Mengemis Duit Sendiri

Assalamualaikum pembaca setia semua. Harini aku nak story sikit pasal aku dengan kawan aku.

Cerita dia bermula suatu hari aku dapat contact dengan kawan lama aku.

Dah lama aku cari kawan aku ni aku namakan dia Za.

Lepas habis belajar masing2 dah buat haluan masing2. Yang mana ada salah faham terjadi pada zaman belajar dulu aku cari untuk minta maaf.

Suatu hari ditakdirkan aku dapat nombor telefon Si Za. Aku mesej bagi salam semua. Lepastu minta maaf semua.

Kami bermaaf-maafan. Seronok dapat jalinkan persahabatan semula.

Selang beberapa hari Za mesej aku. Dia cakap nak pinjam duit dan berjanji nak bayar pada bulan seterusnya.

Aku pun okey dan terus transfer duit yang dia minta. Jumlah dalam ratusan macam tu.

Lepas dah transfer dia mesej lagi untuk tambah lagi beberapa ratus.

Aku cakap aku dah tak boleh bagi. Ye time tu simpanan aku ada berapa je mana boleh aku tolong, aku tolong je.

Seminggu, sebulan dan berbulan2 berlalu dia langsung tak mesej aku.

Aku terkilan sikit sebab Za janji nak bayar bulan seterusnya tapi lepas dah dapat duit Za senyap je langsung tak mesej aku.

Tapi aku sabar sebab pikir aku tak nak dah bermusuhan dengan siapa2.

Hampir setengah tahun aku mesej dia tanya khabar. Lepastu aku tanya pasal hutang. Aku pesan dekat dia kalau tak boleh bayar semua terus.

Bayar RM10 tiap2 bulan macam tu pun aku okey je. Sebab aku pun tengah susah jugak time tu sebab tu terfikir2 juga pasal orang hutang.

Setahun lepas tu aku dah tak boleh sabar dah.

Aku mesej Za tapi macam tu je. Tapi kali ni aku mesej suami Za. Aku cakap baik2 je. Minta suami dia bantu dia langsaikan hutang.

Lepastu Za mesej aku cakap aku menggatal dengan suami dia. Aku tak tahu la ayat mintak hutang boleh berubah jadi ayat cinta. Pelik betul.

Korang tahu tak lepastu Za terus langsaikan hutang dia dengan aku. Lepastu terus la kena block.

Huhu.. Sedih juga sebab kalau boleh aku tak nak ada siapa2 berdendam atau terasa hati dengan aku.

Mungkin setakat ini la persahabatan aku dengan Za.

Buat Za aku minta maaf kalau buat kau sakit hati bila aku mesej suami kau. Time tu je idea yang aku ada untuk kutip hutang aku.

Semoga kau dan keluarga baik2 saja.

Zaman sekarang orang yang bagi pinjam pulak yang jadi pengemiskan.

Kalau kita pinjam duit orang, kita kena ada usaha untuk bayar hutang walaupun dengan jumlah sedikit. Baru orang nampak usaha kita nak langsaikan hutang.

Tu jela aku nak share. Terima kasih korang sudi baca sampai habis.

– Cik Cactus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *