Kita semua tahu majoriti orang Melayu dekat Malaysia ni memang semua lahir terus dalam Islam. Atau orang selalu guna “Islam waris”. Agama boleh di wariskan tetapi iman tidak. Ramai cakap “beruntung kita di lahirkan dalam Islam” dan ramai juga yang cakap “agama ini bukan pilihan aku” golongan ni ramai orang kita gelar mereka liberal.
Sebenarnya, kalau mungkin korang rajin baca macam-macam buku artikel atau buat interview secara lisan dekat orang asalnya Islam, tapi dia keluar (murtad) dan kembali kepada Islam. Kau akan rasa perjalanan hidup diorang untuk mencari Tuhan ni memang menakjubkan.
Biasa kalau aku nampak orang yang tak kira lah dia memang terang-terang murtad atau paling popular sekarang sokong LGBT aku biarkan. Ramai sangat yang komen dengan cara “Engkau masuk Neraka”, takpun “aku tak nak Malaysia kena bala” padahal kalau kita fikir balik diri kita sendiri pun banyak buat dosa. Jadi dari situ kita terus ambik tugas Tuhan. Sebab itu masyarakat liberal melayu selalu cakap Islam ni agama paksa sebab orang-orang pengganti Tuhan macam ni.
Kalau dia Gay ke Lesbian ke Murtad ke kita tegur elok secara diam kalau dia tak terima okaylah biarkan. Mana tahu dengan dia jadi gay ke lesbian atau murtad dari situ dia jumpa hidayah dan cahaya Islam yang sebenar? Kita bukan tahu masa hadapan orang lain macam mana. Jadi cuba korang baca kisah kisah orang macam ni.
Macam mana dia ni Islam lepastu murtad, sekali bila dah berpuluh-puluh tahun dia rasa ada benda yang kurang dalam hidup. Macam-macam dia buat tapi masih rasa kurang. Tapi entah macam mana lepas berpuluh tahun tu tiba-tiba dia berdiri dekat lantai dan rasa nak angkat tabir dan sujud. Bila dia angkat takbir ” Allahu Akbar ” terus dia menangis.
Kisah macam ni banyak, tapi dekat internet memang payah nak cari kena beli buku. Ramai sebenarnya yang keluar Islam sebab dia nak “Cari Tuhan” sebab dalam hati ragu-ragu. Mungkin nanti ada yang komen “ragu ragu itu bisikan iblis” kita yakin ke? Entah perasaan ragu-ragu dia tu ialah langkah pertama dia mengenal Islam yang sebenar. Sebab itu ada yang sampai bertukar-tukar agama. Nak tahu agama ini macam ini, itu macam mana.
Orang Melayu kita ni sebenarnya selalu sangat Menghukum. Takut Malaysia kena Bala? Cuba pandang diri kita sendiri. Entah-entah bala yang datang tu hasil dari dosa kita. Senang cerita kau tengok Facebook. Lelaki berapa ramai komen benda lucah, yang lelaki lain tu rilex je komen “win bro” apa yang menangnya dengan komen lucah?
Jadi kita ni kena berhenti jadi manusia yang terlalu menghukum. Kalau nampak artis buka tudung ke orang sokong LGBT murtad ke. Kita doakan, bukan kita hukum mereka ke neraka lepastu anggap yang diri kita ni suci. Jangan, itu yang buat orang pengganut Islam sendiri benci dan mual dengan Islam. Okeylah, sekian sahaja coretan dari aku. Maaf andai tersalah kata.
– Pencari Tuhan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit