum ni dan tak sama seperti di gambar.

Memang menagis masa tu, baju yang ada 20 helai, 6 sahaja yang okay. Yang lain, ada yang koyak dan berlubang (besar & tak boleh dibaiki). Ada jugak yang bercapuk (warna sudah bercmpur dengan warna asal). Seluar dan produk lain tidak payah cerita sama juga keadaannya.

Saya whatsapp untuk dapatkan penjelasan. Terus kena block. Sama jugak dengan ig saya. Kena block lepas saya DM dia. Sedih sangat , itu je duit yang ada. Lagipun baki pakaian yang masih elok tuh kalau jual masih tak pulang modal dgn pakaian yang sudah rosak.

Saya buat ig lain untuk contact penjual, termasuk kawan kawan saya juga dengan berani komen di post untuk dapatkan penjelasan. Sama semua kena block. Penjual itu melayu, dan sanggup aniaya kaum sendiri. Ni hakikat, buat post kononnya hendak bantu untuk ringankan beban, rupanya dipergunakan.

Kalau dilihat pada akaun ig penjual memang semua feedback dan komen memang yang positif sahaja. Jadi mmg aku termakan dengan percaya feedback dia. Aku anggap bukan rezeki aku. dan baki pakaian yang masih elok aku dah sedekah kan.

Cuma harap pada sesiapa yang bergelar penjual terutamanya melayu islam, jujur lah ketika melakukan urusan berjual beli dan jangan aniaya orang lain. Dan kepada si penjual aku harap dia insaf dan tidak teruskn lagi berniaga macam tuh. Harap pembaca dapat doakan kesejahteraan aku demi mencri rezeki yang halal. Amin…

p/s : Mungkin bagi org lain jumlah RM400 sedikit sahaja tetapi besar maknanya pada aku yang miskin ini. Sekian.

– Cik Meow

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *