Assalammualaikum dan salam sejahtera, aku Zia (Surirumah), berusia akhir 20-an, berkahwin akhir tahun lepas dan terus mengikut suami menetap di Pantai Timur.
Suami ku anak yang sulung dan dia mempunyai 4 orang adik-beradik. Adik bongsunya (adik ipar aku) seorang remaja perempuan.
Usia adik sudah menjangkau 18 tahun, namun perangai dan tingkah laku nya masih seperti kanak-kanak berusia bawah 4 tahun.
Adik mampu berjalan dan bercakap namun permikirannya tidak seperti individu sebayanya.
Walaupun sudah baligh (period), adik tidak pandai mengurus dirinya. Dia memerlukan pengasuh untuk membantunya mandi, buang air kecil dan besar.
Namun adik pandai untuk memberitahu ku seandainya perlu ke tandas. Bila dia datang bulan, aku yang akan menguruskan lampin pakai buang nya.
Sekali sekala ayah (bapa mertuaku) akan menghantar adik ke rumah untuk diasuh oleh ku kerana mak mertuaku sudah meninggal tahun lepas.
Kakak kandung adik pula sudah berkahwin dan menetap jauh di Pahang. Tinggal yang lain semua laki-laki. Selain tok dan makcik adik, aku yang tinggal berdekatan diharapkan untuk menjaga adik.
Ayah bercerita adik mendapat penyakit misteri ini akibat sering diserang demam panas, kemudian sawan. Alhamdulillah sekarang adik sudah kurang diserang sawan, hampir kepada tiada langsung.
Adik beruntung kerana mempunyai abang dan ayah yang sangat memanjakannya. Malah di akhirat nanti sudah pasti adik akan ke syurga kerana tiada dosa.
Adik selalu tersenyum dan ketawa seorang diri seperti “ada channel TV lain dalam kepalanya” bak kata suami. Percakapannya juga banyak berdasarkan memori lamanya.
Responnya juga tidak menentu bila. Walau macam-macam nama dia panggil aku seperti Umi (mak tiri nya) dan Tia (sepupu nya) yang pernah mengasuhnya dahulu,
Terus berpuluh-puluh kali juga aku membetulkannya “kak Zia la”, ada dalam sekali dua dia sebut betul.
Sudah pasti aku berdepan banyak masalah dalam menjaganya kerana fizikalnya yang sudah dewasa (anggaran berat dalam 80kg) namun dia persis kanak-kanak tetapi kehadirannya menceriakanku melihat gelagatnya.
Aku tergelak sahaja bila melihat adik riuh menyapa sesiapa sahaja dirumah ataupun sewaktu bersiar diluar. Adik jenis yang selamber badak, memang seronok menengok gelagatnya.
Namun begitu, aku pernah hilang sabar menjaga adik sehingga membuatkan suamiku juga HAMPIR hilang sabar padaku lalu whatsapp,
“Siap-siap la. Zia duduk kampung sementara ni. Nanti minggu-minggu depan abang datang ambil Zia.”
T.T Mahu ku luahkan semuanya di sini apa yang ku rasa namun cukuplah setakat ini sahaja dahulu.
Seandainya coretan aku kali ini mendapat sambutan daripada para pembaca sekalian aku akan sambung.
Mungkin ada pertanyaan, cadangan, perkongsian pengalaman yang hampir serupa, doa dan kata-kata semangat dari kalian untuk aku terus tenang dan tabah mengharungi ujian Allah ini.
Sekian. Terima Kasih.
Yang Benar,
– ZIA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit