Assalamualaikum semua. First of all thank you kalau confession ni sudi disiarkan admin. Aku cuma nak meluah tentang apa yang aku rasa sekarang. Aku tak tahu la tajuk diatas sesuai atau tidak dengan cerita aku.
Aku mulakan dengan perkenalkan diri aku. Aku Anon, berumur 33 tahun dan berasal dari Perak tapi bekerja di Lembah Klang. Diringkaskan buat masa sekarang, hidupku agak stabil dari segi kerjaya cuma jodoh masih belum tiba.
Circle aku ramai yang dah kawin dan aku juga tak berminat untuk menjalin cinta dengan mana2 lelaki di tempat kerja aku. Jadi aku membuat keputusan untuk mencari kenalan (read: bakal partner) di dating apps.
Nama kan saja dating apps yang ada, till jannah, baitul muslim, hawaya, tinder, bumble, semua sudah kucuba tapi masih belum jumpa yang sesuai. Sesuai maksudnya yang sama wavelength dan bila berborak tak macam ayam itik.
Aku akui aku agak memilih, yela nak hidup lama dengan partner mesti nak yang serasi betul? Jadi pencarianku diteruskan sampailah aku jumpa A di tinder.
A muda 2 tahun dari aku tapi matang betul dan kami serasi. Di pendekkan cerita aku dah berkawan dengan A hampir setahun dan aku sendiri cakap pada A aku suka dia since kami ni dah macam pasangan bercinta yang serasi.
Tapi A tidak pernah cakap suka aku. Dia hanya akan reply soalan aku dengan soalan semula bila aku tanya kenapa dia tak nak serius dengan aku.
Tapi dari segi tindakan dan layanan memang nampak macam dia suka aku. Setiap minggu kami akan keluar breakfast, tengok wayang.
Tapi lama kelamaan aku rasa tak selesa sebab aku nakkan jaminan tapi dia tak pernah cakap dia suka aku mahupun nak ada serious relationship. Kalau dia nak serius dengan aku, aku akan hentikan pencarianku di dating apps tu.
Btw, aku keluar dengan lelaki lain pun dia tahu tapi tulah, aku dan dia tak de apa2 commitment perasaan. Jadi dia tak berhak halang aku.
Untuk pengetahuan, aku ‘mencari yang lain’ sebab aku tak nak ada attachment dengan A nanti kalau dia tinggalkan aku mesti akan sedih macam putus cinta.
Hubungan kami berlarutan hampir setahun.lelaki yang aku kenal, jumpa dan ghost aku semua aku ceritakan pada A. Sebab dia tahu aku nak cari jodoh. Btw A berasal dari Kelantan. Dia pernah tanya aku, kalau aku kena pjj aku terima tak?
Dia pun selalu berkias ajak aku balik kelantan tapi aku katakan pada dia aku nak kerja apa di kelantan? (maaf maksud aku bukan di kelantan tak ada kerja tapi bidang kerja aku sekarang susah nak dapat di kelantan.)
Dari aku on tinder, bumble, off semula, dan on semula sehinggalah aku bertemu M. M muda dari aku 5 tahun tapi agak matang juga.
M tinggal sama kawasan dengan A tapi M hampir hari2 nak datang ke kawasan aku untuk berjumpa aku walaupun hanya makan sama2.
Dalam seminggu, dalam 4 hari M akan datang jumpa dan keluar dengan ku. Sehingga lah A macam menyedari yang fokus aku pada dia dah berkurang. Untuk pengetahuan, matlamat M sama macam aku iaitu untuk mencari bakal partner.
Dua2 A dan M bukan jenis cepat selesa dengan perempuan.jadi aku nampak effort M dan M lebih being honest dengan perasaan dia.
Satu hari, sewaktu aku baru balik dari jumpa M, A call aku cakap dia berada dikawasan aku dan nak ajak aku makan sedangkan aku baru balik makan dengan M. Jadi aku cancelkan makan dengan A.
Esoknya, A call aku lepas solat maghrib dan luahkan pada aku tentang instinct dia yang aku sudah kurang fokus pada dia.
Aku katakan, kita bukan pasangan bercinta, walaupun dia tahu perasaan aku pada dia. Sedangkan aku tak tahu perasaan dia pada aku.
Tiba2 waktu tu juga dia bagitahu aku dia memang suka aku tapi nak kenal lagi.
Dia takut aku berharap pada dia jika dia katakan suka pada aku dan nak serius dengan aku sedangkan hala tuju dia masih samar2,
Iaitu dia mungkin terpaksa balik kelantan atas permintaan mak ayahnya untuk menguruskan perniagaan disana dan kalau berkahwin akan pjj denganku.
Jadi itu merunsingkan dia disamping dia mahu kenal aku lebih lagi.
Aku katakan pada dia kenapa sekarang baru dia luahkan pada aku, kenapa waktu aku sedang kenal dengan M dan nak bagi peluang pada M untuk serius dengan ku. Aku sedih sangat bila dia minta aku buat keputusan untuk pilih yang mana.
Akhirnya aku pilih untuk beri peluang pada M walaupun hatiku masih untuk A dan dengan M masih samar2 hala tuju kami. Dan sehingga kini A menjauhkan diri dari aku. Dan kami membawa haluan masing2. Dan aku masih cuba untuk move on.
Sekian..
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit