Mendapatkan Jodoh Yang Baik

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita saya. Tidak terdetik utk berkongsi kisah saya melalui page ni. Namun cerita berkaitan *Jodoh dah sampai* seolah sama dengan apa yang sy alami bila berkait jodoh membuatkan saya terdetik untuk berkongsi pengalaman saya semoga boleh dijadikan iktibar kepada sesiapa yang sedang berusaha mencari jodoh.

Saya merupakan seorang wanita berkerjaya dan mepunyai wajah yang agak menarik namun sy pernah hampir kecewa dgn jodoh diusia saya 30 an. Latarbelakang sy bukanlah seorang wanita berhijab. Walaupun tidak berhijab, saya tetap bersolat tetapi dengan hati yang tidak kusyuk dan hanya sekadar untuk melepaskan tanggungjawab.

Sy juga pernah dikecewakan oleh cinta pertama diusia 22 tahun sehingga rasa takut untuk bercinta. Cinta pertama sy memutuskan hubungan dgn sy ekoran terasa hati dgn ibu sy yang pada sebelumnya melarang perhubungan kami. Apa yang sy sedihkan setelah ibu sy setuju dgn hubungan kami, cinta pertama sy telah menolak sy atas alasan masih terasa ati direject ibu sy diawal kenalan kami terdahulu. Namun sy yakin itu adalah kifarah bagi sy yang lalai utk mengingati Tuhan bila bercinta.

Selepas cinta pertama, sy mgambil masa hampir 2 tahun utk lupakan sidia.. Sy menjadi “perigi mencari timba” .. Dengan rupa paras saya, tidaklah sukar untuk sy mencari penganti. Saya bercinta dan putus seramai 5 orang lelaki dan 2 daripada itu ditolak oleh ibu sy yang sgt cerewet dengan jodoh sy. Walaupun ditolak sy tetap akur dengan keputusan ibu walupun kecewa tidaklah sekecewa sepertimana cinta pertama. Tambahan sy ketika itu masih belum mencapai usia 30an jadi perkara tersebut tidakla menjadi isu besar.

Susulan dari jodoh2 yang tidak serasi dan jodoh yang ditolak oleh ibu sy. Ketika mencapai usia 30an sy mula risau dgn jodoh apabila lelaki yang hadir diusia sy mencecah 30an kebanyakkan lelaki yang beristeri dan lelaki yang sekadar suka-suka dan lelaki yang tidak menepati kriteria sy.

Ketika itu sy mula sedar sukarnya mencari jodoh yang baik dan adakah telah terlewat utk sy. ketika itu juga sy terfikir mungkin sy tidak akan berkahwin serta mengambil sahaja anak angkat. Terdetik rasa takut untuk digelar anak dara tua ataupun andartu oleh macik dan pakcik bawang. Selain itu,. tidak dinafikan apabila melihat rakan-rakan yang bahagia berkahwin dan berkeluarga.. sedikit sebanyak membuatkan sy dalam keadaan sedih kerana ingin juga merasa hidup sperti mereka..

Diusia 30 an, Saya berasa gagal untuk menemui lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Saya hampir kecewa dan putus asa. Dalam tempoh itu, sy mula mendengar ceramah agama dan motivasi serta membaca blog2 berkaitan jodoh. Kebanyakan nasihat yang diberikan adalah “Perbaiki diri dan hubungan dengan Tuhan.. jodoh yang baik pasti akan datang”..

Dari situ, sy cuba untuk membaiki diri utk menjadi lebih baik.. sy mula berhijab (walaupun sukar untuk permulaan). Sy memperbanyakkan berdoa meminta jodoh yang baik serta memperbanyakan ibadah sunat terutamanya amalan solat malam.. Sy jauhi segala masiat sebaik mungkin. Memperbanyakan berzikir dan beriftigfar. Sy meletakan hati hanya berharap pada Tuhan sehingga satu tahap sy rasa sgt bahagia bila beribadah dan tidak perlu berharap lelaki lain sebagai jodoh utk kebahagian. Ketika itu hati saya berasa sangat tenang.. sy berasa bahagia dapat melaksanakan segala perintah Tuhan dan menjauhi segala larangaNya. Ketika itu Sy berasa telah jatuh Cinta dgn Allah dan sy hy harapkan Cinta Allah utk kebahagiaan sy.

Maha suci Allah yang Maha Mengetahui Isi hati hambaNya dan tahu apa yang terbaik utk hambaNya.. Diusia saya 32 tahun, tanpa sy duga, Tuhan telah hadirkan seorang lelaki yg menepati kriteria yang sy idamkan. Dan tentunya menjaga solat faktor utama pilihan saya.. ditambah dgn kerjaya dan rupa paras jodoh yang Tuhan berikan merupakan bonus bagi sy.. sejujurnya sy berasa seperti tidak layak untuk menjadi isteri kepada jodoh sy itu dan sy yakin dia mampu mendapatkan wanita yang lebih baik. Namun tidak mustahil bagi Tuhan yang mengengami hati manusia. Dengan izinNya sy telah berkahwin dgn jodoh sy diusia tepat 32 tahun.

Perkongsian kisah sy ini. Diharap dapat dijadikan iktibar kepada para wanita diluar. Jika mahukan jodoh yang baik:

– 1st perbaikilah diri dan cintailah Tuhan terlebih dahulu barulah Tuhan akan hadirkan hambaNya yang baik utk kita.

– Jadikan asas Agama sebagai faktor utama dalam memilih pasangan hidup. Kerana dengan agamalah akan membawa cinta kita hingga ke jannah. Berusia bukan mjd phalang utk berkahwin apabila bertemu dgn Mr Right. Semuanya terjadi dengan izin Allah tepat pada waktunya.

Erti Kebahagian sebenar adalah dengan mencintai Tuhan. Hadirnya jodoh yang sama2 mendorong utk kita lebih mencintai Tuhan akan membuatkan kita bertambah bahagia.

“Ya Allah jadikan diriku dicintai oleh orang yang mencintaiMu dan jauhi aku dari cinta yang sia2”. Dan doa itu telah dimakbulkan sehingga kini sy rasa sgt bahagia diberi rezeki jodoh yang baik bagi menuju ke jannah. InsyaAllah..

– Nur hidayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *