MENGANDUNG LAGI
Assalamualaikum.. Secara ringkas aku berumur 28 tahun. Seorang penjawat awam. Sudah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun lebih dengan jumlah anak sekarang sudah 3 orang. Alhamdulillah kewangan keluarga agak stabil. Menetap di kampung dengan suami bekerja sendiri dan income keluarga dalam 7-8k sebulan boleh dikatakan agak selesa untuk kami sekeluarga.
Aku melahirkan anak ketiga lelaki pada akhir Januari 2017. Dan selepas itu memang aku dan suami merancang kehamilan. Namun suami tak benarkan aku makan perancang. Cukup sekadar dia berkorban dengan memakai k*****. Katanya makan ubat kesannya pada tubuh isteri. Beranak isteri, sakit isteri takkan merancang pun isteri yang kena rancang. Jadi, kami tak pernah bersama tanpa ‘protection’.
Aku juga pantau waktu subur dengan install apps period tracker di hp. Tapi, manusia merancang sebaik mungkin ternyata perancangan Allah lebih hebat. Last period awal Oktober 2017. Masuk November aku menunggu period penuh debaran. Yang ditunggu tak kunjung tiba. Hari-hari aku test air kencing guna penguji kehamilan. Hasilnya negatif. Sehinggalah semalaman. Aku menguji dan hasilnya masih negatif. Satu line sahaja. Ak letakkan di bilik air tak terus buang saja nak husband tengok sendiri.
Petangnya, pulang dari kerja. Terdetik hati nak lihat. Allah….. Naik 2 line satunya kabur-kabur tanda masih awal. Aku menangis ketika solat asar. Suami masih belum tahu dia keluar bawa anak jalan-jalan. Aku menangis sungguh-sungguh kerana aku sunguh-sungguh merancang kali ini. Dengan 3 orang yang masih kecil dan lasak-lasak semuanya. Ujian apakah ini. Aku sungguh-sungguh tertekan. Dengan kerja di pejabat dan cuti bersalin yang dah selalu aku ambil aku rasa bersalah pada bos. Aku rasa tertekan memikirkan cakap-cakap orang pejabat yang memang mulut mereka sentiasa buat hati terguris. Kemuncaknya aku google cara-cara menggugurkan kandungan dan sempat whatapps seorang penjual pil namun melihat testimoni bayi dan janin berdarah yang dihantar sungguh aku takkan sampai hati nak buang anak sendiri. Masih ada sedikit iman bersisa di hati.
Untuk pengetahuan semua, suami aku menerima berita ini dengan cukup berbesar hati walaupun dia sendiri juga masih tak bersedia. Kata suami, kita tak pernah miss protection yang lekat ini memang rezeki Allah nak bagi. Anak ini mungkin jadi asbab kita kesyurga. Puas kami berfikir yang mana satu yang menyebabkan kehamilan ini tapi tak dapat dikesan kerana kami memang tak pernah miss protection. Dia suami yang baik. Anak-anak dijaga rapi. Aku pergi dan balik kerja dihantar dan dijemput sejak mengandungkan anak pertama. Sebut saja mahu kemana, nak makan apa memang sedaya upaya akan ditunaikan oleh suami. Tugas aku dirumah biasanya Cuma menyusu anak yang kecil, masukkan kain dalam mesin basuh, lipat kain dan memasak (suami tak reti buat semua ini dia anak manja masa bujangnya). Yang lain mengemop, menyapu rumah, buang sampah, sidai kain dan kerja-kerja lain biasanya memang suami yang buat. Buat Susu anak dan basuh berak anak pun tugas suami. Dan biasanya memang suami sentiasa dirumah kalau keluar kami semua diangkut sama.
Bukan aku tak bersyukur, tapi hati aku masih mencari jalan untuk menerima kehadiran bayi baru ini. Dengan alahan kehamilan, darah rendah, selalu terlebih due, bayi songsang dan kerja di pejabat yang utamanya sentiasa menekan aku. Kerja aku penuh tekanan. Semuanya perlukan kesempurnaan kerana expectation orang disekeliling aku yang cukup tinggi. Perancangan aku tahun 2018 nak sambung belajar, hujung tahun 2018 nak tunaikan umrah. Tapi kehadiran bayi ini ternyata tak memungkinkan aku untuk meneruskan rancangan itu. Jangan kata sambung belajar sambil bekerja dan mengandung dan jaga anak-anak itu ok sebab ak dah pernah buat memang kelaut sebab aku bukan multitask punya orang.
Aku perlukan sokongan semua. Aku mencari jalan untuk memotivasikan diri aku. Tolonglah berikan sedikit kata semangat untuk aku berfikir secara waras dan menerima hakikat beranak kerap itu ok. Walaupun jauh disudut hati aku rasa tak ok. Terima kasih.
– O O –
– Madam O
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit