Assalamualaikum. Nama samaran Zack tapi aku perempuan. Just wanna share few things yang aku amalkan baru-baru ni dan menampakkan perubahan dalam kehidupan aku, mainly on my marriage.
Sedikit introduction, rumahtangga aku pun tak seindah angan-angan. Macam confession lain dalam ni.
3 tahun yang pertama Allahu berbagai ujian, dugaan sampai hati makin menjauh dengan pasangan. Sampai aku pernah fikir apa lagi patut aku buat untuk selamatkan rumahtangga aku?
Sampai aku dah takde alasan untuk pertahankan rumahtangga aku bila banyak sangat musibah yang menimpa dan kebanyakannya Allah turunkan musibah melalui suami aku sampai aku tawar hati.
Teruk sampai tahap aku & suami dah 2 kali bercerai dan 2 kali rujuk. And current relationship ni adalah peluang yang terakhir bagi kami. Kalau memang dah tak boleh teruskan, kami akan bercerai kali ke-3 which means no turning back.
I don’t want to focus on the problems before, tapi aku nak share sikit amalan-amalan ringkas untuk mendamaikan keluarga yang suram.
Bagi aku, amalan ni bukan untuk pasangan suami isteri yang rasa selalu ‘panas’, tapi juga pada mana- mana keluarga yang merasa suram sama ada dari pihak anak, dari pihak ibu bapa, dari pihak isteri mahupun suami.
Alhamdulillah setelah 2 kali melalui fasa bercerai dan setelah rujuk kali ke-2 hingga harini, aku terasa banyak perubahan.
Macam yang aku mentioned, 3 tahun pertama ujiannya dasyat betul. Sekarang memasuki tahun ke-5. Aku akan keep berdoa jntuk diselamatkan perhubungan & rumahtangga ini.
1. Jangan biarkan tong sampah terbuka. Kalau mampu, buang sampah setiap hari. Sebelum tidur tong sampah kat dapur dah kosong. Kalau tak mampu yelah kekadang letih sangat tak sempat buang sampah, tutup lah tong sampah tu supaya sampahnya tak terdedah.
2. Sentiasa tutup pintu bilik air. Dulu aku & suami selalu biarkan pintu bilik air terbukak bila tak digunakan.
Dalam rumah ada 2 bilik air. Satu dalam master bedroom satu di tuang tengah. Pintu bilik air di ruang tengah tu betul- betul mengadap pintu masuk rumah. Dulu aku tak endah pun pasal ni.
Tapi sekarang aku sentiasa pastikan pintu bilik air bertutup supaya tak dedahkan isi bilik air. Yang ni aku terbaca satu artikel nasihat orang tua kalau nak keluarga harmoni jangan biar pintu bilik air terbuka.
Aku amalkan saja lagipun tak susah kan. Percaya atau tak tu soal kedua, asalkan amalan yang elok tak salah nak ikut.
3. Bersihkan sinki sebelum tidur. Kalau letih sangat dan tak dapat cuci semua pinggan, at least bilas untuk bersihkan sisa makanan, dan sisa tu buang dalam tong sampah then tutup tong sampah tu.
4. Pakaian yang bernajis jangan campur dengan pakaian tak bernajis dalam mesin basuh. Aku rasa ni ramai yang amalkan cuma dulu aku tak ambil berat pasal ni & aku rasa mungkin ada segelintir orang yang macam aku dulu so aku just list kan saja la sekali.
Dulu ye aku tak kisah pun, bagi aku mesin basuh memang untuk basuh baju so semua lenjan masuk dalam mesin termasuk dengan baju anak aku yang kadang-kadang ada air kencing, pakaian tidur yang terkena najis (pasangan suami isteri semasa bersama).
Aku rasa ramai akan kecam ni sebab rasa aku pengotor & geli kan. Yes i admit it & now aku tak lagi campurkan. Aku akan rendam asing, berus & cuci manual. Baju-baju kotor harian saja yang basuh guna mesin.
4. Sapu rumah setiap hari. Ni kadang aku pun tak mampu sebab aku bekerja so aku try at least 2 hari sekali. Mop lantai aku buat seminggu sekali. Kalau dulu aku sapu rumah seminggu β 2 minggu sekali je.
5. Baca Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 muka. Dulu aku tak amalkan. Bila nak baca baru baca, ikut suka.
Tapi masa PKP yang pertama tu aku berpeluang belajar mengaji semula & banyak belajar & betulkan bacaan & sebutan. Jadi sekarang aku sedaya upaya baca Quran setiap hari.
6. Baca surah Al-Kahfi sepuluh ayat pertama & sepuluh ayat terakhir setiap hari. Kalau tak mampu, dapat 10 ayat pertama pun dah ok. Ni aku amalkan sejak bulan puasa tahun lepas. Lain macam effect dia. Korang try la.
7. Baca surah Al-Mulk setiap hari. Aku baca lepas maghrib after surah Al-Kahfi.
Untuk bacaan Al-Quran ni, selalunya selepas solat subuh aku akan baca Quran ikut sequence muka surat macam biasa. Aku baca paling sikit 2 pages paling banyak 6 pages. Ikut kemampuan la. Selalunya aku baca banyak masa hari cuti Sabtu & Ahad
Then lepas maghrib aku akan baca Kahfi & Al-Mulk. Sebab kalau aku baca sekaligus semua aku penat sangat & aku akan give up.
Aku tak nak macam tu. Kunci sekarang ni adalah istiqamah. Aku tak baca lepas Isyak sebab selalunya lepas Isyak aku akan terus tidur, kepenatan sepanjang hari dengan jaga anak, urus rumah & WGH sekarang ni.
Untuk bacaan Quran rutin setiap pagi tu, aku letak target nak khatam sebelum Raya Aidilfitri ni. Jadi setiap hari aku akan set minimum berapa muka surat kena baca.
Ni cara aku la untuk keep the momentum. Depends pada kemampuan diri ye. Jangan paksa-paksa takut kita tak consistent.
Aku dah mula amalkan semua ni masa perkahwinan aku masuk tahun ke-4. Banyak perubahan yang aku rasa antaranya aku kurang baran, lebih senang nak berbincang dengan suami,
Suami aku lebih bersabar dengan aku, kurang bergaduh, sikap suami aku yang banyak bagi kemudaratan sebelum ni dah lama aku tak nampak dia buat, hubungan suami dengan anak jadi rapat, rezeki bertambah.
Part rezeki ni paling ketara. Aku dah tak rasa sesak dengan masalah duit dah. Aku rasa lapang sangat, tak payah tunggu hari gaji untuk beli barang.
Suami aku pun slowly jadi lebih bertanggungjawab lagi- lagi bab keperluan keluarga, yang mana sebelum ni aku yang banyak tanggung. Then aku dinaikkan pangkat, gaji naik alhamdulillah banyak jugak dari expectation aku.
Suami aku yang hilang keje masa kitorang berantakan tu pun sekarang dah kerja dengan gaji yang lebih berbanding sebelum ni. Ada beberapa hutang jahat sebelum ni yang dah berjaya kami langsaikan. Anak pun kurang meragam, ceria & aktif.
Aku sendiri tak pasti sangat apa kaitan amalan tu dengan keberkatan tapi aku rasa amalan- amalan baik camni mungkin menyumbang kepada keberkatan dalam keluarga. Bila ada keberkatan, ada ketenangan & kelapangan.
Mudah saja nak bertolak ansur sesama ahli keluarga. Banyak urusan dipermudahkan. Kalau ada problem pun, boleh berbincang dengan tenang & matang.
Pada sesiapa yang tengah alami apa yang aku alami dulu, mungkin boleh cuba ubah & amalkan sikit-sikit amalan yang baik-baik ni. Then slowly latih diri untuk jadi hamba yang taat. Keep berdoa. InsyaAllah akan dipermudahkan.
Salam sayang. Salam PKP 2.0
– Zack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit