Salam semua. Nama saya Raissa, bukan nama sebenar.
Harini saya nak meluahkan perasaan saya. Saya dah tak tahu nak cerita kat siapa. Nak simpan sakit tapi pada masa yang sama saya cuba untuk cari kekuatan dari orang lain. Tapi saya tak tahu dimana.
‘Allah tengah ajar saya apa itu sabar’
Iya, saya rasa menjadi seorang ibu ni memang diuji dgn kesabaran. Saya seorang ibu, bekerja dan mempunyai seorang anak.
Alhamdulillah, anak saya lahir sihat cukup sifat dan cukup indah buat saya dan suami.
Pada awal perkembangan anak, Alhamdulillah semuanya okay. Anak saya perempuan.
Tapi sejak dia menginjak ke 7 bulan, anak saya agak lambat perkembangan atau development dia.
Saya ada meluahkan kepada mak saya, saya kata kenapa fara dia tak reti duduk atau merangkak lagi.
Mak saya kata, takpe sabar. She’ll do it when she’s ready. Macam macam cara dah saya nak bagi dia belajar merangkak.
Saya ajar dia, saya buat aktiviti namun gagal. Dia lebih suka mengengsot kedepan dan meniarap biasa.
Fara pada awal perkembangan dia okay. Pada usia 3 bulan dah reti berguling. Pada 6 bulan dah boleh kedepan dan kebelakang. Sudah reti angkat badan tapi cuma tak boleh merangkak.
Pada awalnya saya cuba bersabar, saya kata takpelah nanti dia akan reti. Tapi sekarang dah menginjak 11 bulan dia masih sama. Cuma sekarang dah reti memanjat dan berdiri sambil berpaut.
Saya sejujurnya takde pengalaman mengenai budak. Biasalah first time mom, saya takde ilmu sangat mengenai anak. Pengalaman apatah lagi. Banyak saya tahu pun dari pembacaan dan penulisan orang lain.
Jadi rata rata takde yang menulis pengalaman anak yang lewat seperti saya. Saya sebagai mak, semestinya saya akan rasa takut. Saya rasa what to expect. Apa perlu saya buat.
Saya dan suami dah bawa anak ke clinical psychologist dan mereka sarankan untuk buat occupational therapy dan physiotherapy memandangkan memandangkan memang ada delay dari segi motor skills dan sensory dia.
Tapi kos untuk rawatan sebegini agak mahal. Dan saya pula memang agak susah untuk cuti.
Saya banyak meluahkan kat suami. Tapi biasalah, lelaki mereka selagi boleh tenang, dorang akan tenang.
Kita sebagai mak ni, memang jenis paranoid. Saya pula memang sejenis yang overthinking. Saya dengan suami memang cuba luangkan masa bersama anak di hujung minggu.
Memang setiap hujung minggu saya sekarang lebih suka duduk di rumah sahaja sekarang. Cumanya anak saya dia macam bila kita ajar dia merangkak dia jadi tak suka sebab rasa terpaksa.
Saya nak buat aktiviti pun saya takde idea. Saya ikut seperti di youtube ke apa, anak saya dia macam tak jalan. Dia macam tahu tahu je saya nak suruh dia merangkak.
Saya ada tanya beberapa orang ibu bapa, rata rata kata anak mereka tetiba reti merangkak. Tetiba reti duduk sendiri. Jadi saya macam kenapa anak saya takde tiba tiba reti ni.
Jadi pengalaman orang yang saya tanya takdelah banyak membantu saya untuk saya ajar anak saya untuk duduk dan merangkak.
Sejujurnya, saya rasa sedih dan sangat memerlukan semangat dari org lain ataupun ada sesiapa yang boleh share jikalau ada pengalaman yang sama.
Saya ada jumpa satu perkongsian mengenai anak, dia kata yang anak inilah ujian dan bagi kita belajar erti bersabar. Betullah apa yang dia kata.
Saya sejujurnya bukanlah seorang yang penyabar sebelum ini. Tapi sejak ada anak ni, banyak benda yang saya belajar dari dia. MasyaAllah. Semoga Allah memberi kesabaran kepada saya.
Minta semua doakan kesihatan anak saya semoga dia membesar jadi anak solehah dan sihat.
Terima kasih membaca..
– Raissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit