Mengharapkan Pengeluaran KWSP Bersasar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Julia (bukan nama sebenar). Aku nak kongsi kisah aku yang telah masuk tahun ke 3 menganggur.

Aku berhenti kerja kerana tekanan yang sangat tinggi, sehinggakan rumahtangga aku hampir musnah. Aku lalai dalam tanggungjawab terhadap suami dan keluarga.

Gaji aku mencecah 5k sebulan. Aku hampir tekanan sehinggakan satu saat tu, aku dah tak boleh berjumpa orang.

Aku takut, aku menggigil, aku hanya mengurung diri dalam bilik. Deringan telefon office boleh mengakibatkan aku jadi macam tu.

Di sebabkan bebanan kerja yang sangat teruk, dan aku nak selamatkan rumahtangga aku. Aku berhenti, tanpa ada titik penyesalan.

Ketika tu, aku yakin ada rezeki di tempat lain, yang tidak seperti tempat kerja lama. (maksud aku tekanan)

Setiap tempat kerja sememangnya ada tekanan, tapi tekanan ini berbeza. Hanya Allah yang tahu macam mana keadaan aku.

Perkiraan aku tersasar jauh. Aku menganggur. Aku mencari kerja, bersungguh2. Tiada khabar dari setiap interview yang aku dah pergi,

Ada yang nak offer aku meletakkan nilai aku serendah2 nya. Nilai harga pengalaman aku di letak 1.5k – 2k, tiada OT atau allowance. Sedangkan komitmen aku setiap bulan adalah tinggi.

Bersyukur ketika itu, TSMY memberikan pengeluaran KWSP BERSASAR. Maka dengan KWSP tu lah aku menanggung komitmen aku yang berjumlah 2.8k. Berbekal kan juga sedikit simpanan dan wang ASB.

Alhamdulillah. Aku dapat survive. Tapi semua tu berakhir setelah KWSP pengeluaran terakhir pada tahun 2022 bulan 4.

Masa tu aku dah tak tahu nak buat apa. Segala kerja yang aku mohon, tak mampu memberikan gaji seperti sebelum ini.

Aku jadi sangat tertekan. Aku tak sanggup nak tengok suami aku, sebab dia dah bekerja 24 jam sehari hanya untuk membantu aku.

Aku memang seorang yang independent. Aku tak pernah membeban kan dia, ketika aku bekerja, aku akan bantu dia sebab aku tak nak dia terbeban.

Dia hanya bekerja biasa. Dan mengambil kerja part time sebagai penghantar makanan. Bayangkan bagaimana dia bekerja setiap hari. Untuk tanggung hutang aku, hutang rumah. Perbelanjaan dapur, bil api, bil air.

Sesak dada aku, bila aku tengok dia susah.. barang kemas, segala yang boleh aku jual, semua aku dah jual.

Aku mengharapkan pengeluaran KWSP, hutang dengan bank, hutang dengan family.

Aku dah tak tahu mana nak cari dan nak selesaikan.

Sekiranya pengeluaran KWSP di benarkan, sekurang2nya dapat meringankan beban aku. Dapat aku selesaikan hutang dengan family aku terutamanya. Dan selesaikan hutang2 dengan bank.

Luahan aku hanya untuk melepaskan segala sesak di dada dan benak fikiran aku. Maaf sekiranya ayat aku tunggang terbalik.. Doakan aku.

Doakan aku kuat untuk mengharungi hidup ini. Terima kasih.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *