Assalamualaikum. Saya Cik Winter. 28 tahun. My family especially mama dan atuk (ayah kepada mama) sangat-sangat overprotective dengan anak-anak termasuklah saya, make sense mungkin sebab anak-anak mama tak ramai. Me and my younger brother.
Alhamdulillah, jodoh adik lelaki saya dah sampai dan sudahpun mendirikan rumah tangga. Since saya kecil, sampai dah nak masuk 30-an, mama dan atuk memang overprotective dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.
Dari kecil, saya jarang join rombongan dari sekolah sebab mama tak beri keizinan dan saya menurut sebab tak mahu mama risau.
Keadaan berlanjutan sampai la saya masuk universiti. Saya tak boleh join mana-mana rombongan lebih-lebih lagi rombongan ke luar negara. Mama cuma beri keizinan if keadaan itu memang perlu contohnya field trip and yang berkaitan dengannya.
Setiap hari, saya tak lupa dan akan beritahu mama ke mana saya pergi, buat apa, dengan siapa sampai sekarang saya dah masuk alam pekerjaan. Saya berasal dari negeri utara dan bekerja di Pulau Pinang.
Setiap hujung minggu, menjadi rutin untuk saya balik menaiki kereta api untuk pulang ke kampung saya. Saya hanya akan menaiki kereta ke kampung jika cuti panjang.
Mama dan atuk tak pernah missed untuk ikut saya balik ke Penang dengan kereta semata-mata untuk memastikan saya selamat sampai ke destinasi. Saya akan menghantar mereka ke stesen kereta api semula untuk mereka pulang ke kampung.
Mereka tak kisah untuk melakukan hal tersebut tetapi saya rasa bersalah dan cuma mampu mengikut apa sahaja kata mereka.
Senang cerita, saya cucu dan anak perempuan sulung dalam keluarga. Segala perbuatan dan perlakuan saya menjadi contoh untuk adik dan sepupu-sepupu saya yang lain memandangkan atuk juga mempunyai dua orang anak. Mama anak sulung dan pak su.
Long story short. Saya ada berkawan dengan seorang lelaki dan merancang untuk berkahwin. Sebelum itu, saya ada bagi hint pada mama yang saya ada berkawan dengan seseorang dan saya tanyakan perkara ini pada mama.
“Mama, kalau along nak kahwin, mama okay tak?”
“Alhamdulillah mama okay sangat. Esok bertunang, bulan depan nikah”.
” Betul ka mama. Nanti along risau mama cuma bergurau. Jangan bagi along harapan mama”.
“Tak la. Mama bagi aja. Nak simpan lama-lama buat apa”.
Daripada situ, saya dapat harapan yang mama okay dan boleh lepaskan saya untuk mulakan hidup baru dengan orang lain. Perasaan ingin mendirikan rumah tangga dan memulakan hidup dengan keluarga sendiri sangat saya nantikan.
Saya cakap pada mama yang mungkin pilihan saya tak menepati ciri-ciri yang mama mahukan sebab pasangan saya bukan berasal daripada Malaysia. To be precise, pasangan saya berasal daripada timur tengah.
Pada mulanya, mama cakap okay. Berkawan dulu dan berkenalan setahun dua. Saya bersetuju dan pada waktu saya confess perkara ini, saya dan keluarga termasuklah abah, mama, adik dan adik ipar bercuti ke luar negara.
Mama nampak okay dan terima hubungan saya dengan pasangan, tapi kata mama, atuk mesti tak setuju hubungan saya dengan pasangan saya kerana atuk tak suka orang luar.
Sepanjang trip ke luar negara, kami sangat menikmati lawatan tersebut sehingga kami kembali ke Malaysia. Macam biasa, saya balik ke utara untuk berjumpa keluarga tapi, saya lihat mama tak macam biasa. Tak banyak cakap, murung dan perkara-perkara luar biasa yang lain.
Pada saya, mama mungkin stress sebab baru ditukarkan ke jabatan yang lain, environment baru, rakan sekerja baru menyebabkan mama tak gembira.
Perasaan tak sedap hati saya akhirnya benar kerana mama meluahkan kepada saya bahawa dia menentang hubugan saya dengan pasangan. Saya kecewa, keliru dan buntu kerana pada mulanya mama merestui tapi hari itu mama berkata lain.
Pelbagai kata-kata tak menyenangkan keluar daripada mulutnya. Saya tak mampu nak berkata apa-apa kerana mama tak mahu dengar langsung penjelasan saya.
Kata-kata terakhir yang mama cakap, “Kalau betul dia suka sangat dengan along, then ask him to come meet us!”
Hal ini, saya sampaikan kepada pasangan saya and to my surprise he said that he will come and meet my family tomorrow. Saya akui saya tak rapat dengan wali saya, iaitu abah.
Petang itu, saya beranikan diri dan bertanyakan hal ini kepada abah. Saya cakap saya ada berkawan dengan seseorang dan kalau boleh dia akan datang untuk berjumpa dengan abah dan mama.
Pada mulanya, abah terkejut sebab tahu dia daripada timur tengah, tapi, akhirnya abah cakap okay datang la ke rumah. Datang hanya sekadar untuk memperkenalkan diri, apa salahnya.
Pasangan saya dengan rasa teruja keluar membeli baju baru, kasut baru semata-mata untuk berjumpa dengan keluarga saya keesokan harinya. Kebetulan, mama tiada di rumah dan saya maklumkan kedatangan pasangan saya kepadanya melalui mesej.
Tiba-tiba abah dapat panggilan telefon daripada mama. Mama marah dan cakap dia belum bersedia untuk berjumpa dengan pasangan saya. Mama tanya saya kenapa tak berbincang dahulu dengannya dan atuk saya tentang hal ini.
Pada saya, cukup untuk saya sampaikan hal ini hanya kepada kedua-dua ibu bapa saya, tapi oleh sebab atuk sangat menyayangi saya, mama merasakan bahawa saya patut berbincang dahulu dengan mereka. Saya pergi berjumpa atuk. Atuk hanya mendengar dan mengangguk.
Atuk cakap, berkawan dahulu setahun dua. Saya gembira kerana atuk memahami saya. Sama macam mama. Keesokan harinya, atuk juga berubah pendirian dan menyuruh saya untuk memilih keluarga atau pasangan.
Atuk menangis-nangis dan merayu supaya saya berpisah ketika dia datang nanti. Sekali lagi saya kecewa. Atuk lebih rela saya memilih penganggur daripada orang asing asalkan dia orang Malaysia.
Kata atuk, dia bercadang untuk membuat majlis yang lebih meriah daripada adik saya kerana sebelum ini, seramai 4000 orang tetamu yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan adik saya. Atuk juga mahukan saya berkahwin dengan pasangan yang atuk berkenan di matanya.
Mereka tidak setuju hanya sebab dia bukan berasal daripada Malaysia. Pasangan saya datang ke rumah tetapi hanya disambut oleh abah dengan baik manakala yang lain hanya melemparkan pandangan sinis kepadanya.
Sepanjang perbualan, atuk sedikitpun tidak menunjukkan wajah yang baik. Pak su dan mak su juga datang kerana atuk menelefon mereka untuk datang ke rumah sebagai support system untuknya menentang hubungan kami.
Panjang lagi kisah ini tetapi disebabkan words limitation, saya pendekkan lagi. On the bright side, abah dan keluarga sebelah abah menyokong manakala sebelah ibu membantah. Should I stay or should I leave?
– Cik Winter (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Untuk mengelakkan masalah di masa hadapan, elok la awak ikut nasihat org tua awak. mereka nampak apa yg awak tidak nampak, perkahwinan bukan sekadar antara awak dgn pasangan, tetapi dengan keluarga, terutama mak & bapak awak
Solat istikharah minta petunjuk.Kalau sggup berpisah..berpisahlah demi orang tua.Jika rsa lelaki itu wajar dipertahankan,fight for it..cuba ambil masa untuk menangkan hati mereka yang tidak bersetuju.
Mak sy org yg pling menentang perkahwinan saya..Alhamdulillah,2024 ni dah 9 tahun kami berkahwin
Jujur ckp aku menyampah btl mak2 mcm ni sbb mak aku pom mcm ni la. Actually dorg xdpt terima hakikat yg awk dah nak kawen. Org2 mcm ni maaf aku ckp fikiran kolot dan negetif memanjang. Dorg bg awk pilihan sbb tau awk akan beralah. Cuba awk bg dorg pilihan. Cakap kat dorg terima atau awk akan berhijrah ke negara lain. Confirm masing2 panas bontot. Kdg2 awk kene tegas dgn ape yg awk nak. Sampai bila nak ikot telunjuk dorg. Nanti awk kawen dgn pilihan dorg lagi byk dorg nak aturkan hidup awk. Let’s start dgn benda plg simple contoh kurangkan call dorg, kurangkan bgtau ape awk bt sehari2 dan kurangkan balik kg.