Assalamualaikum. Terima kasih admin approved tulisan saya. Beberapa tahun lepas saya pernah berkongsi cerita, (https://iiumc.com/pujuk-hati-dan-diri-untuk-kecapi-bahagia/).
Selepas membaca kisah, (https://iiumc.com/to-be-or-not-to-be-a-second-wife/), terasa nak berkongsi lagi.
Selepas kisah melukut di tepi gantang, ini kisah kedua yang melekat dalam kepala.
Kisah yang hampir sama, ada kisah kenangan silam. Personally untuk sis Zara yang sudah punya serba serbi, mohon untuk tidak membuka lembaran baru. Relakan dan raikan saja kenangan itu.
Saya sebelas tahun muda dari sis Zara juga belum berkahwin. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.
Kisah kasih tak kesampaian. Kalau orang kata pilih orang yang benar-benar suka kita. Saya dah jumpa, dia yang sentiasa bersedia dan sentiasa ada. Dia yang bagi password internet banking dan menawarkan andai saya perlukan duit guna saja.
Kami bekerja dalam bidang yang sama, saya tidak pernah bercerita apa-apa tentang dia dengan kawan-kawan saya. Tapi pantang ada lelaki nak dekati saya, pasti dia akan jumpa. Maka seorang, demi seorang berundur.
Bila dia meluah rasa untuk serius dan mengubah hubungan persahabatan kami.
Saya minta dia maklumkan keluarganya dahulu. Saya perlukan restu keluarga, cukup seorang tak setuju maka saya akan pilih untuk melupakan perasaan saya. Jawapan yang cukup jelas dari saya.
Keluarga saya lebih terbuka jadi pihak saya tiada masalah. Seperti dijangka, ibunya mahu orang senegeri. Jawapan yang saya dah jangka.
Sebab selama ini, sering kali saya mendengar mereka akan cari orang senegeri. Saya terima dengan hati terbuka. Lepaskan rasa, tiada jodoh antara kita.
Tapi tidak dia, dia nak datang rumah jumpa keluarga saya. Saya menolak, tidak mahu melibatkan keluarga saya. Bila tak dapat datang rumah saya, dia ajak saya ke rumahnya, tapi saya tolak juga.
Entahlah, mungkin saya awal kehilangan ibu. Jadi saya sangat menghormati perasaan seorang ibu. Ada yang menasihati, berjuanglah mungkin nanti hati ibu itu akan lembut.
Tapi cara fikir saya berbeza, saya tidak mahu masuk dalam keluarga yang saya tahu tidak merestui kehadiran saya.
Saya menolak sebarang kemungkinan akan ada penyesalan atau sindiran. Saya tidak berminat nak bina bahagia andai ada yang berduka, kecewa dan mungkin akan menimbulkan sengketa.
Masa berlalu dia berkahwin dengan orang senegeri seperti yang ibunya kehendaki.
Dan, sehingga hari ini setelahnada anak, dia masih hubungi saya. Memang dari awal dia ada kata nak maklumkan isterinya berkenaan saya dan mahu isterinya berkawan dengan saya.
Bila saya tanya kawan lelaki yang dah berkahwin, mereka kata perkara itu agak mustahil.
Kawan perempuan yang dah kahwin pun cakap benda yang sama dan minta untuk saya hormati perasaan isterinya. Saya juga seorang perempuan yang kerap mengambil peringatan ‘what you give, you get back’.
Saya unfriend dan buang semua contactnya, sesekali akan ada mesejnya. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Itu prinsip saya, baca saja mesejnya tanpa perlu balas. Saya tak boleh halang dia, tapi saya boleh kawal diri sendiri.
Setiap kita pasti ada kenangan. Tak salah membuka lembaran baru, andai pasti memberi kebaikan dan pengajaran. Tapi andai lembaran itu akan membuat ada yang tersakiti lepaskan dan relakan.
Seperti sis Zara, isteri Anuar saya kira tidak tahu akan kisah sis dan suaminya.
Mohon hormati perasaan isteri, anak dan keluarga mereka. Pesanan untuk diri yang sering saya ulang-ulang. Jangan pernah cuba mencipta bahagia dengan menyakiti sesiapa.
Soal hati haruslah lebih berhati-hati. Kita ini tidak hidup untuk dunia yang ini.
Ruang dan peluang yang masih Allah beri, gunakanlah sebaiknya. Salah dengan manusia kena minta ampun dari manusia juga. Sebolehnya elakkanlah menyakiti sesiapa.
Allah maha pengampun tetapi tidak manusia. Sama-samalah saling mengingati dan berpesan.
Saya tahu ramai wanita lanjut usia yang masih tercari-cari jodoh. Berusaha tidak salah, tapi personally elakkanlah yang dah berkeluarga.
Rasa reda itu tidak semudah membina rasa suka. Saya tidak menolak poligami, tapi inshaaAllah saya akan berusaha andai itu takdir yang tertulis, saya bukan yang kedua.
Takdir mungkin tidak boleh berubah, tapi tadbir memberi kita ruang berusaha dan berdoa. Jangan dengan mudah berkata semuanya dah takdir, andai kita sendiri berusaha mentadbir hidup kita ke arah takdir itu.
Seperti kisah-kisah menanggung biawak hidup. Kebanyakan dah jumpa red flag tapi masih teruskan juga.
Kita semua berhak dan mampu bahagia tanpa mengharap sesiapa.
Janganlah hanya difokus pada kehidupan alam rumah tangga, sedangkan kita mampu membahagiakan diri sendiri, keluarga, jiran tetangga dan rakan sekerja. Untuk yang telah berkahwin, pasangan adalah pinjaman.
Jangan pula semudahnya memberi gelaran perampas dan penyondol. Hakikatnya, tak layan tak jalan. Begitulah hidup, ada banyak masa tidak perlulah mencari salah sesiapa.
Peganglah erat janji tuhan, “ujian itu setimpal kemampuan kita”. Moga apa juga ujian mampu kita hadapi dengan tenang, tabah dan sabar.
– Kenanga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit