Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama sekali terima kasih aku ucapkan kepada admin kerana approve confession (lebih kepada perkongsian) dan kepada pembaca IIUM sekalian kerana sudi membaca perkongsian aku.
Aku merupakan bekas mahasiswa tahun pertama di salah sebuah negeri di Borneo. Lebih tepat bekas pelajar Jurusan Kejuruteraan Mekanikal di salah sebuah universiti swasta.
Kisah ini aku cerita sebelum semuanya berlaku.
Bapakku seorang usahawan dalam bidang shipping manakala mak aku memiliki sebuah restoran. Sejak GST diimplementasikan, syarikat bapak aku mengalami kerugiaan yang besar (aku pun tak tahu di mana salahnya). Namun alhamdulillah aku dan mak aku sepakat hendak membantu bapak aku dengan mengeluarkan semua duit pelaburan di dalam ASB dan Public Mutual.
Aku sebagai seorang anak, tatkala ibu bapaku bertanyakan ‘cukup duit belanja?’.Dengan nada penuh konfiden aku akan berkata ya sebab aku tahu ibu bapaku pun di dalam kesusahan lebih-lebih lagi adikku yang berusia 19 tahun pun sedang melanjutkan pelajaran di Universiti (kerajaan) juga. Tatkala aku bertanya kepada ibu aku, macam mana dengan ‘bussiness’ dia akan berkata okey. Ibu aku terlalu rapat dengan aku sehinggakan semua masalah diceritakan kepada aku. Namun aku syak sesuatu yang berlaku; sesuatu yang ‘buruk’.
‘Sebulan berlalu’. Semangat inkuiriku mendorong aku balik rumah untuk mengetahui perkara sebenar. Ibu bapaku tak tahu aku balik. Usai mendarat di airport (berdekatan rumah ~ 10 minit pakai kereta) aku terus meminta pakcik teksi untuk menghantar aku ke pejabat bapak aku di bandar tersebut. Alangkah hiba rasa hati tatkala aku mendapat tahu syarikat bapak aku gulung tikar. Menagis nanah aku beb! Hanya tuhan tahu perasaan aku.
Masa itu, persoalan bagaimanakah keadaan ibu bapaku berlegar di fikiran. Aku terus balik. Sampai ke rumah satu lagi berita buruk aku terima; rumah mak bapak aku disita. Ya Allah! Lemah Longlai badan aku. Bukan kerana aku merasakan keluarga aku ‘broke’ tetapi mengenang nasib ibu dan ayah aku. Fikir punya fikir, aku tekad untuk sengaja menggagalkan exam aku. Exam final! Akhirnya ‘cita-cita’ aku tercapai. Surat layang ku terima dari Kolej menyatakan aku tidak dapat melanjutkan pengajaran.
Mulai saat itu, aku cari kerja. Akhirnya aku mendapat kerja, gaji 1500. Ibu dan bapak aku sedih dengan keputusan aku. Tapi aku buat dekkkk sebab niatku untuk membantu mereka. Restoran mak aku pun tak lama lagi gulung tikar. Sedihnya. Semoga segala pengorbanan aku Allah akan balas dengan kebaikan. Kepada pembaca semua, doakan ekonomi keluarga aku kembali normal semula agar aku dapat menjadi seorang mahasiswa semula.
– Abang Reciptionist
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit