Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai confession ini dipaparkan. Abang amat2 hargai. Abang just nak highlight apa yang abang terfikir.
Menegur seseorang yang membuat kesilapan secara terang-terangan untuk semua org melihat, sengaja mencabar adat masyarakat. Aib disebar sendiri dengan sengaja oleh pelaku walaupun dia tahu perbuatan itu salah. Namun disebabkan mahu dikenali… Dengan segala alasan untuk menghalalkan. Terus dia berani.
Itu belum cukup di kalangan ahli masyarakat bila sesuatu aib itu ditegur, ada yang back up… Yang mempertahankan, mula menyentuh kebaikan yang sipelaku pernah buat sebelum ini sampaikan kesalahan yang dilakukan sekarang seolah2 boleh dihalalkan.
Dulu isu jutawan meriak… Menunjukkan kekayaan dengan alasan nak buktikan kalau berusaha pasti berjaya. Kemudian berduyun2 sama naik… Dimana perbuatan itu mula dilihat menjadi trend… Membudayakan perbuatan riak dgn alasan yang berasaskan niat yang baik… Betulke cara begitu?
Ahli masyarakat pula… Mempertahankan dnegan alasan, niat dia baik, atau dia sendiri banyak buat amal tanpa org ketahui, atau boleh tegur terus depan org macamtu, aib dia… Isunya kalau ditegur secara private, adakah berkesan?
Abang nak terangkan bab ni. Just nak membuka minda kita yang abang rasa minda abang pun makin tenat. Bab menegur ke arah kebaikan… Masalah di zaman ini… Berapa ramai boleh terima? Bukan sahaja si pelaku, tapi orang sekeliling pula yang terasa bila teguran dibuat.
Apa yang berlaku kepada masyarakat kita sebenarnya?
Sekarang bangsa Melayu kita dicop sebagai suka menghukum… Suka menilai… Dan suka sebar aib… Hanya kerana menegur kesilapan…
Bagi abang, menegur cara kitani selalunya berselang dengan,
“berdosa kau buat benda tu.”
“masuk neraka kau buat benda ni.”
Mungkin ada yang sumpah seranah, yang ini memang salah, tapi hakikatnya yang menegur dengan menyatakan kesan perbuatan itu, itu yang menjadi bahan utk cop sipenegur sebagai judgemental dan seolah2 dia pula yang bersalah.
Selalunya abang perhati, apa yang ditegur itu adalah apa yang tersurat dalam hukum, tapi banyak ahli masyarakat yang buat silap tak boleh terima.
Kalau ditegur,
“tak boleh buat semua tu.”
ditanya pula,
“kenapa? Tak salah pun,”
Tapi bila diberitahu.
“perbuatan itu berdosa,”
dan
“kalau berdosa boleh masuk neraka.”
Terus dicop sebagai suka menghukum sesuka hati, salahlaa cara teguran malah kena berlembut.
Itu belum masuk… “Mana boleh menerakakan orang” dan banyak lagi.
Itu belum masuk, keluar statement, “semua ini antara saya dengan Allah SWT.” atau “Hanya Allah SWT yang berhak menentukan samaada syaa berdosa atau tidak.”
Abang selalu terfikir, puak2 ni memang tak tahu hukum ke atau buat2 tak tahu? Atau jenis ignorance, i dont care… Janji viral.
Buat2 lupa atau mmg hati tertutup untuk menerima kebenaran? Sebab teguran org memang berdasarkan hukum yang dipelajari, Allah SWT dah tentukan sejak dulu… Bahawa buat itu, berdosa, buat ini dapat pahala. Takkan bila orang menegur dengan mendasarkan hukum tersebut, dipersoalkan.
Adakah semua cara menjawab teguran itu merupakan cara baru menghalalkan kemungkaran?
Seterusnya bab menegur kesalahan yang dibuat secara terang2, yang sengaja ditayangkan kepada umum, sedangkan dia tahu perbuatan itu salah. Bila ditegur. Ramai yang bising kata, tak baik tegur macamtu, depan publik, kena jaga aib dia.
Adakah kita semua sedar apabila sesuatu aib sengaja ditayangkan untuk mencabar umum… Berhak ditegur secara terus. Itu apa yang abang terbaca dan dengar dari satu ceramah. Sebab dia tahu perbuatan itu salah, dan sengaja menyebarkan aib sendiri untuk cepat dikenali. Kalau betul dia ikhlas menerima teguran secara private, kenapa kesalahan yang dipaparkan masih belum dikeluarkan dari tayangan umum? Itu maknanya teguran secara private tak berkesan.
Adakah kita akan terus menerima kesalahan mereka dan oleh kerana terlaku menjaga aib kononnya, kita tak nak tegur atau tegur private saja sebab istilah jaga aib sedangkan sipelaku tak kisah pun bab aib sendiri walaupun dia tahu salah. Adakah aib masyarakat hilang hanya kerana mahu menjaga aib seseorg manusia yang dengan sengaja mencelakan diri tanpa rasa bersalah? Bagaimana hak kita ahli masyarakat? Anak2 bawah umur memerhati dan mula mengikut apa yang dibuat tanpa rasa bersalah.
Berapa ramai generasi anak2 yang mula rosak dan berani buat aksi yang dipaparkan golongan Senang Viral ni…
Tapi bila kita tegur, mula wujud makhluk yang menegur kita pula kerana teguran kita pula dianggap seolah2 menghukum?
Adil ke?
Tak tahu nak kata apa…
Selalu terfikir… Inikah maksudnya bila akhir zaman nanti, kita menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal?
Apabila sesuatu perbuatan tidak dapat lagi ditegur, malah alasan yang diberi ialah hanya Allah SWT yang berhak menilai perbuatan si pelaku berdosa atau tidak. (sedangkan Allah SWT dah tetapkan perbuatan itu memang berdosa sejak dulu) Dan si pelaku berani beralasan biar dia yang berdepan dgn Allah SWT.
Lepas semua jawapan itu diberi, majoriti mula diam. Dan perkara yang sama berulang kepada orang lain pula… Dan akhirnya menjadi amalan biasa masyarakat, end up benda yang selama ini haram mula menjadi kebiasaan dan dihalalkan dengan alasan, HANYA ALLAH SWT YANG BERHAK MENILAI, INI ANTARA SAYA DENGAN ALLAH SWT. malah yang paling worse MENYALAHKAN MASYARKAT YANG MENEGURNYA MELAKUKAN DOSA YANG MENYEBABKAN DIA TERUS TEKAD BUAT DOSA.
Adilkah? Di mana sifat diri kita sebagai umat bersaudara.
Itu belum lagi masuk, bab, jaga tepi kain sendiri saja. Jaga maruah sendiri sahaja, tak payah ambik tahu hal orang lain.
Adakah yang berfikiran sebegini sedar bahawa, dalam Islam setiap penganutnya bersaudara, dan apabila bersaudara, setiap org ada hak kepada yang lain. Hak untuk mengingatkan dan menegur.
Abang selalu terfikir. Adakah kerana perubahan cara hidup yang semakin modern, kalau dulu zaman datuk nenek kita, semua ahli masyarkat ambik tahu keadaan satu sama lain, saling menegur dan menjaha, sekarang budaya individualistik mula bertapak. Kalau sudah kena jaga tepi kain sendiri. Kenapa perlukan masyarakat untuk dikenali dan perlukan media utk sebarkan aib sendiri?
Atau konsepnya, semua itu tak berlaku kepada aku, so tak perlu kisahlah. Janji org lain, bukan aku…
Adakah setiap kita tak berhak utk hidup dalam suasana yang aman dan tenteram? Adakah isu moral yang mula disalahkan jika dipersoalkan dengan alasan jaga diri sendiri saja… sudah berubah?
Itu sahaja…
Sekadar terfikir bab ini.
Terasa tenat sebahagia. Manusia hari ini…
– Bakal Allahyarham
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit