Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri Yang Taat

Terima kasih Admin kerana memberi ruang pada saya untuk menyampaikan pesanan dan nasihat yang sangat berguna buat kita sbgi kaum wanita/ isteri. Barangkali artikel ini tidak menjadi kegemaran kepada para wanita/isteri kerana tidak menetapi citarasa dan kehendak hati/nafsu mereka.

Terima kasih buat kaum wanitaku yang sudi membaca artikel ini utk menjadi wanita/isteri yang mentaati perintah Allah & Rasulullah.

Pasangan kita suami/isteri adalah Anugerah dan Amanah Allah kepada kita. Lubuk Pahala buat suami adalah isteri, manakala pahala buat isteri adalah suami. Acap kali kedengaran dan baca artikel mengenai tanggungjawab suami buat isteri & anak2. Tidak dinafikan memang banyak tanggungjawab suami kpd keluarga. Teguran dan nasihat yang sgt berguna utk lelaki dan suami supaya jadi lelaki yang Soleh …. amiin.

Namun begitu, wanita juga tidak terlepas dari Wajibnya mendengar nasihat dan teguran supaya sentiasa menyedari kelemahan dan kekurangan kita kpd keluarga kita khususnya pada Suami kita dan berusaha memperbaiki diri kita menjadi isteri yg Solehah dan Ibu yang baik.

Sungguh, kunci Syurga buat seorang isteri adalah dari Redha seorg Suami. Redha Allah pd isteri terletak bagaiman redha suaminya terhadap isterinya.

Saya sisipkan Hadis supaya menjadi pedoman, petunjuk dan pengajaran kpd kita sbgi isteri bahawa pentingnya redha suami sebelum kita mati, atau suami kita yang mati tpi dlm keadaan dia tidak redha dgn kita … Allahu

(1)
Sabda Rasulullah SAW:
“Wanita mana saja yang meninggal dunia, kemudian suaminya Redha terhadapnya, maka ia akan masuk ke Syurga”. (HR Ibnu Majah, dan di hasankan oleh Imam Tirmidzi).

(2)
Sabda Rasulullah SAW:
Dalam hadits yang lain, dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa di bulan Ramadan (dengan sempurna), menjaga kemaluannya/kehormatannya (yakni menutup aurat menepati Syara’), dan mentaati Suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Sohihnya)

Jelaslah Allah & Rasulullah amat mengiktiraf Redha suami sbgi kunci seorg isteri kesyurga.

Saya mahu bawakan sebuah hadis buat kaum wanita/isteri mengenai betapa Tingginya Pengiktirafan Allah terhadap redha suami keatas isteri. suatu peristiwa yang dirakamkan dlm sebuah hadis riwayat Abn Majah, dan dihasankan oleh Imam Tirmidzi

(buat pembaca yg kurang arif apakah taraf Hadis Hasan, Ulama Sepakat bahawa Hadis Hasan sama seperti Hadis Sahih, digunakan dlm masalah Fiqh dan utk hujah)

(3)
‘Pada Suatu hari, Saidatina Fatimah telah mengatakan sesuatu tanpa disengaja kpd Saidina Ali (suami kpd saidatina Fatimah) dan perkataan itu telah membuat Saidina Ali r.a berkecil hati dan terguris hatinya. Saidatina Fatimah menyedari bahawa ia telah berdosa pd suaminya, (kerana takut dilaknat oleh Allah sepanjang malam) maka saidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali kepada suaminya, Saidina Ali r.a.

Melihat wajah Saidina Ali tak juga berubah, maka Saidatina Fatimah berlari-lari kecil di sekitar Ali. Sebanyak 7 kali ia ‘tawaf’ sambil merayu-rayu mohon untuk dimaafkan (ada riwayat mengatakan sehingga 70 kali). Melihat tingkah isterinya saidatina Fatimah di hadapannya, Ali tak dapat menahan senyum. Kemudian ia tersenyum dan memaafkan kesalahan isterinya.

Berita itu sampai kepengetahuan Rasulullah S.A.W, lantas Rasulullah berkata pada puterinya (saidatina Fatimah).
“Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu tidak memaafkanmu, niscaya aku tidak akan menyolatkan jenazahmu.”

Para isteri boleh juga menonton Kuliah Ustazah Nurhafiza Musa (Taqwa seorg Isteri)

Bayangkan bagaimana pula jika ia dilakukan dengan perbuatan i.e berkata kasar pd suami, memperkecilkan suami, mengumpat keburukan suami dan lain-lain.

Jelas betapa tingginya Redha seorg suami terhadap isterinya.

Bagaimana kita mahu menggapai redha seorg suami sekiranya kita tidak menunaikan Hak2 suami kita?Adapun tanggungjawab lain seperti menyediakan makanan/memasak, membantu suami membersihkan rumah dan menjaga anak2 adalah Amanah suami kepada isteri ketika suami bekerja, anggaplah ia sebagai lubuk pahala buat kita sbgi isteri.

Saya teringat kata2 Ustaz Pahrol Juoi, Para suami perlu juga niatkan sedeqah utk isteri ketika bersedeqah kpd fakir miskin dan org2 yg memerlukan. Kerana dengan sedeqah itu sedikit sebanyak dapat menghapuskan dosa2 isteri yg terlepas pandang. Namun ia tidak menjadi lesen kpd kita sbgi isteri utk tidak memohon maaf dan redha dari suami sekiranya mahu masuk kesyurga. Kerana dosa terhadap manusia, tetap memerlukan maaf dari manusia juga.
Lihatlah betapa banyak dosa kita sehingga kita terlepas pandang… contohnya melewat-lewatkan panggilan suami, bermasam muka terhadap suami, memarahi suami, berlawan dengan suami

Sabda Rasulullah SAW:

“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.” – hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

6 asbab mengapa Redha Suami penting buat isteri

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang ‘BAHKAN BELUM TENTU KAMU MENCINTAINYA SEUMUR HIDUPMU’, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya. (sedangkan kamu wahai wanita berseronok dgnnya tidak diwajibkan menafkahi suamimu dan anak-anakmu)

3. Suamimu redha mencari nafkah menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya.Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.
(Selalu terfikir juga, suami kita yang memberi nafkah makan setiap hari pagi siang dan malam, pakaian dan tempat tinggal kpd kita dan anak2 selama mana dia hidup, mengapa pula isteri/ibu yang mendapat 3 kali penghormatan melebihi suami)

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar.Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri. (yang ini ramai kita sbgi isteri tidak sedar)

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.

6. Apabila engkau melakukan maksiat, sekiranya dia tidak menegurmu dia akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti.

Dipetik dari website Baitul Jannah

Sebahagian ulama meghuraikan
Suami yg tidak redha ketika dia(isteri) masih menjadi isteri kpd suaminya, walaupun apabila telah bercerai/mati sedangkan suami tidak memaafkannya, perempuan itu tidak mendapat keampunan dari Allah.

Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita… walau apa juga jawatan yang kita pegang… walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi… selagi kita bernama ibu dan isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa… di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.

Bila saya teliti kembali tanggunjawab sbgi seorg isteri utk mendapat redha suami antaranya ialah menyenangkan hati suami. Menyenangkan hati suami ni sangat besar skopnya. Boleh jadi rajin memasak utk suami, membantu suami mengemas rumah, menjaga anak2 dengan baik, berhias dan bersolek hanya utk suami, sentiasa bersyukur dengan pemberian suami dan banyak lagi. Ada yang sanggup sama2 bekerja diniatkan utk mempermudahkan urusan keluarga bersama, ini juga termasuk dlm menyenangkan hati suami.

Marilah kita sbgi kaum isteri/wanita berusaha memberi yg terbaik kpd pasangan kita/suami kita. Jangan lihat keburukan yg ada pada pasangan kita. Juuhkan dari sikap suka mengadu domba, menyebarkan perihal keluarga kita kpd org lain, terutama membuka aib suami kita. 1 keburukan yg kita lihat pd suami kita, ibarat kita membiarkan 10 kekurangan yang ada pada diri kita.

Wahai pembaca wanita/isteri
1. Apakah perkara yang akan kamu lakukan untuk menambat Redha suamimu?
2. Jika kamu dimatikan pada saat ini, sudahkah khilafmu terhadap suamimu diampunkan?
3. Jika kamu dimatikan pada saat ini, adakah suamimu telah meredhaimu?

Sekian, terima kasih
Assalamualaikmum

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *