Saya pasti bila lihat tajuk sahaja pun orang akan marah. Tapi boleh kah saya bertanya kenapa mesti juga suami orang? Kenapa bukan orang yang bujang? Adakah ini ujian bagi saya?
Media sosial yang saya giat aktif adalah facebook. Yang lain tak sangat.
Saya juga suka dalam bidang permotoran yang bukan dikalangan budak2 ysuku, tapi adalah dikalangan orang dewasa seperti rxz & sebagainya. Terlalu minat saya dengan rxz.
Jadi mestilah warga fb saya lebih ramai lelaki berbanding wanita. Bermula dengan komen, sehingga terus direct mesengger saya dengan “Hi”
2 tahun lalu.
Seorang lelaki, saya namakan dia D, yang FB nya hanya diupdate pergi ride, sharing benda2 libatkan permotoran.
Tetapi tiada langsung update tentang gambar perempuan sekali pun dah kawin mesti update gambar anak, tetapi tiada langsung. In relationship pun tak ada.
Cuba juga saya skodeng lebih mendalam tetapi tiada hasil. Jadi awalnya saya agak tidak melayan tetapi akhirnya terjatuh dengan perasaan. D pun tinggal berdekatan saja.
Akhirnya fasa untuk berjumpa telah pun tiba. Dijemput di depan rumah. Hitam manis orangnya, tinggi, sedikit sado, sopan tutur bicara tapi boleh kata hanya tengok dari segi fizikal memang dia suami orang.
Tapi dia sangkalkan. Saya cuba bertanya banyak kali tetapi hampeh juga jawapannya.
Masa berlalu telah 3 bulan lebih menjalin hubungan dengan D. Satu hari masa dekat ofis, saya terscroll satu posting blogger. Ada orang tag D.
Dia perempuan. Saya terkedu. Bila saya klik fb nya, membuat saya lagi terkedu. Rupanya dia isteri kepada orang yang saya telah jatuh cinta.
Mempunyai seorang anak. Dari awal sehingga habis posting gambarnya hanyalah bersama D & anak. Setianya si isteri. Cantik pula tu.
Gambar kahwin pun semua ada. Hmmm.
Tersenyum saya walaupun sedih hanya Tuhan yang tahu. Tindakan saya satu sahaja. Terus block FB, no tel, whatsapp dan mesengger.
Cukup, tak perlu marah atau bergaduh. Cukup saya simpan marah saya dalam hati. Saya tak suka diduakan dan saya pasti isteri atau wanita lain pun tak suka diduakan.
Selepas dari kejadian tu pun sama. Berkawan dengan seseorang, katanya bujang. Tapi saya lebih berhati hati dengan hati & perasaan. Bila saya spotcheck rupanya dah berkahwin. Auto saya block semuanya.
Saya cuba, saya dah cuba untuk mencari jodoh yang bujang. Setidaknya seorang duda pun tak apa, tetapi sehingga sekarang tetap sama. Semuanya suami orang saja yang mendekati.
Beberapa kenalan FB yang saya terlalu minat kerana hobi permotoran juga banyak yang saya block. Kerana apa? Sudah ber isteri, masih Hi lagi kepada orang lain.
Untuk apa ya? Untuk berkawan? Tidak perlu rasanya. Jadikan lah isteri saja kawan mu. Kan lebih bagus.
Sekarang ni saya serahkan segalanya saja pada Tuhan. Hati saya dah kosong. Lebih 5 tahun saya hadap benda ni.
Sekarang ni bagi saya, ada jodoh, ada lah. Kalau takda, pun tak apa lah. Saya dah cuba cari tetapi belum sampai rezeki. Tidak mengapa. Saya mahu fokus pada ibadat, keluarga, kerjaya saya saja.
Buat kalian yang senasib situasi seperti saya, jika ada jauhkan lah diri dari terjebak. Jangan kita ambil hak orang. Sekali pun dia belum berkahwin.
Kalau tengok dia dah ada pasangan, cari lah yang lain. Masih ramai yang bujang diluar sana. Jangan ikut hati & perasaanmu.
Doakan saya ya bertemu jodoh satu hari nanti.
– Ira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit