Assalamualaikum IIUMC readers. Aku merupakan seorang pensyarah di utara tanah air, berusia dalam 30an. Aku dah kahwin dekat 10 tahun dan ada ramai anak yang agak rapat. Seorang baru sahaja masuk sekolah rendah dan yang paling kecil belum sampai lagi setahun.
Posting ni adalah lebih berkisarkan suami dan saya memohon pandangan anda semua sebab saya sangat keliru dengan sikap suami.
Sebenarnya suami dah pernah cari calon sendiri sebelum ni lagi. Dia pernah berkawan dengan kawan office dia sampai bercita-cita nak kahwin dengan Miss N tu. Miss N ni masih lagi bujang dan baik orang nya.
Aku cakap baik ni sebab dia nampak macam hormat aku even aku memang tak rela nak terima madu pun masa tu. Aku dah ada dua anak masa tu. Kecik-kecik lagi pulak tu. Aku cuma berdoa la semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik.
Jodoh mereka tak panjang sebab Miss N punya family memang menentang habis-habisan dan diorang cepat-cepat kahwinkan dia dengan orang lain. Aku tengok diorang dah bahagia pun dan beranak pinak.
Aku ingat suami dah insaf la dengan meletakkan anak dan keluarga nombor satu lepas tu. Namun tak berpanjangan. Lepas beberapa tahun, semasa tengah berpantang anak keempat, husband terus terang dia tengah mengenali seseorang semasa aku tengah berpantang.
Anak aku ramai jugak, so mungkin dia ingat aku tak akan meroyan teruk sebab dah biasa bersalin. Bersalin dan menjaga diri selepas bersalin tu tak mudah yer. Lagi-lagi bila aku berpantang jauh di kampung jauh daripada dia.
Memang Allah sahaja yang tahu macam mana aku memendam perasaan fikir macam-macam seorang diri. Dah dia pun jauh kan. Aku duk pikir apa lah kurang nya aku ni, dia duk buat mcm ni.
Alhamdulillah, aku dah lepas pantang dan dah balik duduk bersama dengan suami. Masa dah balik ni, aku banyak jugak denga ceramah agama. Ustazah Asma’ Harun antara penceramah yang buatkan hati aku jadi tenang. Ada satu ceramah tu dia ada mention yang tak semua perempuan boleh redha bila suami nak kahwin lain.
Jadi kalau kita tak setuju dan tak redha, kita tak berdosa pun. Ada lah tu hikmah dan sebab dia. Ini membuatkan aku terus terang dengan suami yang aku memang tak boleh terima perempuan tu.
Hati aku sakit sebab perempuan tu macam takde perasaan hormat dekat aku. Tak tahu malu dan anggap suami aku macam pakwe dia dah. Aku cakap dekat dia kalau dia nak sangat aku terima, doa lah banyak-banyak dekat Allah. Sebab Dia yang pegang hati kita ni.
Sejak daripada tu nampak suami aku ni macam dah jauhkan diri daripada perempuan tu. Tapi mereka masih berkawan. Tu yang membuatkan hati aku ni masih resah gelisah. Dan perempuan tu of course masih lagi berharap. Suami aku memang layan dia biasa je masalahnye perempuan tu masih tak berubah.
Aku dah nasihat macam-macam kat perempuan tu suruh berhenti mengharap tapi tak guna. Sama je lagi. Aku tak paham kenapa suami aku tak boleh nak berhenti je kawan dengan dia. Jangan layan terus. Ego mungkin?
Mungkin ada silap aku sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak pikir sangat pasal suami aku. Alhamdulillah, kat rumah ada pembantu jadi aku tak terkejar-kejar sangat dengan urusan sekolah anak-anak dan baby kecik tu. Cuma kalau pembantu bercuti, memang suami aku tak pandai sangat nak bantu uruskan hal-hal rumah ni.
Adakah sebab ni jugak dia rasa kahwin ni senang? Suami aku pulak sangat pentingkan kerja dia. Memang kebanyakan masa dia akan sibuk dengan kerja siang dan malam. Masa hujung minggu pun dia akan kerja. Ni jugak antara sebab aku tak rela lagi suami aku nak kahwin lagi.
Aku tak tahu lah ape kesudahan kisah kami ni. Aku rasa suami masih berharap untuk aku redha. Perempuan tu lagi lah. Aku tak boleh lah nak berbaik dengan dia ni. Aku ada anak-anak yang kecik lagi dan masing-masing perlukan kasih sayang yang cukup. Aku pun perlukan masa untuk build career aku.
Aku harap penceraian bukan jawapan untuk kes kami ini sebab suami sangat sayangkan anak-anak. Aku nak minta korang semua doakan lah aku ni supaya terus diberi kekuatan dan kemudahan untuk bersama keluarga yang tersayang ni.
Yang benar,
– J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit