Menggapai Upaya

Assalamualaikum dan hi pembaca sekalian. Saya Dan (bukan nama sebenar) saja nak berkongsi pasal kehidupan. Usia sekarang beberapa tahun nak cecah 30. Sekarang saya bekerja dalam masa sama masih belajar.

Kebetulan sekarang kan baru keluar result SPM, saya baca macam-macam respon dan luahan kegembiraan setakat mana yang sempat.

Cuma cerita saya, saya sekarang baru rasa macam sudah mula dapatkan ketenangan hidup dalam semua aspek penting,

Ilmu – masih konsisten dapat mengikuti pengajian,

Pendapatan – cecah hampir 4k sebulan dengan buat kerja dan belajar dua-dua sebagai full-time,

kerohanian – dapat konsisten perhati dan baiki yang mana kurang.

Saya rasa tiga bahagian ini sudah cukup untuk saya sebut di sini.

Pembaca mesti tahu macam mana rasa bila kita selalu usaha, tapi banyak kali tersadung. Lagi-lagi bila dalam tempoh yang panjang tu kita dah cuba baiki banyak kali sampai tak terkira.

Saya nak cerita ni untuk luahkan betapa syukur saya rasa kali ni, lepas lalui tempoh yang sangat panjang dan sangat penting dalam hidup, kalau orang berusia 25 yang dipandang tinggi semestinya akan berkait dengan usia 18 – 24 iaitu dalam tempoh sedang belajar 1st degree.

Tapi saya dalam tempoh tu, rasa azab tak tahu nak cakap. Detik hitam saya bermula ketika fasa sekitar zaman result spm.

Saya memang dapat result tinggi, 3B+ (selebihnya 8 semua A) walaupun kesemua 3 subjek tu hanya masuk dengan persediaan yang dibuat dalam tempoh 1 bulan sebelum + dan dah macam langsung tak ada sentuhan terakhir untuk final tu.

Masa paper SPM tu la mulanya bibit-bibit ujian. Saya tak perasan sebab ianya halus dan hanya nampak melalui penelitian untuk tempoh yang memakan masa banyak tahun.

Sebab keadaan saya tak stabil, saya kerap berpindah dari satu ke satu benda sampai orang selalu pertikai. Kenapa saya buat macam tu, kenapa saya buat macam ni.

Setiap kali kena, setiap kali tu saya rasa frust. Dalam 2 @ 3 tahun pertama usia 20-an, saya cuba untuk ikuti rawatan psikiatri, tapi hanya daftar sahaja tapi tak sempat pergi appointment. Lepas tu saya biar.

Sampai dalam 2 tahun kemudian, saya betul-betul dah tak tahan dan daftarkan diri dengan hospital lain. Sebelum daftarkan tu seingat saya, saya masuk bahagian kecemasan sebab keadaan dah tak mampu saya kawal.

Masa di kecemasan tu, doktor yang cek saya bagitahu saya ada sekian-sekian disorder.

Sejak sekitar dari situ, baru saya faham semua benda yang berlaku kat saya sebelum ni. Ketidakupayaan diri bila kita guna cara macam orang biasa untuk hadap ketidakseimbangan yang kita rasa.

Ingatkan orang lain yang tak ada penyakit pun kena, rupanya silap. Dari masa ke semasa, selepas saya cuba tambah ilmu cara pengurusan kesihatan mental, kehidupan saya berubah sangat laju.

Tak dinafikan, ada hal yang saya kena abaikan walaupun ia dalam kategori penting –

Kebiasaannya sebab mengikut pengalaman saya hal tu memang akan ambil mental energy dan boleh buat saya tidak stabil dan ketidakstabilan tu musuh utama saya sebab dia akan bawa ke rantaian masalah.

Jadi sebab saya kira saya masih dalam tempoh 2 tahun pertama pulih, pemulihan yang beransur-ansur tetapi kukuh lebih saya perlu berbanding kesempurnaan segera.

Walau bagaimanapun, saya masih perasan yang disorder sebelum ini belum lagi hilang sepenuhnya. Saya tak berani nak nafikan kelainan dalam kepala saya sebab bahaya yang akan datang bila saya anggap diri saya normal sangat dahsyat.

Sebelum ni saya dah buat, kesan dia saya tak mampu nak tanggung apatah lagi bila mengambil kira usia saya dah nak cecah 30 dalam masa beberapa tahun lagi.

Melalui pemerhatian sekeliling, saya lihat ada yang terpaksa menanggung bermacam masalah yang titik mulanya dari usia seperti lingkungan usia saya sekarang ini. Jadi, cukuplah apa yang sudah saya rasai terhenti setakat ini.

Disebabkan kesedaran ini jugalah, saya buat pertimbangan untuk libatkan diri sebagai pekerja sepenuh masa dan terpaksa korbankan keinginan saya untuk semata-mata luangkan masa sepenuhnya untuk belajar.

Keputusan yang berat, tetapi tanggungjawab untuk menjadi pekerja sudah pun diambil dan Tuhan pula sudah mengizinkan saya untuk dapat hasil kerja yang tak pernah saya jangka sebelum ini.

Sebagai seorang yang masih hidup sendirian, jumlah pendapatan itu sangat banyak. Dengan mudah saya dapat simpan 2500 – 3k sebulan. Apa pendapat pembaca? Saya tiada niat untuk flex.

Cuma sebab sebelum ni, selalu sangat kena pandang hina jadi rasa macam buat masa ni saya dah buktikan yang saya berjaya bangkit.

Kerja saya ni pun bukan orang biasa dengar sebab bukan kerja mainstream dan kalau orang menyembang dengan saya pun bila dia dengar nama kerja, dia tak tanya lebih pun.

Oh ya, yang penting kerja saya ni dapat dibuat walau saya berada di mana-mana. Yes, working remotely. Cuma jujurnya sebelum saya dapat posisi ni, saya kerja secara free hampir setengah tahun sebab masa tu masuk bahagian kerja yang dibayar mengikut komisyen.

Kelebihan saya sebagai pelajar yang dapat biasiswa memberi kemampuan untuk saya bekerja untuk timba pengalaman terlebih dahulu – sebab tujuan saya kerja selepas saya mula pulih juga adalah untuk bina disiplin mengikut cara kerja bermasyarakat.

Mungkin saya boleh bina disiplin kalau sibuk dengan urusan sendiri, tapi apalah sangat hasilnya sebab diri sendiri yang menilai.

Secara prinsipalnya, saya rasa saya cuma guna teknik sama yang saya buat untuk capai result SPM, result satu peperiksaan awam setara diploma (yang ini saya dapat semua A) dan topup sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman jatuh naik.

Untuk jangka masa kelima tahun, saya harap dapat grad dengan kelas pertama, capai financial freedom dan konsisten belajar sama ada dari segi topup ilmu keduniaan mahupun akhirat.

Achievable ke? Haha, saya tak berani nak jamin sebab pengalaman-pengalaman lepas yang sangat menggerunkan.

Cuma, saya rasa saya perlu kejar untuk saya lengkapkan diri dengan pengalaman melatih diri capai target walaupun ada “benda” dalam kepala supaya nanti saya boleh guna kaedah yang sama untuk tahun keenam dan seterusnya.

Kalau tak berjaya, saya boleh ubah suai yang mana sepatutnya. Akhir sekali saya berterima kasih sudi baca dan sudi bagi feedback di komen.

Semoga Allah perbaiki urusan kita semua dan umat Islam seluruhnya.

– Dan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *