Menepis Perangkap Cinta Kaum Sejenis III

Untuk part I, (https://iiumc.com/menepis-perangkap-cinta-kaum-sejenis/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/menepis-perangkap-cinta-kaum-sejenis-ii/).

Terima kasih Admin kerana masih sudi menyiarkan confession kali ini.

Saya pun tidak menyangka ada yang tak puas hati dengan confession cinta kaum sejenis. Kesian Admin pula yang kena menjawab dalam sesi Live sempena Tahun Baru semalam.

Confession kali ini saya cuma nak membuat sedikit kesimpulan dan memberi pandangan. Terutamanya kepada mereka yang tidak berpuas hati kenapa saya membuat confession berkaitan cinta sejenis.

Pertama: Tujuan saya.

Saya bukanlah seorang lesbian mahupun pengkid. Alhamdulillah, saya sudah berkahwin selama 10 tahun dan memiliki 2 cahayamata. Saya adalah seorang pencinta lelaki yang tegar.

Tujuan saya menulis pengalaman saya adalah untuk memberitahu kepada mak ayah, para wanita dan suami di luar sana bahawa cinta sejenis dikalangan wanita di Malaysia adalah wujud dan sedang membarah.

Kedua: Siapa yang bakal jadi mangsa?

Saya nak memberitahu anda semua betapa liciknya perangkap cinta sejenis ini dan bukan hanya anak remaja yang akan menjadi mangsa, bahkan isteri orang juga tidak akan terlepas dari perangkap cinta sebegini.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, M adalah isteri orang, dia mempunyai seorang suami yang dia sendiri akui ‘terlalu baik’ untuk dirinya.

M memberitahu bahawa suaminya selalu menasihati dia agar menutup aurat dan bersopan santun tetapi jiwanya selalu memberontak sehingga dia jatuh cinta kepada Z.

Menurut M, suaminya terlalu sibuk mencari nafkah untuk memberinya kesenangan sehingga membuka ruang kepada M menjalin hubungan dengan Z. Suaminya juga tidak mempersoalkan persahabatan M dan Z memandangkan Z juga seorang wanita.

Ketiga: Perwatakan itu tidak normal.

Saya mahu kita semua sedar bahawa perilaku tomboy, pengkid dan lesbian adalah tidak ‘okay’ dan tak boleh dipandang sebelah mata.

Sikap orang kita, ‘alah, dia tu nampak ja macam lelaki, tapi bukannya apa’, No! Jangan biar atau normalisasikan perbuatan tersebut.

Kalau anak-anak kita menunjukkan perilaku bertentangan jantina seperti wanita berperwatakan lelaki atau sebaliknya, kita kena bantu mereka daripada awal.

Jangan biarkan dan berkata, “alah biarlah, nanti besar elok lah tu”. Ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab.

Lebih buruk lagi jika anak-anak berperwatakan seperti ini dihantar ke sekolah sejenis. Ketahuilah, anak anda akan jadi nila setitik yang bakal merosakkan susu sebelanga.

Ingat lagi rakan sekelas yang saya ceritakan dalam confession pertama. Semasa disekolah dulu, dia “declare” couple dengan salah seorang pelajar lain dalam kelas saya.

Untuk pengetahuan anda semua, sehingga kini, setelah 20 tahun, dia masih lagi berperwatakan sama dan memiliki teman wanita lain. Sekarang buluh sudah tidak boleh dilentur.

Keempat: Peranan sekolah.

Melalui pengalaman saya hampir kesemua watak cinta sejenis yang saya temui berasal dari sekolah 1 jenis.

Masalah ini berakar umbi dari peringkat sekolah lagi. Guru-guru dan pelajar sekolah dah anggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal dan tak perlu dirisaukan lagi.

Disinilah titik tolak perubahan yang perlu dilakukan. Sekolah 1 jenis ini perlu lebih tegas dalam memangkas benih-benih cinta sejenis. Kena perkasakan tindakan.

Kalau disekolah saya dahulu, cikgu-cikgu cukup menyokong pelajar berniaga dengan membuat dedikasi hadiah dan bunga kepada rakan-rakan. Ini adalah permulaan bibit-bibit cinta sejenis.

Bila ada pelajar asrama yang bercerita tentang perbuatan lesbian di asrama, cikgu cuma menjawab, alah, biasalah sekolah perempuan.

Kelima: Kebejatan Pornografi

Ini adalah kesimpulan paling penting yang ingin saya ulas. Sejujurnya saya merasakan ini adalah cabaran paling besar generasi masa kini termasuklah anak-anak saya. Pornografi dihujung jari.

Semasa saya mengalami peristiwa-peristiwa aneh itu, saya tidak terjerumus mengikuti jejak langkah mereka kerana saya tidak pernah menonton pornografi.

Saya akui ketika remaja saya menonton filem Hollywood, Bollywood dan Korea yang bersifat Softporn. Namun saya tak pernah menonton pornografi raw seperti yang bertebaran dihujung jari seperti sekarang.

Menurut kajian, apabila seseorang itu pernah menonton pornografi, otak mereka sukar menepis godaan. Ini mungkin antara sebab jatuhnya seseorang itu perangkap cinta sejenis.

Akhir sekali saya nak mengajak semua pembaca untuk mendoakan kawan-kawan saya yang masih terjerat dalam perangkap ini. Seorang sahabat baik saya, telah terperangkap dan sehingga kini belum bertemu jalan keluar.

Pasangannya bersikap mengongkong sehingga kami tidak lagi boleh bertemu dan berkawan. Jauh sekali untuk saya menasihatinya.

Sepupu suami juga terperangkap didalam watak tomboy ciptaannya dan tinggal serumah dengan teman wanitanya. Keluarganya masih bersikap ‘denial’ walaupun sudah hampir sepuluh tahun mereka begitu.

Keluarganya bahkan mengatakan yang pasangan anaknya itu telah dianggap anak angkat sebab itulah mereka tinggal serumah, sebilik, dan sekatil.

Semoga Allah SWT melindungi kita dan anak-anak kita. Saya memohon semoga kita semua dijauhkan daripada bala seperti mana kaum Nabi Luth yang dihukum kerana mendatangi kaum sejenis. Aamiin ya Rabb.

Notakaki: saya tidak akan disclosed siapa M walaupun begitu ramai yang ingin tahu memandangkan dia selebriti. Sebaliknya saya ingin anda semua mendoakan kebaikan buat dirinya.

– Eira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *