Assalammualaikum….. Tujuan aku nak confess kat sini nothing serius tapi aku nak cuba kot2 bila aku luahkan kat sini insyaallah perasaan ni boleh beransur pulih.
Aku berumur awal 30 an, bekerja dan akan berkahwin (tolong doa ye walaupun tak berapa nak jelas lagi masa depan tu.. hihi..). Seumur hidup, aku tak pernah menjalinkan hubungan serius dengan mana2 lelaki, kawan2 tu adalah. Dari zaman2 belajar sampailah ke alam pekerjaan.
Kisah ni bermula bila aku dapat call dari saudara aku yang nak kenalkan aku dengan kawan dia sebab kawan dia yang minta tolong carikan, kiranya rakan sekerja dia la. Aku pun rasa macam dah bersedia to the next chapter dalam hidup aku.
Dari penerangan saudara aku, lelaki ni (aku namakan dia K) macam dah serius untuk cari calon isteri dan dah bersedia bila-bila masa untuk mendirikan rumah tangga.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku menyambut baik hajat K. Aku bersetuju untuk tukar2 nombor telefon dan bertaaruf. Selang 4 hari lepas tu, start la dapat mesej dari K dan kami pun berkenalan la.
2 hari kemudian, saudara aku bagitahu yang K dengan family dia nak jumpa. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku untuk mana2 lelaki yang nak berkenalan, aku nak dengan cara jumpa family aku (itu yang terbaik).
Kiranya macam merisik la PADA AKU sebab masa ni kan diharuskan untuk tengok puas2 kalau berkenan kemudian proceed sebab aku taknak couple2 ni maklumlah aku ni perempuan yang biasa2 saja ilmu agamanya takut nanti tak terkawal nafsu tak terjaga iman.
Sekarang mungkin kata yakin mampu jaga iktilat tapi bila dah berhadapan nanti Allah Maha Mengetahui. Cuma bila aku tanya K pasal perjumpaan ni ayat K “yelah ayah awak (aku) yang nak jumpa” whattttt? mane 1 ni.
Bila K cakap ayah aku yang nak jumpa, jadi aku rasa macam akan menyusahkan dia sebab tempat kerja dia berlainan negeri so nak kena balik (family dia 1 daerah dengan saudara aku) semata-mata sebab AYAH aku yang nak jumpa dan semata-mata nak JUMPA saja bukan nak merisik ke bertunang ke ape.
Sampai la hari kejadian, masa tu Allah saja yang tahu rasa nak hilang saja dalam angin (alhamdulillah merasa juga moment malu2 ni, kot la takde rezeki lepas ni). Malu, rasa jantung dekat perut, pundi kencing terlebih bekerja dan segala macam la.
Tapi, ada soalan ayah aku yang membuatkan aku macam terasa dengan jawapan K.
Ayah aku tanya ada plan ke lepas2 ni nak tukar tempat kerja dekat-dekat sini (aku rasa ayat ayah aku tu bergurau kot2 la ade jodoh dengan aku nanti nak ke pindah balik negeri sendiri) dan jawapan K dengan tegasnya “owh memang takde plan pun nak tukar2 tempat kerja ni”..ermmm.. ok..
Perkenalan dah masuk minggu yang ke 2 dan sepanjang kitaorang mesej2 tu aku rasa macam takde pun untuk ke arah yang lebih serius. Dia mesej tapi takde sentuh pasal aku sangat.
Banyak berkisar pasal dia itupun sebab selalu aku yang akan tanya pasal kerja dia, life dia dan lama2 tu semua SEBAB aku yang tanya (aku rasa bila dah takde ape2 ni dia tak banyak tahu rasanya pasal kerja aku, family aku, life aku).
Jadi nye, setiap kali mesej takde benda baru yang aku dapat melainkan dah makan ke belum, bla..bla.. dan aku rasa aku pula yang terhengeh2. Aku tak tahu la dia nak serius ke tak dengan perkenalan ni.
Bila hubungan masih tak jelas aku tebalkan muka tanya K andai aku dengan dia berjodoh boleh ke terima kalau isteri nak kerja lepas kahwin sebab aku ada komitmen nak kena settle sementara nak dapatkan kerja lain dekat tempat dia (konon2 nya) dan tengok keadaan sekarang ni bukan senang untuk dapatkan kerja kalau nak berhenti.
dan pada aku apa yang paling rasional masa ni adalah untuk PJJ (ye aku tahu bukan senang juga nak berPJJ) cuma aku yakin andai berjodoh Allah pasti akan mudahkan segalanya.
Tiada masalah untuk isu ini, jawapan K pada soalan aku menampakkan yang ada tolak ansur, tiada halangan dan dia faham. Kiranya soalan aku tu menunjukkan yang aku serius la kalau ade jodoh nak kahwin dengan dia giteww. Tapi perkara yang aku rasa serius habis macam tu saja (malunye lah aku bila fikir2 balik).
Aku faham kalau dia masih nak kenal lebih lanjut zaman sekarang ni manusia macam2 tapi sampai bila dan takde tanya yang penting2 pun. Ke aku yang desperate?. Masa dah minggu ke 3, K call aku secara tiba2 tapi aku tak angkat sebab aku kat luar bilik tak dengar.
Aku cakap sorry bagai dan bagitau insyaallah lain kali sebab masa tu aku tak bersedia lagi untuk AKU call dia semula. Lepas pada tu K mesej aku minta izin yang dia nak call aku nak borak2. Ok la kali ni boleh la aku bersedia walaupun sebenarnya berat hati juga sebab bukan senang nak jaga iktilat ni.
Bila dia call, aku ingat ada la benda baru atau serius tapi benda yang biasa2 juga. Aku tak suka live call conversation sebab aku tak suka awkward moment nak2 bila bercakap dengan berlawanan jantina ni. Akward moment tu macam tak tahu nak tanya, borak, cakap apa tiba2 diam so aku nak cepat2 end call.
Lagi 1, sepanjang 2 3 kali call tu aku rase aku saja yang banyak bercakap walaupun K yang call aku dulu. Bila aku dah tak bercakap K pun akan diam takde pun nak tanya aku dengan soalan2 lain dan itu membuatkan aku nak cepat2 end call.
Dan bila itu berlaku, aku rasa bersalah dan aku mesej dia minta maaf sebab aku tak tahu dah nak borak2 apa dan jawapan dia “bila call ni just nak borak2 saja nak kenal dengan lebih lanjut”. Bila dia bagi ayat tu aku be like what, dah kalau macam tu kenapa dari dia tak macam ape yang dia nak pun.
Dah takkan aku saja yang nak tanye, aku pun dah mati kutu, dah masing2 senyap baik end saja call saja kan. 1 lagi, K suka nak bervideo call dan setiap kali itulah aku tak pernah jawab sebabnya aku nak jaga iktilat dah banyak aku tengok kawan2 aku bila diaorang bervideo call dengan pasangan masing2 yang background agama pun kecundang.
Mungkin niat K tak macam prasangka aku, tapi aku yang tak yakin dengan diri aku sendiri dan ya aku tahu ber “call” tu pun dah jauh dari nak jaga tapi sekurang-kurangnya aku tak nak berlebih-lebih sampai nak bervideo call.
Klimaks dari perhubungan aku yang tak sampai sebulan jagung ni adalah start dalam 1 minggu ni, K on off mesej aku. Isnin mesej 2 3 ketul ayat then sampailah hari tak silap aku Rabu. Hari Rabu tu aku yang start mesej dulu.
Tapi dia balas macam bukan kebiasaan bila kitaorang mesej (aku notis pattern K bila kita orang mesej macam mana).
So, hari tu aku dah start overthinking (women big problems, for me atleast) yang aku ada silap cakap ke atau dia dah mula fikir secara serius pasal nak PJJ tu ke, atau dia dah tak berminat, atau dia dah dapat jawapan istikharah dan bla.. bla..
Rabu malam tu aku bulatkan hati aku nak tanya, kiranya kalau habis-habislah. Aku sekarang dalam fasa umur yang nak straight to the point saja nak then nak, taknak sudahlah. Mula2 soalan aku adalah dia ok ke tak, jawapan dia “ok ke tak ok buat2 ok” (aku tak boleh brain lagi masa ni).
Akupun tanya lagi salah aku ke, ada apa2 yang aku perlu tahu ke dan jawapan dia “bukan salah awak lah, tak cakap apa2 pun kan”. Banyak benda aku fikir masa ni dah kenapa macam tu ayatnya ke memang ada salah aku.
Lepas dia cakap macam tu aku dah rasa makin hilang hormat dekat dia. Sebelum ni aku cuba jadi orang yang sentiasa meletakkan hormat pada setiap ayat sebab usia dia salah satunya. Masa tu aku nak balas tapi aku taip then aku padam balik.
Lama aku fikir kalau aku balas keadaan mungkin akan jadi bertambah tegang walaupun ayat aku susun cantik2 supaya tak menampakkan yang aku pun nak marah. Lama aku diam dan last dia mesej kata “lain kali la chat semula”.
Dalam cerita ni hanya ada aku dengan dia saja. Sebelum ni dia langsung tak pernah nak kongsi dengan aku apa2 yang dia ada masalah ke, tengah stress ke
(Aku faham status hubungan dan masa kita orang kenal mungkin tak sesuai lagi nak kongsi segala macam kan) tapi apalah salahnya atleast cakap dengan aku tolong bagi dia masa nanti dia contact semula ke.
Aku mana ade ilmu psikik yang tahu keadaan dia atau nak teka2 dia ada masalah apa. Aku pun baru wei dengan benda2 ni.
Aku faham sangat kalau dia tak nak contact 2 3 hari pun takpe untuk settle masalah dia (lelaki kan tak suka share) aku bukan budak2 nak merengek atau nak attention 24 jam,
dan yang buat aku terkilan sangat bila dia langsung tak contact lepas daripada tu tapi dia ada saja update status2 dia dan status2 tu tak menampakkan yang dia ada masalah pun sebab tu aku assume yang dia tak peduli pun apa yang aku rasa.
Situasi ni sampailah ke hari Sabtu pagi aku dapat mesej dari K dia bagi seketul salam.
Masa ni aku outstation kena ke selatan dan aku drive sendiri jadinya aku baca mesej dia dah petang dan aku bluetick kan saja dengan niat aku nak acah2 merajuk dan terasa hati dan dengan harapan yang dia notis la yang aku ni macam tipikal perempuan2 yang lain merajuk dan segala macam.
Tapi hampa, siapalah aku (haha), jadi malam tu aku pun jawab mesej dia juga dengan seketul salam. Lepas tu K diam saja sampai ke sudah.
Sampai 1 tahap aku rasa aku nak end kan benda ni (serabut la). Kalau dah tak berminat nak buat macam manakan. So selang 2 hari lepas tu aku mesej aku tanya dia busy ke ayat dia “dia kena outstation”. 2 hari lagi lepas tu aku tanya lagi dia busy ke “ha ah dia ada kerja”.
2 hari lagi lepas tu aku tanya lagi (try hard betul aku) busy ke tapi kali ni aku tanya lepas maghrib sebab biasanya aktiviti kita terhad waktu ni kalau dia nak mengelak pun. Dia balas yang dia ada dekat surau tapi aku bulatkan nak juga jawapan masa tu.
Aku tanye dia keadaan “kita” ni sebenarnya macam mana, nak selesaikan ke atau memang nak diamkan saja sampai ke sudah then pandai masing-masing lah bawa diri atau dah tak berminat ke nak teruskan (masa ni aku telankan juga ego aku kalau sebelum2 ni orang taknak mesej aku 1000 kali la aku takkan mesej).
Jawapan dia “buat MASA NI dia tak tahu nak luahkan macam mana dan buat masa sekarang dia nak buat semua aktiviti sorang2”.
Ya Allah, dalam kepala aku masa ni kenapa lah aku terima perkenalan ni kalau semata-mata nak disakiti (giteww) dan yang menyedihkan juga bila K dah ghosted kan aku start dari hari tu sampai la sekarang (haha).
Umur bukanlah pengukur kematangan seseorang. Disebabkan benda yang terlalu remeh tapi bila takde komunikasi memang akan fail.
Minggu pertama lepas aku di ghostedkan aku masih menharap yang dia akan mesej semula untuk minta maaf dan explain kenapa dan kenapa tapi hampa. Minggu ke 2, aku mengharap lagi yang dia akan mesej just explain tak perlu nak minta2 maaf mungkin pada dia takde salah, tapi hampa.
Minggu ke 3 aku masih lagi mengharap yang dia akan mesej bagitahu aku yang dia dah tak berminat untuk teruskan perkenalan ni tapi.. erm.. Aku tersedar yang aku silap besar sebab mengharap pada yang tak selayaknya memberi harapan pun.
Walaupun pengharapan aku taklah setinggi gunung akan perkenalan ni tapi tetap memberi kesan dekat aku sebab dia orang pertama yang aku betul2 buka hati untuk serius. Allah sebaik baik perancang bilamana saat kita yakin yang dia adalah jodoh kita tapi Allah yang Maha Mengetahui.
Hikmahnya dalam persinggahan ni, sekarang aku ikhtiar dan bulatkan pengharapan aku pada yang selayaknya Pemberi Harapan dan aku bergantung sepenuhnya pada Dia soal jodoh ni.
Aku dalam fasa perbaiki dan dekatkan diri aku pada Dia. Doakan aku ye pembaca semua untuk aku terus istiqomah.
Aku nak share yang Ustazah Norhafizah Musa bilamana kita terasa hati dengan orang kita cepat2 doa macam ni Ya Allah ampunilah kami,
Ya Allah kasihanilah kami, Ya Allah terimalah taubat kami. Aamiin.
– Khadijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit