Assalamualaikum semua, aku Cik Merah. Menghampiri usia 30 an lagi beberapa tahun. Tu serba sedikit mengenai aku lah. Bakal mengakhiri zaman bujang mungkin tahun depan. InsyaAllah.
Apa yang aku nak luahkan mungkin tak seberat mana pun masalah aku ni haa. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini mengenai adab menegur orang lain jangan sampai menghina.
Beberapa hari yang lepas ade la seorang sahabat baik aku ni, dia cuba untuk menegur kesilapan-kesilapan aku yang lalu di mana aku berkawan dengan ramai lelaki dan dia beranggapan aku adalah seorang player.
Katanya tak perlu la untuk aku merasa bangga kerana ramai lelaki yang ingin dekat dengan aku.
Dan kata nya lagi tak perlu juga untuk bangga lelaki-lelaki yang aku tinggal kan dulu tu merana kerana tak dapat hidup bersama dengan aku.
Lelaki- lelaki yang aku tinggalkan pun mampu hidup tanpa aku.
Cuma paling aku sedih sampai berjuraian air mata aku adalah bila dia mengatakan bahwa bakal aku yang takde rupa ni yang hitam yang selekeh ni la yang boleh terima aku seadanya.
Aku akui aku memang bodoh dulu sebelum menerima bakal aku, aku memandang rupa.
Tapi sejujurnya selepas aku kenal hati budi bakal aku, aku jadi sayang sangat pada dia.
Semua dulu dah menjadi sejarah buruk pada aku dan aku dah pun lepaskan semua yang tak perlu lagi dalam hidup aku.
Aku rasa sakit hati bila semua teguran yang dilemparkan dengan nada yang terlalu kasar pada aku.
Aku bukan lah manusia yang tak boleh menerima teguran, namun aku juga ada hati dan perasaan. Tegurlah aku sebaik nya.
Mungkin dia merasakan hidup dia sudah terlalu sempurna kerana dia sudah berkahwin dan bekeluarga, jadi pada pandangan aku dia cuma memandang enteng pada orang-orang bujang sperti aku.
Sejarah-sejarah aku yang lalu, tidak ada orang pun yang mahu berjumpa dengan orang yang mereka suka tapi akhirnya berpisah.
Seperti sahabat ku juga, dia mempunyai sejarah yang buruk juga sebelum berkahwin, tapi apabila kau rasa keluarga kau sempurna, kau menegur orang lain seolah-olah kau dah berkahwin berpuluh tahun.
Aku akui memang aku akan meluahkan perasaan aku apabila aku ada masalah percintaan yang dulu-dulu, aku ingatkan dia mengerti dan faham situasi aku, tapi rupanya tak.
Walaupun aku dah meninggalkan kesilapan aku yang lalu, namun terus diungkit dan membuatkan aku rasa down dengan diri aku.
Sebesar salah mana kesilapan sesorang tu, tak perlu untuk kau menghakimi mereka seolah kau lah terpaling perfect.
Nak menasihat kan orang tak ada salahnya, namun perlu juga jaga adab dan bahasa bila menegur. Jangan sampai orang terasa dengan teguran kau.
Wasalam.
– Cik Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit