Mendung dan Aku

Aku Pelangi (bukan nama sebenar dan tiada unsur LGBT yan berkaitan) berusia 20-an.

Penulisan aku bukanlah umpama sang pujangga walaupun belajar dalam bidang bahasa. Aku hanya ingin meluah kisah dan perasaan yang terbuku di hatiku.

Dari kecil aku suka melihat pelangi. Siapa yang menonton cerita Naruto ada OST lagu “No Rain No Rainbow” dan tajuk lagu itu menjadi prinsip hidupku.

Aku percaya kebahagiaan akan datang selepas penderitaan. Naifnya aku.

Hidupku umpama cuaca yang sentiasa mendung.

Ada kalanya mendung itu nyaman, tidak kepanasan dan angin yang sepoi-sepoi meniup mendinginkan badan tetapi ada mendung yang mendatankan hujan lebat dan ribut.

Depresiku atau lebih mesra ku panggilnya Mendung adalah satu-satunya rakan baikku di dunia ini.

Kali pertama aku berhasrat untuk tidur selamanaya adalah semasa aku berumur 7 tahun.

Namun yang menghairankan tidak ada trauma langsung yang terjadi padaku. Aku tidak dipukul. Aku tidak dibuli. Aku tidak disakiti tetapi kenapa aku berfikir sebegitu?

Ibuku hanya meninggalkan ku ketika kecil untuk pergi ke pangkuan lelaki lain. Aku masih ada ayahku.

Kawan-kawanku hanya mengejek rupa parasku sebagai gurauan. Namun mereka baik kepadaku dan sering bermain denganku.

Apalah nak dibandingkan dengan kanak-kanak di Gaza yang bermain dengan nyawa dan peluru setiap hari.

Tetapi kenapa aku berfikir begitu? Mana pelangi aku? Mana pelangi untuk mereka? Mungkin akan ada pelangi yang muncul dalam mimpiku nanti.

Keadaanku berkaitan mendung masih sama dan mungkin lebih parah kini usiaku hampir menginjak suku abad.

Kaunseling, hospital, psikatari, ubat? Aku dah melakukan semua itu tetapi masih tidak dapat menghilangkan mendung.

Keluarga? Mendung tidak mempunyai keluarga. Mendung tidak menerima keluarga yang tidak boleh menerima mendung.

Malah mendung dikatakan bodoh kerana wujud tanpa sebab berasas. Ini semua hanya permainan hati dan syaitan. Ubat-ubatan hanyalah untuk merosakkan badan dan buah pinggang.

Kawan? Mendung sudah lama memiliki diriku dan tidak membenarkan aku berkawan rapat dengan sesiapa agar aku tidak menyakitinya, dan lebih penting tidak menyakiti diriku.

Mendung tahu aku mudah sedih dan menyakiti diriku jika ikatan kawan atau persahabatan itu musnah sekelip mata.

Mendung melindungi diriku dengan memastikan aku sentiasa berseorangan. Aku sunyi. Aku sedih. Aku buntu.

Tapi mendung meyakinkan aku. Kesunyian itu pedih tetapi disakiti hanya kerana tidak menginginkan kesunyian itu lebih memeritkan.

Bekali-kali aku menangis berteriak kepada mendung yang aku bencikannya. Aku ingin mendung pergi.

Aku, Pelangi inginkan pelangi dalam hidupku. Jika mendung tidak pergi, aku akan paksa mendung pergi dengan pemergianku.

Walaupun berkali-kali mencuba, aku tetap tidak berjaya. Aku tetap akan membuka mata. Mendung hanya tersenyum sinis dan berkata,

“Kalau macam ni pun kau gagal, memang padanlah kau gagal dalam hidup. Kau perlukan aku, Pelangi’.

Aku sering dipakasa oleh mendung untuk meninggalkan keluarga, rakan-rakan, dan kenalanku untuk membawa diri kami ke satu tempat baharu yang berjauhan daripada mereka.

Mendung meyakinkanku tindakan itu akan membahagiakan mereka yang menganggap kami beban dalam hidup mereka.

Lebih penting, tindakan itu akan membahagaiakan diri kami. Mendung membuat rancangan untuk aku menaiku bas ke hujung negara, menyewa bilik yang boleh menampung kehidupanku, bekerja, dan hidup sebarang kara.

Mendung berjanji untuk menjadi penemanku di sana.

Jika tidak kerana agama yang melarang memutuskan silaturrahim dan mempunyai label “derhaka”, aku sudah lama ikutkan kemahuan mendung.

Agama merupakan nasional yang mampu menundukkan mendung kerana mendung sedar, dia juga merupakan ciptaan Tuhan.

Sudah tiba masanya untuk aku hapuskan harapan aku yang meninginkan pelangi dan berdamai dengan mendung. Mungkin akan datang masanya aku dapat mengalahkan mendung.

Dengan cara yang betul atau salah itu aku tidak tahu. Aku tanam pelangi dalam hidupku bersama-sama nama samaranku.

Yang benar,

– Pelangi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *