Bila terbaca kisah azzam dan arwah fatin, aku rasa terpanggil untuk berkongsi perjalanan hidupku.. benar, timeline setiap individu tidak sama tetapi perasaan apabila kehilangan orang yang kita sayang itu sama..
4 tahun yang lalu, aku bertemu dengan Adam..sejak dari itu, kami mula berkawan rapat..setelah 7 bulan perkenalan, kami membuat keputusan untuk ke arah yang lebih serius..Adam tekad untuk berjumpa dengan keluargaku dan bulan berikutnya aku pula jumpa dengan keluarga beliau..Alhamdulillah syukur kerana kedua-dua keluarga merestui hubungan kami..
Adam mengadu ada bintik-bintik merah di badannya..ada yang kata demam denggi..keesokkan harinya, Adam pergi ke klinik berjumpa Doktor.. Ujian darah dibuat untuk mengenalpasti penyakit yang dialaminya…”keadaan kamu tak stabil, kami akan hantar kamu ke hospital untuk rawatan selanjutnya..” ujar nurse yang merawatnya..petang itu juga dia dibawa ke hospital dan ditahan di wad..
maka bermulalah perjalanan hidup Adam di hospital..setiap beberapa jam nurse akan ambil bacaan darah..bacaan darah putih, darah merah & platlet tidak dalam skala normal..hari-hari darah akan ditambah tetapi keputusan tetap tidak memuaskan malah kadangkala bacaannya menurun..selama dua minggu ujian darah dibuat, hasilnya tetap sama, penyakit Adam juga masih tidak dapat dikesan..Akhirnya, Doktor mencadangkan mengambil air tulang belakang..pada mulanya dia enggan kerana dia tahu risiko untuk lumpuh itu tinggi..namun akhirnya dia terpaksa akur kerana tidak mempunyai pilihan lain..
Seperti biasa setiap kali cuti aku akan melawat dia di hospital tapi pada suatu hari tu dia memberitahu aku supaya tak perlu datang melawatnya…Aku masih berdegil untuk datang juga…sesampai sahaja aku di hospital, kawan aku memaklumkan bahawa beliau telah berpindah ke hospital lain..terdiam aku bila dikhabarkan sebegitu sambil mendengar penjelasan beliau.. “Berdasarkan keputusan diagnosis, Doktor mendapati Adam mengalami penyakit kanser darah dimana darah putih berlebihan, darah merah & platlet kurang daripada bacaan normal..jadi Adam dipindahkan ke hospital yang mempunyai pakar darah..”
Sejak dari itu Adam mula menjauh dengan aku..beberapa kali aku cuba menghubunginya tetapi gagal..dia tidak mahu menjawab panggilan telefon mahupun whatsapp..pada suatu hari aku tekad untuk menghubungi ibunya, alangkah kecewa hatiku apabila ibunya mendengar suaraku beliau terus mematikan talian telefon..tiada lagi sumber lain untuk aku mendapatkan info Adam..kawan-kawan juga sama, ada yang tahu kejadian sebenar tetapi merahsiakannya atas permintaan Adam..
Sejak daripada peristiwa itu, aku tekad untuk membawa haluan aku sendiri..bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian, setiap saat terfikir keadaan Adam..bermulalah detik-detik sukar dalam hidup aku..bila hati dan fikiran tidak sehaluan, semua benda jadi tak kena..
Selepas 2 bulan diam tanpa sebarang khabar berita, tiba-tiba telefonku berdering menerima panggilan dari Adam..terkejut, takut semua perasaan ada untuk menjawabnya..aku memberanikan diri untuk menjawab panggilan tersebut..Adam menceritakan keadaannya selama 2 bulan mendiamkan diri..dia tidak boleh lagi berjalan, tersekat-sekat suaranya menjelaskan apa yang terjadi, aku hanya mampu mendengar sambil menahan air mata daripada jatuh mengalir..tak mampu menuturkan kata, hanya mengiakan sahaja.. lalu aku minta izin untuk datang melawat, pada mulanya dia berkeras tidak bagi tapi selepas dipujuk akhirnya dia izinkan… hampir 2 bulan tidak berhubung dengannya, aku merasa seperti orang asing ketika menziarahinya, tak tertahan rasa sebak di dada melihat keadaannya, dulu seorang yang aktif bersukan, sekarang tak boleh berjalan, pandangan mata semakin kabur..aku rasa dada aku macam nak pecah waktu itu..jenuh menahan air mata daripada mengalir..
2 bulan berikutnya, aku dapat message dari salah seorang keluarga Adam “keadaan Adam semakin kritikal, Doktor kata Adam mungkin boleh bertahan selama 3 hari”..kali terakhir aku ziarah Adam 2 bulan yang lalu kerana dia tak bagi aku menziarah..aku tiada pilihan, terpaksa akur dengan kehendaknya dengan harapan dia semakin sembuh tapi sebaliknya yang terjadi..malam itu juga, aku bergegas ke hospital, alangkah terkejutnya aku melihat sekujur badan terbaring dalam keadaan separa sedar, bernafas dengan bantuan pernafasan, Ya Allah beratnya ujian kali ini, tak tertanggung rasanya, kuatkanlah aku Ya Allah..
menjelang maghrib keesokkan harinya, berpusu-pusu whatsapp masuk, masing-masing mengupdate keadaan beliau yang semakin tenat…selang beberapa minit kemudian, kawan-kawan memberitahu Adam pergi bertemu Pencipta…Innalillahiwainnailaihirojiun, dari Allah kita datang kepada Allah kita pulang.. laju air mata aku jatuh mengalir, tak tertahan sebak di dada yang selama ini aku simpan..hanya Allah sahaja yang tahu..hampir 6 bulan Adam bertarung nyawa dengan kanser, akhirnya Allah ambilnya semula…pesanan terakhir Adam “teruskan hidup dengan ceria tanpa dia disisi dan carilah pengganti”
sudah 3 tahun Adam pergi, aku masih lagi mencari kekuatan diri untuk memerangi kesedihan dalam diriku, lagi-lagi bila aku tak dapat bersamanya disaat dia sakit..beruntung Azzam dapat menjaga & membahagiakan arwah fatin walau seketika..kehilangan orang tersayang memang perit dan menyakitkan..mencintai tidak semestinya memiliki, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..semoga Allah memberi kekuatan yang luar biasa buat semua insan yang diuji InshaaAllah.. aamiin
Sekian, terima kasih..
– HannanHumaira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit