Mengejar Lailatul Qadr

Assalamualaikum semua pembaca IIUM confession. Alhamdulillah kita dh masuk ke Fasa ketiga ramadhan. Ramadhan dh nk pegi tinggalkan kita. Tapi jgn terlepas baki peluang utk memperbykkan ibadah di bulan ramadhan ni terutama sekali supaya kita semua dpt beribadah dan bermunajat di malam lailatul qadar. Allahumma Ameen. Moga Allah kurniakan kita semua kekuatan utk beribadah setiap malam di malam2 akhir ramadhan ni.

Mungkin bagi wanita yg haid di hujung ramadhan ni merasa sedikit kerugian kerana tidak dpt melaksanakan solat tarawih dan ibadah solat malam yg lain. Tapi dkt sini aku share beberapa cara yg pernah org share dkt aku juga bagi wanita haid utk memanfaatkan malam2 akhir ramadhan terutama utk mengejar Lailatul Qadr:)

1. Waktu org pegi terawih, kita boleh duduk atas tikah sejadah walaupun tak dpt solat, utk berzikir, bertahmid dan berselawat. Manfaatkan betul2 waktu ni. Kita juga boleh banyakkan berdoa pada waktu ni.Elakkan menonton televisyen dan main hp waktu2 ni.

2. Sedekah. Kita boleh sedekah setiap malam. Berapa pun yg kita mahu. Lps sedekah tu kita doa lah byk2 pada Allah.

3. Bangun malam. Okey, bangun malam ni tak semestinya kene solat. Jadi jika kita haid boleh je bangun malam ut berzikir, berselawat dan berdoa byk2:) Mohon ampun pada Allah.

4. Sebelum tidur bykkan zikir dan istighfar serta berdoa. Jangan terus tidur. Byk dah tips org share utk berdoa kan. Jadi kita bolehlah amal:)

5. Bila siang hari, kita tlglah sediakan makanan utk org berbuka puasa. InshaAllah kita akan dpt pahala puasa mcm org yg kita jamu;)

Korang kalau ada cara lain bolehlah share supaya ramai dpt amalkan:) Lagi satu kalau ada tips supaya senang bangun malam bolehlah share..sbb ada org tanye aku:)

Maaf kalau bosan tau. Salam ramadhan:)

– Amna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *