Mencintai Lelaki Gay

Assalamualaikum semua, sy ada cerita untuk dikongsi kepada para pembaca artikel saya. Diharap ada yg sudi membaca. Disini sy ingin berkongsi tentang dilema yg sy hadapi kerana mencintai seorang lelaki ‘gay’.

Pertemuan bermula semasa kami bekerja di bawah satu company. Tetapi sy bekerja di office manakala dia bekerja luar (site). Pertama kali sy berjumpa dgn dia semasa dia dtg ke office kerana dia ada urusan yg perlu disettlekan. Tak tahu macam mana saya boleh terserempak dgn dia dan tiba2 saya jatuh hati kepada dia. Niat lebih kepada untuk berkawan (masa ni sy tk thu pun dia gay). Dan dia bukan seorang melayu, dia seorang bangsa lain yg berwarganegara Malaysia tapi dia banyak bergaul dengan melayu. Kebanyakan kwn dia pun melayu, kalau dgr dia berckp pun org tk sangka dia bangsa lain sbb rupa dan cara dia bercakap betul2 mcm melayu. Kebetulan ada seorang kakak tempat kerja bagi no dia dekat saya. Maka start dari situ kami mula msg2 dlm WhatsApp. Kalau tk silap kami kenal dlm akhir bulan 2 atau awal bulan 3.

Pada mulanya elok saja. Tp dh lama2 perasaan syg tu hadir dgn tiba2. Tapi dlm pada yg sama sy sll tgok status WhatsApp dia kkdg dia up status mcm dia rindukan seseorang. Masa tu hati sy dh hampa dah sbb sy fkir dia dh ade gf. So sy pun terus terang saja dkt dia yg sy ada hati dkt dia sbb sy nk tgok apa jwpn dia betul ke tidak dia dh berpunya. Entah mcm mana lps sy terus terang dia kata yg dia seorang Bisex dan sudah mempunyai ‘partner’ dan partner dia tu adalah seorang lelaki.

Lps sy dpt thu sy terus search apa itu ‘Bisex’ then baru sy tahu yg org ada ciri2 bisex ni boleh suka 2-2 jenis baik lelaki mahupun perempuan. Dia ckp yg dia tk reject sy tp sbbkan dia dh ade partner n dia bisex dia terpaksa tolak perasaan sy dkt dia. Serious sy ckp masa tu sy tk rasa hampa pun sbb sy ingtkan dia dh ade gf mksd sy partner dia tu betul2 perempuan tp rupanya lelaki. Sy fikir sy ada harapan tp rupanya tk. Kalau tk silap dlm awal bulan 4 kami start to stop contact each other.

Sampai lah bulan 6 lepas raya kami start msg2 balik. Dia yg start msg sy dlu. Timbul balik perasaan syg/suka dkt dia. Sy pun tk thu nk ckp mcm mne. Kkdg pelik jugak perasaan sy ni tk pernah berubah walaupun dh thu dia seorang yg macam mana. Dlm bulan 7 dia terpaksa standby dekat office sbb mesin crane dia rosak so tk dpt la dia nk kerja dkt luar (site) dia terpaksa tggu dkt office sementara mekanik lain repair crane dia. Kebetulan mmg sy pun dkt office je.

Dkt 2 minggu. Selalu jugak la terserempak. Kami mmg tk pernah nk bersembang lama sebab masing2 belum kenal rapat lagi. Klau jmpe pun hanya 2 atau 3 soalan saja yg ditanya. Ada satu hari tu sy tk thu la puncanya dari mana, org2 site dan org office semua tahu yg kami berdua berkawan. Dah timbul lagi gossip2 kakak membawang pasal sy dgn dia. Ade jugak yg kenen2kan sy dgn dia. Tp sy pelik dgn dia. Bila kakak office brckp psl sy dgn dia, dia seolah2 mcm mengiyakan yg kami ni ada hubungan yg special pdhl dia thu yg kami ni brkwn dan mustahil untuk kami berdua bersama.

Kwn2 site dia tahu psl kami pun sbb dia yg buka mulut dlu bukannye dari sy dan org lain. Tp org2 office semua tk thu yg dia gay, sy langsung tkde nk bercerita dkt sesiapa pun tentang status dia sbb sy tknak la buka aib dia. Walaupun dia gay dia juga seorang manusia yg boleh menanggung malu. Biarlah org lain tahu pun dari mulut dia sendiri. Mse dia standby dkt office dlm mse 2 minggu tu kami ok je sll msg2 tkde gaduh pun semuanya ok dan hubungan kami pun semakin rapat. Tp syg lpas dia msuk site balik perangai dia dh berubah. Dia msg sy pun tk sll reply msg sy pun kkdg. Sy rasa kecewa sgt sbb sy dh start ada balik perasaan cinta dkt dia.

Sy cuba bagitahu dkt dia yg sy masih tk boleh lupakan dia dan masih syg dia. Tiba2 dia layan sy lain sll mcm nk ajak sy gaduh. Dia kata yg dia ni gay dan dia persoalkan sy kenapa sy nk jugak dia dan suka dia. Sbnarnya sy sendiri pun tk thu dan tk faham kenapa sy syg sgt dkt dia. Dah banyak kali sy cuba lupakan dia tp tk boleh. Mungkin disebabkan org sekeliling sy bnyk bercerita tentang sy dgn dia itu yg membuatkan sy masih tk boleh lupa. Kwn2 site dia ade yg tahu dia seorang gay tp kakak2 dkt office semua belum tahu status gay dia.

Kkdg sy rasa sedih sgt sbb apa yg org nampak dan fikir sbnarnya tk sama seperti kami fikir. Org lain mengharapkan sy dgn dia bersama tp dorang tk thu kami mmg tk boleh disatukan sbb dia seorang GAY. Tp bila sy suruh dia bg jwpn antara ya atau tidak sama ada dia mempunyai perasaan dkt sy, dia msti mengelak dan terus bertanya tentang topik lain. Smpai 2, 3 kali jugak sy tnye tp langsung tkde jwpn ya atau tidak.

Sampai sekarang dia ckp sy tk faham dia. Dia ckp sy cuba untuk ubah dia pdhl sy thu hanya diri dia sendiri saja yg boleh ubah cara hidup dia. Sy cuba untuk jadi seorang kwn kpd dia sbb sy fkir dgn cara tu sy dgn dia boleh berbaik tp bila sy dh cuba dia pulak seakan akan tk boleh terima. Langsung tk layan sy. Sy tk thu nak buat mcm mana. Sy thu dia gay dan sy syg dia tp tk bermakna sy sokong cara hidup dia sbgai seorang gay. Lagi pulak skrng tgh bnyk org bercerita tentang topik LGBT. Sy thu dia mcm mne orgnye. Sy susah nak lupakan dia wlaupun sy thu dia hidup dgn secara tidak sihat.

Yg sy harapkan semoga Allah memberikan dia hidayah untuk memeluk Islam terlebih dahulu dan mungkin dari situ hidayah untuk dia kembali ke fitrah asalnya boleh terbentuk? Ramai juga sudah sarankan dia untuk memeluk Islam sbb dia sudah tahu serba sedikit cara hidup kita sbgai seorang umat islam macam mana. Namun tiada siapa yg tahu. Kita hanya boleh berdoa dan merancang tp Allah lah yang memenentukan segalanya. Soalan sy, patut ke sy lupakan dia? Dgn cara apa sy patut lupakan?

Sy sudah cuba tp sy tak boleh nk lupekan. Sy harap para pembaca boleh bagi nasihat dan bimbingan kepada sy bukanlah ayat kecaman yg sy ingingkan. Sesungguhnya sy hanya insan biasa yg mempunyai hati dan naluri seperti manusia yg lain. Disudahi dgn ucapan terima kasih terlebih dahulu. Assalamualaikum.

– Mylia (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *