Mengelak Selagi Boleh

Saya seorang suami (31 tahun) dan ayah kepada seorang anak. Telah berkahwin selama 4 tahun.

Saya seorang pegawai kerajaan, isteri (30 tahun) kerja swasta.

Sejak mula kahwin, saya memang dah sediakan segalanya. Hari pertama dah bawak keluar dari rumah family, terus tinggal di rumah sewa (apartment).

Masuk tahun kedua kahwin, saya beli rumah. Khas untuk isteri, yang inginkan rumah jenis landed. Saya turutkan satu persatu.

Bila anak pertama kami keluar, saya hadiahkan isteri kereta. Gantikan kereta lamanya yang kian usang. Ini juga saya turutkan. Tak termasuk bersalin di hospital swasta.

Bawa pergi bercuti, dalam dan luar negara. Barangan peribadi, emas, handbag semuanya.

Urusan anak pula memang kebanyakkannya saya akan uruskan. Sebab si kecil ni memang nak dengan ayahnya saja. Mandi, tidur, sekolah, saya settle.

Saya faham, semua ni memang dibawah tanggungjawab saya sebagai suami. Tapi Saya memang sentiasa lebihkan, semuanya untuk insan bernama isteri.

Tapi, ada satu yang agak buat saya tertekan dan kecewa sangat. Nafkah batin. Saya boleh rumuskan, setahun tu boleh kira pakai jari.

Kadang saya minta, pelbagai alasan diberikan. Naik bingung saya dibuatnya. Saya cuba cari salah silap diri saya. Yang dia selalu buat, main phone atau tengok netflix.

Semuanya saya turutkan. Saya seorang yang jaga penampilan, pembersih, tidak merokok. Tapi masih ditolak. Kalau dapat pun tu kira beruntunglah.

Kalau ikutkan nafsu, saya boleh makan luar. Tapi saya bukan lelaki yang macam tu. Saya masih pegang teguh dengan agama.

Mohon pandangan sekiranya ada yang berpengalaman macam ni.

– SUAMI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. bekas suami saya sebiji macam awak. cukup pakej serba serbi. tapi sayang, akhirnya kami bercerai dan saya bergelar janda berhias. dia tak bagi nafkah batin sejak nikah.

  2. cuba terus terang dengan bini. cakap kau perlukan nafkah batin yang lebih. kalau bini tak faham juga, ugut nak kahwin lain. mungkin bini tu jenis yang cepat stress so libido dia pun menurun. atau dia rasa kau tak cukup seksi untuk naikkan nafsu dia. cuba hensem-hensemkan sikit diri tu, pergi gym, pakai perfume yang bau seksi. belajar sentuh isteri secara soft, sentiasa peluk isteri, cium-cium manja. selalu ucap thanks kat isteri. kalau isteri ada masalah kesihatan, bawa gi klinik jumpa pakar sakit puan. mungkin isteri ada masalah takde libido. mungkin faktor hormon. cari solusi dengan berbincang bersama-sama.

  3. Bang, aku pernah baca orang perempuan mintak cerai sebab suami tak tunaikan nafkah batin. Yang perempuan pun tahu nak buat apa sbb sex tu keperluan. Abg yg mampu serba serbi ni memang diciptakan utk jadi pengemis iimak ke?

  4. Ke sbb layanan ms jimak tu kurang.. masa foreplay tu sekejap sgt terus je nak main..perempuan ni kdg ada yg jenis lambat so kena foreplay lama sikit..kena belai2 dulu bg full air baru la ke fasa seterusnya.. isteri ni bila suami pandai main diranjang mesti x akan tolak punya sbb benda sedap kan..suami kena bykkan belajar teknik2 seks ni bg kepuasan pada isteri.. kkdg mungkin isteri x puas kot tu yg dia malas nak layan tu sbb x dpt kenikmatan apa2 dari dia..

    • Ye sy sbg seorg isteri sokong jwpan ni.. tp sy jenis outspoken dgn suami, sy akn bgtau directly bkn bahasa kiasan ye tntang apa yg sy nk dlm hubungan tu supaya sy rsa sy x buang masa pg mandi wajib hahaha.. sy jg akn minta suami tetapkn masa trtentu jika dia brkehendak, cth bgtau jam brp pd hari apa, supaya sy get ready fizikal, emosi n mood ke arah tu, sy paling x suka kalo sy baru nk lelap, duk kuis2 la bagai, sy dh set dh otak ni utk rest n tidur, kalo sy layankn jg bnda jd trpaksa n hilang la manis.. suami sy follow smua rules n kehendak sy nk cmna, so kitorang mmg ok bab2 tu sbb dh sepakat.. well semua pasangan ada cara n gaya prangai masing2 jd korang kna blajr fhm, kna open minded, dh jd laki bini kut, luar dlm smua dh nmpk so x pyh nk malu, kna duk brbincang sma2, slow talk la..

  5. Abang kalau dah sampai setahun masih susah nak dapat, abang kena bawak pergi kaunseling juga. Kalau takde penyelesaian melalui kaunseling, boleh bincang dengan isteri sama ada dia okay tak untuk abang kahwin lain

  6. abg bincang elok2 dlu gn isteri.kalau x jalan juga abg ugut ja kawen lain. sbb tgk mcm abg mampu. abg pn rajin mesti ramai ja pompuan nk jadi isteri no.2 abg. perangai x semegah pn boleh kawen 2. sbb kalau suami nak isteri kena wajib bagi.kalau x bagi berdosa. sbb tu tanggungjawab.ataupon abg kena improve kn skill waktu atas katil tu..byk kn membaca bab mcm ni, bincang kt isteri apa yg dia xpuas hati ka kenapa nk elak waktu bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *