Mengenang Kembali Detik Jadi Follower IIUM Confession

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan aku. Aku macam tengah bosan ni so aku nak mengarang.

Seperti sedia maklum tajuk diatas, IIUM Confession ni dah lama bertapak seusia dengan kewujudan fb selepas beberapa tahun. Aku tak pasti bila tapi sejak aku belum kahwin lagi aku dah start jadi follower setia.

Dulu, aku suka layan cerita dekat IIUM Confession ni masa balik kerja. Time nak baring-baring sebelum tido. Layan la sebab seronok macam-macam luahan dan cerita pasal masalah orang-orang dari segenap lapisan masyarakat.

Dulu kan ni tempat luahan student um lepastu dah femes jadi luahan student universiti seluruh Malaysia. Lepas tu kita-kita ni semua dah berkerjaya dan berkahwin dah jadi tempat luahan masalah rumahtangga dan masalah kerja.

Paling aku tak boleh lupa sampai sekarang cerita pasal adik yang kerja dekat state kelapa sawit dan cerita pasal Aishah ku yang berkawan dengan jejaka bunian dan hampir nak berkahwin dengan bunian tu.

Pada aku 2 orang ni memang ada bakat penulisan yang tinggi. Kau bayangkan kita baca pasal pengalaman diorang tapi kita rasa macam ada sekali dalam tu.

Ayat penceritaan yang kemas dan lansung tak membosankan walaupun berkajang-kajang dia tulis. Macam Aishahku tu kita macam terpukau dengan jalan cerita dia yang penuh mistik dan mendebarkan. Seolah-olah kau sendiri berada dialam tu..

Adik yang kerja dekat kebun sawit tu pulak kelakar teruk. Dia cerita pasal kipas dia beli kat shopee je tapi terhibur gila.

Belum lagi pasal dia cerita pasal ladang, pokok sawit, detail penceritaan dia tu buat orang terbayang sampai nak pergi melawat kebun kelapa sawit tempat dia kerja.

Tak silap aku dia orang yang sama cerita pasal kawan dia yang psyco dan menakutkan tu kan?

Aku harap Aishahku dan adik kerja kelapa sawit tu sihat hendaknya. Aku harap diorang dah kahwin dan beranak pinak dan bahagia dengan family diorang sekarang.

Kalau rajin hantar la lagi cerita korang kat IIUM Confession confession ni. Terima kasih kerana sudi menghiburkan kami follower tegar IIUM Confession ni.

Aku akui, dululah! semakin lama aku agak annoying jugak lah dengan admin IIUM Confession sebab selalu post pasal masalah rumahtangga.

Kalau kau orang perasan, setiap kali orang post pasal masalah rumahtangga,akan ada orang komen, ‘tak habis-habis bukak aib sendiri, bukak aib laki, bukak aib family’.

‘Sendiri punya masalah pun nak cerita bagi 1 dunia baca’, ‘admin sila filter sikit cerita-cerita yang berfaedah! Takkan hal rumahtangga je’.

Tapi bila seiring dengan umur yang dewasa, aku mula paham kenapa.

Bila mana terjadi kat kenalan aku sendiri seorang yang ceria, kelakar, positif, tiba-tiba ada enxiety. Tak lama start depression, kena makan ubat selalu dan pernah dia stress tak boleh bendung dia terlebih makan ubat sampai warded. Atas alasan cubaan bunuh diri.

Masa tu aku betul-betul terkejut. Baru lah dia cerita yang dia dah lama makan hati dengan perangai suami dia yang toxic. Perangai suami dia boleh buat dia makan hati dan akhirnya menderita.

Tertekan kat tempat kerja, Mak bapak mertua yang tak paham, lebihkan anak sendiri, mak sendiri yang dah meninggal, bapak pulak kawen lain. Nak diluahkan kat orang takut bukak aib sendiri. Dia pendam sampai sakit dan makan diri sendiri.

Macam yang selalu korang baca kat IIUM Confession ni.

itulah tujuan IIUM Confession confession ni dibuat. Mencari masalah dan mencari jalan penyelesaian masalah secara terbuka dan berhemah.

Kau nak luah kat kawan-kawan tak semestinya kawan kau tu baik. Nak pergi pejabat agama pun kena buat appoinment. Kena jumpa kaunselor kau kena approve by doctor kau dah sakit. Nak luah kat page sendiri lagilah orang kecam.

Silap-silap masalah jadi lagi besar.

Jadi luah dalam IIUM Confession ni. Kat sini takda sapa kenal kau. Takda sapa tau asal usul dan peribadi kau.

Kau takkan mengaibkan sesiapa bilamana kau pun letak nama samaran, dan kau pun bukan letak nama sesiapa pun yang terkait.

Jadi takkan ada isu dan takkan ada sesiapa pun yang merasa teraib selagi mana kau bersembunyi disebalik nama samaran dan tulisan kau dalam IIUM Confession ni.

Cumanya orang yang post kena cekal hati. Kau kena terima komen-komen dengan hati dan minda yang terbuka.

Ada yang mengecam, memuji, paling bagus yang bagi cadangan, dan sokongan dengan ayat yang baik. Yang tukang komen pun janganlah keras sangat komen kau tu.

Orang tu mengadu sebab dah takde tempat nak mengadu kot. Paling-paling kau support jela dengan komen ‘aku harap kau dipermudahkan urusan dan kuat hadap masalah kau ni’. Tu jela pengadu nak pun.

Dia cuma nak sokongan. Kalau kau maki hamun kang silap-silap dia lagi depress. Tak pun kau kena block dengan admin. Pada aku kalau kau rasa takda apa nak cakap kau takyah la komen apa-apa. Skip je bukan admin paksa kau baca pun.

Hahaha!

Tu pun antara yang membezakan IIUM Confession dengan group lain. Hati-hati kalau nak komen.

Lagi 1 orang yang confess kena hati-hati dalam penceritaan kau takut2 cerita kau ada orang perasan dan boleh agak kau sapa. Serius seram!

Tapi yang bagusnya bila post admin approve walaupun cuma ada 10 orang komen tapi mesti ada positif komen yang boleh menaikkan balik semangat tuan confession. Tambah-tambah kalau orang tu ada pengalaman yang sama yang pernah dilalui oleh confession.

Kalau ada yang keras dan kau terasa, mungkin kau patut dengar nasihat yang tegas baru fikiran dan minda kau terbuka.

Ikut lah yang mana baik dan abaikan yang mana toxic.

Orang kata kita takkan faham masalah seseorang tu selagi mana kita tidak berada di dalam kasut orang tersebut. Itu memang betul dan tak dinafikan.

Jadi kepada yang ada masalah jangan disimpan lama-lama sampai makan diri. Kau luah je kat sini. Cuma kena sabar sikit la nanti admin akan post jugak cerita kau ikut turutan.

Dan kepada sesiapa yang ada pengalaman menarik,rare dan pandai mengarang why not korang post kat sini.

Semakin warna warni lah post-post IIUM Confession ni. Takdelah cerita yang sama je kan.

Akhir kata, terima kasih admin IIUM Confession sebab selama ni tanpa jemu post confession. Banyak jugak yang aku dah belajar dan dapat ilmu dari confession mahupun komen orang2 diluar sana.

Semoga IIUM Confession terus kekal succes, maju dan positif. Bukan senang nak filter satu-satu cerita, nak baca komen lagi, nak block orang lagi.

Hahahaha!

Tak lupa pada adik yang kerja dekat state kelapa sawit dan Aishah ku. Please update your life kat sini pleaseeeee…..

Aishahku tu hampir-hampir nak kahwin dengan bunian masa tu. Cuma dia berbelah bagi. Masa tu ramai yang suruh dia berubat dan ramai jugak yang kecam kata dia mereka cerita. Lepastu terus dia senyap.

Pada yang tau cerita pasal Aishaku dan adik kelapa sawit ni boleh suruh admin korek balik cerita diorang. Percayalah korang takkan bosan.

Semoga berbahagia walau dimana saja korang berada.

Assalamualaikum!

– Kak Za (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumcc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *