Mencari Yang Hilang

MENCARI YANG HILANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca. Salam kesejahteraan jua buat yang sudi memberi komen membina mahupun yang mengecam keras. Tak dilupakan, salam sejahtera dan terima kasih buat admin yang sudi menyiarkan post ni.

Dah lama aku pendam kisah ni. Dah lama aku simpan seorang diri. Dan hari ni aku nak luahkan. Aku harap dengan cara ni aku boleh rasa lebih lega, aku boleh kurangkan beban di hati aku, aku boleh kurangkan kekusutan di fikiran aku. Atau pun mana tahu kalau-kalau ada yang sudi membantu. Kalau-kalau ada komen-komen pembaca yang boleh memberi inspirasi dan semangat pada diri. Tapi tak kurang juga, boleh jadi ada yang menghamburkan kata-kata kesat dan pedas kelak. Aku tahu, mesti aka nada punya nanti.

Aku dulu boleh dikatakan seorang yang aktif sejak kecil. Memang jenis tak reti duduk diam. Kalau nak kata bekas-bekas yang tinggal sebab nakal tu pun boleh kata ada la jugak sampai hari ni. Dalam nakal-nakal dan lasak-lasak aku pun, aku jenis yang cemerlang di sekolah. Selalu dapat anugerah dan hadiah, memang seronok kalau mak ayah datang sekolah. Antara yang paling best juga waktu perhimpunan, bila ada sesi penyampaian hadiah, mesti akan jadi salah seorang student yang naik stage. Main sukan, menang dapat pingat. Masuk pertandingan apa-apa, mesti menang. Kalau bukan johan, at least no 2 atau 3. Kalau tak hadiah utama sekalipun, sagu hati pun jadi la. Mesti nak naik stage. Dari pertandingan kecil-kecil hingga la pertandingan besar. Suka sangat kumpul hadiah. Sukan pun aktif. Persatuan pun sama. Habis jawatan dibolot, walaupun mula-mula tak nak pun. Tapi bila dah diberi, terima jela jugak kan. Berterusanlah hal tersebut hingga kea lam sekolah menengah. Boleh dikatakan masih performed la jugak. Seolah-olah tak tahu apa itu makna gagal dan macam mana rasanya gagal atau jatuh. Hidup bagaikan sentiasa di atas. Akulah anak emas, akulah ayam tambatan di sekolah. Ada je yang jealous dengan aku. Pernah juga dapat surat layang.

Kemudian aku diterima masuk ke satu universiti. Aku dapat melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi. Semangat sangat. Suka sangat. Terbayang macam kisah-kisah dalam drama dan telemovie di kaca tv satu ketika dulu. Tapi bila dah masuk universiti ni, lain rupanya. Terus terang aku cakap, tak sama pun dengan apa yang ada dalam tv tu. Memang lain la. Lain macam mana? Banyak la. Malas aku nak cerita panjang. Tapi aku ok je. Masih boleh biasakan diri dengan suasana dan keadaan sekeliling. Di kampus pun aku masih aktif macam dulu-dulu. Aktif berpersatuan. Aktif bersukan. Aktif juga dalam kelas. Memang aku jenis suka libatkan diri dalam semua benda. Seronok sangat masa tu.

Tapi tu semua dulu. Aku sudah terlalu selesa kot berada di atas. Sampai masanya untuk aku diuji. Dan di sinilah titik perubahan dalam hidup aku. Segalanya berubah dalam sekelip mata. Dunia tiba-tiba terasa kelam untuk aku.

Sampai satu tahap, aku jatuh dengan teruk. Aku, orang yang selalu berada di atas dan cemerlang, tiba-tiba aku menerima kegagalan. Bagi aku, kegagalan ni satu tamparan yang hebat untuk aku. Yer, aku gagal. Gagal dengan sebenar-benar gagal. Dengan sebab tu, aku kena ulang balik dari awal. Dengan sebab itu, aku kena tambah pengajian. Dengan sebab tu, aku tak boleh konvo macam orang lain. Dengan sebab tu jugak, aku dikejar untuk bayar hutang pengajian. Memang sakit. Semua dating sekaligus. Belum kira lagi dengan masalah keluarga yang aku hadapi. Dengan masalah kewangan. Dengan masalah kesihatan yang datang.

Aku jadi malu… Malu sangat. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan keluarga dan adik-beradik. Malu dengan saudara mara dan jiran tetangga. Malu dengan kawan-kawan. Malu dengan pensyarah juga. Malu dengan pihak pengurusan universiti. Malu dengan semua. Seriously, aku malu. Malu rasanya nak berhadapan dengan semua orang.

Sekarang ni, aku rasa down sangat. Aku rasa lemah. Aku rasa tak berdaya. Dan sampai satu tahap, aku rasa macam tak berguna je. Mood untuk belajar dah mula kurang. Nak berhdapan dengan orang-orang dalam kelas. Nak jawab persoalan manusia-manusia sekeliling. Bila tengok orang konvo, apatah lagi waktu tu. Kawan-kawan ramai yang dah kerja, dah kahwin, dah ada anak. Dan aku pula, masih di sini. Terkandas di institusi pengajian, padahal dulu aku dikenali sebagai orang yang sangat cemerlang. Orang menyangka aku akan terus cemerlang dan dapat pekerjaan yang baik. Malu nak jumpa guru-guru yang pernah mengajar dulu.

Dan sekarang aku rasa aku dah hilang semangat. Dah hilang keyakinan diri. Dah hilang ketenangan hati. Tak tahu nak kata macam mana. Kadang-kadang rasa macam semua orang pandang serong pada aku. Sakit sangat rasa perasaan tu. Jujur aku kata, aku rasa macam aku dah hilang diri sendiri. Rasa macam aku bukan aku lagi dah. Rasa macam aku dah jadi lain. Takt ahu nak kata lain yang macam mana. Aku je yang rasa. Orang yang pandang yang tak rasai memang boleh kata apa-apa je. Tapi yang rasa Cuma aku. Aku tak tahu kalau ada yang boleh faham apa yang aku alami ni ke tak. Aku takt ahu samada orang lain pernah alami benda yang sama dengan aku atau tak. Dan aku tak tahu, mungkin ada yang diuji lebih teruk daripada aku.

Aku tak suka perasaan ni. Aku rasa jauh sangat. Rasa macam ada sesuatu yang hilang dalam diri aku dalam hidup aku. Aku suka untuk terus begini. Aku nak diri aku. Aku nak kekuatan. Aku nak keyakinan dan semangat. Dan yang lebih penting, aku nak rasa tenteram dan tenang di hati.

Korang di luar sana yang membaca ni, boleh korang tolong aku? Aku mencari yang hilang itu. Kalau korang di tempat aku, apa yang korang akan buat? Kalau korang pernah hadapi benda yang sama atau mungkin lebih teruk lagi, macam mana korang hadapi semuanya dan selesaikannya? Tolong kongsikan. Aku rasa aku dah buntu. Aku Cuma nak luahkan, taknak benda ni jadi barah dalam diri. Aku taknak terus macam ni juga dalam sisa-sisa hidup aku.

Terima kasih untuk semua. Doakan aku. Doakan yang baik-baik. Walaupun mungkin korang tak kenal pun siapa aku.

– Em Jey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit