Mengapa Takdir Cintaku Harus Begini

Aku tatap kain putih ditangan lalu kain putih satin itu aku belai bersama linangan air mata.

Sebak tak terkata bila terkenangkan majlis pertunangan yang dibatalkan dua hari yang lepas.

Punca perpisahan, bila bekas tunang dapat tahu aku tiada dara dari mulut sahabat karib aku sendiri.

Ya, aku tiada dara tapi salah aku ke bila aku menjadi mangsa r*g*l?

Puas aku cuba menjelaskan situasi sebenar tetapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Air mata makin mencurah-curah jatuh bila kata-kata hinaan dilemparkan kepada aku.

Perilaku bekas tunangku ibarat aku perempuan jijik sejijiknya.

“Siapa nak kelapa yang dah kena tebuk tupai macam kau?!”.

“Betul ke kau kena r*g*l ke kau sendiri yang rela?”.

Hanya kerana dara, percintaan kami selama 3 tahun lebur begitu sahaja.

Silap aku kerana cuba menutup dan melupakan sejarah hitam tersebut.

Sangka aku pada zaman sekarang isu dara sudah lagi tak relevan dalam perkahwinan. Ternyata sangkaan aku meleset.

Baju kurung putih yang tergantung elok di pintu aku tenung lama.

Sekali lagi air mata aku berderai laju bila mengenangkan impian aku musnah dalam sekelip mata.

Bingkai gambar aku bersama bekas tunang, aku peluk seeratnya seolah-olah aku melepaskan rindu di hati.

Berpuluh mesej aku hantar, aku baca semula di whatsapp.

Tiada kata-kata lain melainkan maaf dan rayuan untuk dia menerima aku semula. Tapi sayangnya rayuan dan permohonan maaf aku dibiar sepi.

Mulalah terbit rasa penyesalan kerana tidak berterus-terang dari awal.

Andai kata aku ceritakan semua dari mula pasti aku tak menanggung sakit seperti ini bukan.

Tolong doakan aku kuat untuk tempuh semua ini. Aku sakit, sakit yang teramat.

– Bunga Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Dear Confessor,
    Putus cinta ditengah jalan memang menyakitkan, tapi insyaAllah you will healed by time..cuma awk kena redha dgn ketentuanNya. Take it as positive, pasti ada hikmah disebalik…dan bersangka baiklah dgn Allah..mungkin jodoh awk bkn dgn ex-tunang tp akan hadir lelaki yg lebih baik, yg akan melindungi awk, yg boleh menerima kekurangan awk dan boleh membahagiakan awk..
    Perbaiki dan dekatkan diri dgn Allah, eratkan hubungan dgn org sekeliling terutama mak ayah.. sibukkan diri supaya awk dpt lupakan luka dihati serta teruskan berdoa agar Allah pertemukan awk dgn insan yg tepat kerana Allah jua yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambanya..

  2. Hi anon, anggaplah dia bukan jodoh yg terbaik utk awak, berbahagialah semua episode ni berhenti di tengah jalan dan belum berujung dengan pernikahan. Allah selamatkan awak dgn tunjukkan awak “true colour” of your ex-bf. One day, bila tiba masanya, Allah akan hadirkan awak dengan orang yg awak tak sangka2 pon di saat awak tak mencari pon. & itu hak awak untuk tidak cerita masa lalu awak, awak mangsa bukan pemangsa. If he cannot accept you at your worst, then he doesnt deserve you at your best either. Selamat sembuh anon.

  3. Org lelaki mmg mcm tu. Awak tak check ke yg ex bakal tunang tu masih teruna ke tak?
    Anyway, makcik doakan awak suami yg lebih baik dari ex bakal tunang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *