Ibu & bapa, dari situ datangnya kita. Aku rasa terpanggil untuk kongsikan satu cerita, selepas baca satu confession tentang menghargai ibu. I salute you sis. Banyak pedoman yang boleh diambil dari cerita tersebut. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/menghargai-mak/).
Okay, itu mukadimahnya. Mungkin cerita ini juga boleh dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.
Aku datang dari keluarga yang susah, orang luar bandar di pantai timur. Kais pagi makan pagi kata orang, tapi Alhamdulillah mak abah besarkan kami dengan cukup baik sekali.
Sepanjang membesar aku tak pernah rasakan kesusahan itu, cuma bila dah dewasa (mid 30s), aku kenangkan balik, baru aku boleh imagine betapa susahnya mak abah besarkan kami dulu, dengan menoreh pokok getah. Aku adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik.
Aku anak yang keras kepala, juga paling manja dengan mak. Tapi aku berprinsip, apa2 keputusan, harus dengan redha mak abah, dan sesekali takkan menyusahkan mereka.
Turning point pertama, masa lepas upsr, aku dapat masuk ke sebuah sekolah asrama.Memang aku nak sangat masuk sebab dua orang BFF aku masuk. Nekad dah, tapi mak abah aku keberatan nak lepaskan aku masuk. Alasan mak, kemudahan sekolah tu nampak agak daif.
Aku memberontak, tapi last minit, aku akur bila satu pagi aku dengar abah cakap, “sian kakcik kalau tak bagi masuk asrama sebab kawan baik dia masuk sekolah situ”, terus hati aku jadi cair.. dan setuju nak bersekolah harian biasa sahaja. Barakah nya sebab mak abah, aku jadi pelajar terbaik, straight A dalam PMR & SPM.
Sejenis yang takkan menyusahkan mak abah, lepas SPM aku kerja sambilan untuk duit poket bekalan ke Uni. Dengan duit tersebut lah aku berdikari beli handphone sendiri. Aku faham mereka tak mampu. Alhamdulillah, aku ditawarkan masuk ke Uni tempatan.
Oh ya, asal nya aku pilih 1 course yang sangat2 aku minat dan idamkan, tapi kemudian abah cadangkan kos lain yang langsung aku tak pernah fikir. Then, well aku setuju dengan cadangan abah, dan tukar ke course tersebut 1 hari sebelum tarikh tutup (turning point yang ke 2).
Alhamdulillah, barakahnya, aku dapat biasiswa. Dengan duit tu aku survive tnpa minta seposen pun dari mak abah, sesekali balik mereka hulurkan juga RM50-100.
Aku juga jenis yang berfikiran jauh, masa belajar lagi aku ambil lesen memandu, jimat2 guna duit biasiswa, tanpa minta duit dari sesiapa. Sebab aku fikir kerja nanti dah senang boleh pandu sendiri. Setiap kali exam aku tak putus2 minta mereka doakn, alhamdulillah aku grad on time. Tiba masa aku balas jasa mereka. Niat aku hanya ingin menyenangkan mak abah.
ALLAH tahu tu, hasilnya sebulan lepas grad aku dapat tawaran kerja yang dekat dengan umah mak abah aku. Bersyukur sangat sebab semua kawan aku dicampakkan kerja jauh2. Mula2 kerja fresh grad, gaji tak banyak mana tapi cukup.
Aku ada juga buat part time untuk kumpul duit lebih. 3 bulan kerja aku beli kereta, niat nak bagi mak abah rasa naik kereta import sebab tak pernah rasa. Lepas tu aku belanja mak abah naik kapal terbang (first time dalam hidup mereka). Happy bukan kepalang.
Awal kerja lagi aku start bayar bil bulanan maxis unlimited call (sampai sekarang) untuk mereka, belikan tv, peti ais, almari baju. Tiga tahun lepas, aku masukkan cuckoo water filter kat umah mak dengan pakej bayaran bulanan aku tanggung. Aku bagi mak smart phone senang nak tengok gambar2 cucu, anak2 dalam group whatsapp family etc.
3 tahun kerja aku kahwin, teman hidup pilihan aku dapat restu mereka. Cukup criteria aku- tak merokok, kembar, aku suka yang kerja gomen sebab kerja office hour & tak kacau weekend, bukan sebab konon2 berduit ok (keje gomen tak sesenang mana). Ni pun asalnya aku tak berapa kenan, tapi mak abah kenan, aku terima (turning point yang ke 3).
Memang dah niat tak mahu susahkan, 100% belanja kawin guna duit sendiri. Mak abah tak guna 1 sen pun duit mereka, kalau ada pun mungkin tak sampai RM200 (topup belanja makan kenduri nikah kalau duit aku bagi tak cukup). Alhamdulillah menantu pilihan mereka ni memang jenis yang menghargai dan berbudi. Dan kami berdua mmg sangat menjaga kebajikan mak abah.
Dan aku yakin, apa yang aku kecapi harini adalah berkat kebajikan kepada mak abah dan doa dari mereka yang tak putus2. Hidup aku dipermudahkan. 5 tahun lepas aku bawa mereka mengerjakan umrah. Barakah dari redha mak abah dan tak berkira dengan keduanya, aku kecapi kesenangan yang aku rasakan dalam hidup pada pandangan mata sendiri.
Sepanjang 10 tahun berkerja ni, alhamdulillah, aku memiliki 3 buah rumah, saving lebih 12 bulan gaji, rezeki tunaikan umrah 2 kali, berjalan2 ke beberapa buah negara termasuk benua arab, india, china & eropah.
Tujuan aku kongsi ni bukan untuk tujuan riak, tapi untuk ceritakan berkat nya berbakti pada ibu bapa kita. Sesungguhnya, jasa mereka tak terbalas dengan apa2 pun. Sekarang aku berniat untuk penuhkan permintaan mereka selagi termampu.
Aku dan suami pasang niat untuk bawa mereka jalan2 duduk hotel yang termampu setiap bulan tahun ni dan seterusnya InsyaAllah. Kudrat mereka dah tak sekuat dulu, nak jalan oversea mmg dah tak larat. Aku betul2 ingin hargai mak dan abah, selagi jasad mereka juga jasadku dikandung badan.
Cuma tahun2 kebelakangan ini masa aku begitu sibuk dengan kerja. Doakan anakmu ini berjaya harungi dugaan yang satu ini, dan bertahan untuk lagi beberapa bulan meneruskan perjuangan di medan ilmu.
Mak abah, redhamu ku harap selalu. Ya Allah, kasihilah ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihiku waktu kecilku dulu. Jangan sesekali kita berkira dengan ibu dan bapa, atau ketepikan meraka. Tanpa keduanya, percayalah kita takkan kemana dan takkan berjaya.
– Adek (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit