Menggapai SyurgaMu

Assalamualaikum and hai. Aku Mawar. Aku bongsu daripada 4 beradik. 3 perempuan 1 lelaki.

Sebenarnya aku pendam dah lama tapi makin lama aku tak mampu nk tanggung sorang jadi aku memilih untuk bercerita kat sini.

Cerita tentang seorang ibu. Aku tak rapat dengan mak aku sebab aku dijaga oleh pengasuh sejak kecil.

Disebabkan aku ada sorang abang jadi aku bukanlah anak favourite mak aku. Hidup aku pun tiada apa yang boleh dibanggakan sebab aku kerja biasa².

3 tahun lepas mak aku jatuh sakit. Sebab itu aku ambil keputusan berhenti kerja untuk jaga mak ayah aku dikampung.

Aku dah berkahwin jadi aku dan suami sepakat untuk tinggal serumah bersama mak dan ayah aku. Rumah sendiri aku biarkan tak berpenghuni memandangkan rumah tersebut hadiah daripada ayah aku.

Rumah aku terletak tak jauh dari kampung tetapi mak aku memerlukan penjagaan penuh jadinya aku pindah duduk dengan mak ayah.

Baru² ni mak aku dimasukkan ke wad akibat komplikasi jangkitan mata. Jadinya aku la yang teman mak aku dihospital.

Hubungan aku dan mak aku biasa² je walaupun aku yang menguruskan dia 24/7.

Aku dah terbiasa dimarah, dipandang rendah sebab aku tau mak memang suka banding² kan aku dan abang. Kakak aku duduk jauh jadi diorang jarang balik ke kampung.

Korang mesti pernah dengar ayat anak yang jaga mak ayah lebih banyak dosa daripada pahala kan? Ye.. itu yang aku rasa sekarang.

Mak aku pernah warded lama kat hospital, jadi aku la yang teman tidur kat hospital.

Aku yang uruskan bil wad mak aku, tidur dalam keadaan xselesa sebab nk teman mak aku.

Biasalah bila dah lama sangat dalam wad, mesti jadi letih sebab tempat xselesa dan keadaan itu punca mak aku marah² aku tanpa sebab.

Aku ingat ada suatu pagi ni ada cleaner yang akan datang bersihkan mop lantai wad. Masa tu kebetulan aku sibuk kemaskan tempat tidur aku sebab aku tidur atas lantai sebelah katil wad mak aku.

Jadi bila aku sibuk lipat alas aku tak bergerak daripada tempat aku berdiri. Aku biar cleaner tu bersihkan tempat yang lapang dan aku taknak kotorkan lantai yang dia dah mop.

Mak aku yang nampak kejadian tu mak aku marah aku sebab dia cakap aku tak hormat kerja cleaner tu. Maksudnya macam aku tak beralih tempat uuntuk dia mop kawasan tempat tidur aku tu.

Aku balas balik kt mak aku, bukannya tak hormat tapi aku sendiri tengah kemas lipat alas tu, aku tak kotorkan pijak² lantai tu pun.

Kebetulan semasa cleaner tu mop area aku tu, masa tu jugak mak aku suruh carikan barang dia, suruh tuang air.
Aku suruh mak aku sabar, aku pun ada kerja dan aku terungkit mak aku suruh buat macam² lagi.

Tetiba mak aku cakap lepas ni aku tak payah jaga dia kat wad dah, pergi balik sebab nurse pun ada boleh jaga dia. Aku teremosi jadinya aku terus turun untuk keluar beli makanan.

Aku menangis sorang² sampai aku dah tenang baru aku pergi ke cafe.

Lepas balik cafe, aku cuba berborak dengan mak aku tapi mak aku tak balas semua pertanyaan aku.

Aku cerita yang aku dapat emel untuk ujian jadi pegawai anti dadah. Walaupun ianya baru peringkat ujian awal tapi aku excited nak share dengan mak aku

Jawapan mak aku lagi buatkan aku sedih dan speechless. Mak aku cakap aku tak layak sebab bukan berkaitan dengan apa yang aku belajar. Mak aku tuduh tu cuma scammer.

Aku rasa sedih sangat umpama aku nak dapat kasih sayang dia terlalu jauh. Apa pun yang aku buat, mak aku tak pernah bagi perhatian.

Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk jadi anak yang baik. Tapi aku macam takde nilai dimata mak aku.

Aku korbankan macam² untuk dia, aku berhenti kerja, aku korek simpanan aku untuk bil perubatan dia tapi mak aku tetap tak nampak itu semua.

Aku memang dah pasrah. Hari² aku pujuk diri aku sendiri, biarlah Allah saja yang tahu. Aku sampai dah kering air mata untuk aku tahan semua sakit ni.

Banyak lagi yang berlaku, cukup aku cerita sampai sini je dulu ye.

Doakan aku sabar dan tabah untuk jaga mak ayah aku ye.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sabar lah Mawar.. ramai ibubapa yg nk kan ank spt awk, tp x dpt pon.. ibu awk patut rasa ‘syukur’ ada ank yg ingin mengambil berat tentang dirinya, tp mungkin dia x ‘nampak’ kebaikan awak tu.. xpe, teruskn berbuat baik, kerana Allah tetap nmpak akan segala perbuatan dan niat.. mngkin ini adalah ‘ujian’ utk awk, utk menilai keikhlasan awk.. teruskan berbakti kpd ibu dan juga org lain, insha Allah, suatu hari nt, mrk dapat menilai yg mne intan atau pon kaca.. wallahua’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *