Assalamualaikum, terima kasih admin siarkan kisah ni. Nama aku indah dan surirumah sepenuh masa. kisah yang aku nak cerita ni berkait rapat dengan orang yang aku sayang, laki aku. Situasi kehidupan aku dan laki aku sekarang ni kawan di tempat kerja dan jiran dekat rumah adalah orang yang sama. So, aku rasa tak perlu nak terangkan lebih mendalam tentang kerja laki aku.
Laki aku ni dikenali dengan gelaran-gelaran seperti lurus bendul, lembab dan blur. Semua gelaran yang suami aku dapat ni dari zaman dia sekolah rendah lagi dah bertahun dah sampai ke tempat kerja walaupun berlainan orang tetap laki aku dapat gelaran tu. Sebenarnya gelaran tu dapat sebab kat mana-mana kenalan laki aku ni mesti ade sorang yang kaki bahan, mengejek tak tentu pasal. Asal nampak muka laki aku ada je benda yang nak dibahan dan laki aku jenis tak membalas, diam. Orang kata diam lebih baik, tapi yang jadi kat laki aku ni bila dia diam makin dipijak-pijak. Alasan laki aku dia malas nak cari gaduh, sebab kalau dia bukak mulut nanti boleh jadi gaduh, dah la tu je kawan kat tempat keje tu jugak jiran kat rumah jadi dia pendam dan makan hati sendiri.
Sebagai seorang surirumah, selalunya waktu laki aku balik kerja mesti aku duk mengendap dekat tingkap aku suka sangat nampak muka laki aku dari jauh happy, tapi kebanyakkan aku tengok muka dia sedih. Aku kadang-kadang tertunggu-tunggu dia balik sebab macam-macam aku nak cerita yelah duduk rumah seharian kawan yang aku ada laki aku jelah. Tapi bila aku tengok muka laki aku sedih, down sangat rasa, so walaupun aku tengah gembira ke sedih ke aku pendam, sebab masalah laki dan aku tak nak tambah masalah lagi.
Laki aku memang dari kecil lagi orang suka membahan sampai aku rasa self confident die terlalu rendah. sedih aku tengok. Aku pelik kenapa wujud lagi orang macam ni yang kerja nak membahan dan mengejek orang. Dulu benda macam ni berlaku kat budak sekolah je, tapi sekarang kat tempat kerja dah jadi kebiasaan. Pada aku mengejek dan membahan ni salah satu kategori buli sebab benda tu kalau hari-hari kau hadap lama-lama kau sendiri tak ada semangat nak pergi kerja dan kau akan benci dengan orang yang suka sangat nak mengejek kau, sebab laki aku pernah cakap hari ni dia rasa nak tumbuk je muka si pembuli tu.
Pada sesetengah orang mungkin benda macam ni hanya gurauan tapi bukan pada aku. Hari-hari aku nampak laki aku balik kerja muka sedih, kecewa dan aku yakin makin lama makin tak ada confident. Bayangkan lah benda yang dia dah hadap dari kecil dan sekarang ni masing-masing dah menjangkau usia 30-an. Tiap kali laki aku balik kerja bilik je lah tempat dia tuju, bila dah cerita dengan aku apa yang jadi biasanya aku biarkan dia sendiri . Aku paling sedih tengok muka dia masa dia tidur entah la tapi aku sedih sangat sebab dia ada kawan-kawan yang macam tu. Asal tengok muka dia nak membahan, asal tengok badan dia nak membahan, asal tengok perbuatan dia semua benda boleh di jadikan bahan untuk mengejek. Kerja tak ada masalah, tapi kawan yang bermasalah.
Hari-hari aku fikir apa lagi kata-kata yang aku ada supaya naikkan balik semangat dia, Sedangkan kadang-kadang aku sendiri menangis sebab situasi aku yang tak ada anak ni pun jadi bahan. Puas nak naikkan semangat dia tiap kali pergi kerja dah kehabisan kata-kata dah aku. Selalu aku cakap sabar je la inshaallah nanti si pembuli tu sedar tapi sampai bila kan?
Hari ni benda tu berlaku lagi sampai ke dalam group whatsapp dorang duk membahan, padahal tu group berkaitan dengan hal kerja. Aku yang baca pun aku panas, lagi la laki aku yang hadap. Bila ada sorang kepala maka yang lain akan ikut dan kepala membahan tu orang yang sama. Setakat ni aku cuma cakap kat laki aku yang si pembuli tu sebenarnya nak kan perhatian je dan nak nampak diri dia tu hebat. Orang yang macam ni biasanya dia nak alihkan perhatian dan tutup kesalahan-kesalahan dia sebab semua orang tau dia pernah buat silap yang besar. So laki aku ni mangsa je untuk si pembuli tutup semua benda buruk yang ada pada dia dan orang akan nampak dia hebat.
Kepada semua, aku harap korang bukan la sebahagian dari golongan yang suka membahan ni, sekali sekala bergurau tu boleh la diterima tapi kalau dah sampai menghina tu fikir-fikirkan la perasaan orang yang mengalaminya. Aku juga berharap korang doakan la laki aku kuat nak hadap kawan-kawan dia di masa hadapan dan aku jua doa kan sesiapa yang senasib dengan laki aku supaya sabar dan tabah Allah kan ada. Korang doa kan aku dapat anak jugak ye..moga terhentila segala bahan membahan pasal anak ni nanti sebab tu salah satu topik si pembuli nak membahan jugak.. Aamiin.. Assalam…~~
– ~ indah~
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit