“Menggeletis Ye Korang Bila Jumpa Lain Jantina.”

Assalamualaikum.

Terima kasih admin kalau siarkan confession ni.

Aku bukan tergolong dalam golongan yg baik sangat, tapi alhamdulillah masih boleh dikira baik la jugak (perasan sendiri). Confession aku ni cuma sebab aku wondering je. Okay let me start with this.

Budak usrah atau jemaah ni for sure ada group whatsapp dan pastinya terisi dengan tazkirah, nasihat dan segala perkara yang baik. Alhamdulillah, kenyang rohani berbanding dengan aku ni yang so-so je. Tapi kenapa perangai yang berusrah masih lagi tak ada beza dengan budak yang tak join? Korang cuma bincang soal kahwin muda je ke dalam group whatsapp tu? Aku cakap ni sebab ada case yang terlalu panjang untuk diceritakan. Secara ringkasnya, budak usrah atau jemaah ni sepatutnya tunjukkan satu perangai dan sikap yg baik la kan kalau tak macam mana nak dakwah kalau korang punya perangai saling tak tumpah dengan orang yang tak join? Walhal Rasulullah sendiri tunjukkan akhlak yg baik dalam berdakwah, korang kan sepatutnya lagi mahir bab ni?

Lagi satu, apa aku perasan. Budak budak islamik ni memang jenis yang menggeletis bila jumpa jantina yang berlawanan ke? Lagi lagi kalau lelaki tu budak Islamik jugak. Amboi dia punya gedik boleh tahan dan boleh pergi jauh. Allahu sister. Tapi bila jumpa yang tak berapa Islamik ni dia like jaga ikhtilat sikit. Memang boleh ke begitu wahai sister dan brother sekalian?

Ha part ni paling best. Jenis Islamik ni dia gatal merenyam sikit kalau sebut pasal kahwin atau nikah. Lagi lagi kalau nikah muda. Ape kehey yop? Memang digalakkan kot untuk kahwin muda, memang tu je point agaknya bila tengah berbulatan gembira. Rimas pulak mata tengok geletis dia.

Next, boleh tak jangan anggap awak je sorang yang nak ke syurga? Macam awak sorang je ahli sorga. Perangai macam dia je baik. Selalu je orang complaint aku rasa. Memang budak Islamik ni suka sangat sangat buat muka “kau tak layak” bila nampak orang yang tak berapa nak baik pergi surau ke? What’s wrong with you? Kau punya perangai macamtu lagi membuatkan orang rasa malas nak pergi surau. Berubahlah.

Dan yang terakhir, kadang kadang sama Islamik pon nak bergaduh padahal niat nak berdakwah. Dia memang tak boleh campur ke kalau berlainan kumpulan tapi tujuan yg sama? Susah betul aku nak explain part ni. Blergh.

Ok tipu je yang ni baru terakhir. Menipu. Kat ipt aku ni ada satu kumpulan Islamik ni yang mana sangat berahsia dan sanggup menipu. Dia macam ni. Biasalah kan kalau mana mana persatuan ke kumpulan mesti akan ada meeting, halaqah ke apa apa lah. Ha kat sini bila kami yang bukan ahli ni tanya hang nak pi mana? Haaa tudiaaa tak pernah dia nak jujur mesti konar tempat lain. Pasaipa pon ceq taktau. Macam kami ni bukan orang Islam pulak yg nak berahsia sangat. Jawab je lah pergi meeting apa susah sangat. Takda makna aku nak tanya apa ko bincang dalam meeting tu!

Okay, cukuplah ni. Terima kasih daun keladi.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit