Part I ( https://iiumc.com/mengidam-
Part II ( https://iiumc.com/mengidam-
Part III ( https://iiumc.com/mengidam-
Part IV ( https://iiumc.com/mengidam-
Hai Assalamualaikum semua. Nama aku masih lagi Aril walaupun ini hanyalah nama samaran kat page ini.
Masa part keempat haritu dah said goodbye kan, dah janji last confession kan, tup tup eh muncul lagi confession kelima. Hmmm semak je asyik confession dia je kat page IIUM Confession ni.
Sorry lah sebab aku rasa macam terapi tau bila menulis disini. Rasa macam lega bila aku luahkan something disini. Nak post kat FB sendiri memang tak lah, so biarlah stay anon disini.
But then still aku berterima kasih sangat kepada korang yang mendoakan kesejahteraan aku pada confession-confession aku yang lalu. Semoga doa-doa itu kembali pada korang juga okay.
Selalu jugak aku buka komen pada confession yang lalu dan tak semena-mena rasa macam something touching my heart gittew.
Terutama bila aku balik kerja, penat dan perlukan moral booster, sambil baring menghadap siling bilik, aku baca balik komen korang, fuhhhh meremang terharu oiii. Thanks semuaaaaa hehehehe
Confession kelima ni agak panjang sebab gabungan dua cerita dan cerita ini berkait antara satu sama lain.
So confession kalini ada kaitan dengan mak aku. Aku panggil ibu sebenarnya kat mak aku. So aku bahasakan mak aku “ibu” lah dalam confession kelima ni.
Aku decide untuk tulis confession ni pun sebab aku rasa berbaloi untuk aku ceritakan peranan dan pengorbanan ibu dalam mendidik anak-anak.
Tak lain tak bukan beliau lah wonder women, supermom dan pelbagai lagi gelaran yang aku nak bagi pada beliau atas jasa beliau membesarkan aku dan kakak aku. Aku dan kakak aku kembar sebenarnya.
Dia keluar beberapa minit awal dari aku padahal kitorang dah deal dalam perut ibu yang aku nak keluar dulu. Kalau tak, merasa dah orang panggil aku abang hahahaha. Okay yang tu gurau je.
So ibu aku lahirkan aku masa beliau umur 19 tahun. Teenage mom lah kiranya. Pada usia kami setahun, ibu dah jadi single mom. Ayah dan ibu berpisah masa tu. Tetapi bukan perpisahan yang membencikan kedua-dua pihak.
Tetapi perpisahan yang mengeratkan lagi hubungan diantara dua insan yang saling mencintai dan ada di waktu susah dan senang. Ibu dan ayah berpisah disebabkan keluarga ayah tidak merestui perkahwinan mereka.
Ayah pun sama umur dengan ibu dan kenal masa mereka di SBP lagi. Lepas habis sekolah, ayah kahwini ibu tetapi tidak dapat restu dari “tokma”. Nenek kami dan juga ibu kepada ayah.
Maklumlah, masa tu darah muda dan cinta tengah berputik. Tak berfikiran panjang dan terus buat keputusan tanpa consult orang tua.
Marah lah orang tua nya. Habis cara ayah buat untuk pujuk tokma tapi tak berjaya. Dan tokma ada mengatakan yang dia takkan pernah redha dan restu dengan keputusan ayah.
Setiap kali ibu berjumpa tokma, seolah-olah tokma pulaukan ibu. Tokma tak menganggap ibu ini sebagai isteri sah ayah dan layan ibu seperti outsider.
Dipendekkan cerita, disebabkan oleh tekanan dari tokma dan rasa serba salah ibu dan ayah, maka diorang decide untuk berpisah.
Maka bermulalah episod kehidupan struggle ibu dan ayah membesarkan kami. Selepas ibu dan ayah berpisah, ibu dapat tawaran untuk sambung belajar di luar negara. Jurusan perubatan.
Of course ibu tolak tawaran tersebut disebabkan oleh kami. Ayah pun sama. Ada tawaran untuk ke luar negara tetapi beliau juga tolak tawaran tersebut. Akhirnya kedua-dua sambung belajar di universiti tempatan.
Kedua-dua belajar jurusan perubatan tetapi ayah akhiri pengajian dengan jurusan pengurusan. Rupanya ayah give up jurusan perubatan dan tukar kepada pengurusan.
Alasannya, course pengurusan lagi flexible masa disebabkan ayah perlu bekerja sambil belajar untuk support kehidupan kami.
Tokma dah tak support ayah dan dah menjadi tanggungjawab ayah untuk support kami.
Kami tinggal dengan ibu dari kecil di rumah nenek, emak kepada ibu sehinggalah ibu habis belajar dan mampu untuk sewa rumah sendiri.
Dalam masa sama, ayah selalu support ibu. Nafkah untuk kami memang tak pernah ayah lupakan. Selalu ada je pakaian, makanan, duit belanja yang ayah bagi pada kami dan ibu. Walaupun masa tu, ayah masih lagi seorang pelajar.
Fast forward, ibu dan ayah dah mula bekerja. Ayah kerja sebagai manager di sebuah syarikat di ibu kota. Ibu kerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital. Sekarang pun masih lagi bekerja. Juga di ibu kota.
Masa kecil dulu memang selalu kami tanya ibu kenapa tak tinggal dengan ayah, kenapa ayah tak boleh tidur rumah ibu dan sebaliknya, kenapa ayah datang melawat kejap je, kenapa itu kenapa ini.
Tapi ibu jawab soalan itu dengan smooth je. Kami yang dengar pun berpuas hati. Ada satu hari tu ibu jawab sambil menangis. Kami yang dengar ni pun turut menangis juga. Kami faham sangat kalau kami rindukan ayah, ibu lagilah rindu.
Hubungan ibu dan ayah tetap terbaik. Selepas berpisah, ayah selalu datang jumpa kami. Boleh dikatakan kami tak pernah berpisah lah dengan ayah.
Bila ibu kerja dan on call, kami stay di rumah ayah. Bila ayah kerja, kami stay di rumah ibu. Bila kedua-dua kerja kami stay dengan nenek.
Bila weekend, kami selalu keluar makan bersama. Nenek selalu join kami bila keluar masa weekend. Ibu dan ayah kedua-duanya tak berkahwin lain selepas berpisah sampailah sekarang.
Masa ibu dan ayah jumpa time weekend pun, diorang tak nampak seperti pasangan yang bercerai. Bergelak ketawa sambil layan kami anak-anak mereka.
Dari kami tadika sampailah kami graduate universiti dan flying school, kalau ada apa-apa event memang diorang tak miss untuk datang.
Walaupun ibu dan ayah berpisah, Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik untuk pendidikan dan kehidupan kami. Tiada kurang pun apa yang kami dapat dalam hidup kami.
Kami pernah juga tanya ibu taknak get back dengan ayah ke? Ibu jawab sambil senyum, sebenarnya ibu nak sangat hidup dengan ayah. Nak ada keluarga yang normal. Walaupun ayah selalu jenguk kami dan ibu, tapi ibu nak selalu dekat dengan ayah.
Tapi apakan daya, keputusan yang ayah dan ibu buat semasa mereka muda dahulu, kahwin tanpa persetujuan tokma jadi penghalang untuk mereka bersama. Alangkah baiknya kalau mereka tahan sekejap beberapa tahun sampai habis belajar, barulah berkahwin.
Mesti tokma akan setuju dan restu hubungan mereka. Tokma sendiri ada cakap takkan redha dan restu hubungan ibu dan ayah sampai bila-bila. Bila-bila sampai tokma meninggal dunia.
Kami tanya juga ibu tak sunyi ke tiada pasangan? Ibu jawab sambil gelak, as long as anak-anak ibu ada dengan ibu, ibu takkan sunyi.
Kami pernah juga tanya ayah soalan yang sama, tetapi jawapannya lebih kurang sama dengan ibu. Kami pernah nak pujuk tokma untuk terima ibu tapi ayah tak bagi.
Ayah tak nak tokma benci kami macam tokma benci ibu. Kalau pergi rumah tokma, ayah pesan siap-siap jangan cakap pasal ibu.
Ayah bagitahu kami, ayah dan ibu dah buat bermacam cara untuk tokma tidak benci ibu. Pujuk, merayu dan sampai tahap betul-betul-betul merayu tapi tokma tetap dengan pendirian dia.
Ayah ada bagitahu yang macam mana sekalipun cara ayah buat, kalau Allah tak izinkan tokma bukakan hati untuk ibu, tetap takkan terbuka juga.
Kami pun sebenarnya musykil kenapa tokma begitu benci pada ibu. Adakah hanya disebabkan keputusan ayah dan ibu untuk kahwin setelah tamat belajar sekolah menengah tanpa bagitahu tokma atau ada cerita lain yang ibu tak ceritakan pada kami.
Kini, hampir dua tahun sudah pemergian ayah dan tokma. Ayah dan tokma meninggal dunia disebabkan covid-19. Ibu pandai sorok emosi beliau disebalik perwatakannya yang selalu tersenyum. Aku tahu ibu rindukan ayah.
Wallpaper phone ibu pun gambar dua tangan yang tersarung cincin dan aku tahu tangan itu adalah tangan ibu dan ayah semasa mereka kahwin.
Dah lama dah aku rasa ibu jadikan gambar tu sebagai gambar wallpaper. Gambar profile whatsapp pun gambar yang sama. Tak bertukar sejak dari dulu lagi.
Sebelum ayah meninggal dunia, ayah ada bagitahu aku suruh jaga ibu elok-elok. Voice note dan pesanan ayah yang panjang lebar ayah hantarkan melalui whatsapp ada lagi aku simpan sampai sekarang. Aku pernah tunjuk dan bagi ibu baca whatsapp yang ayah hantarkan pada aku.
Menangis teresak-esak ibu masa tu. Nombor phone ayah pun still lagi aktif sebab aku yang ambil phone ayah semasa ayah meninggal dunia.
Sengaja aku kekal aktifkan nombor phone ayah sampai sekarang dan sampai bila-bila supaya ibu dapat baca whatsapp beliau dan ayah bila ibu rindukan ayah.
Okay cukup dengan kisah ibu dan ayah aku. Kenapa aku ceritakan semua ni pada confession kalini? Apa kaitannya kisah ibu dan ayah aku kepada confession mengidam bau ex ni? Daripada kisah curang tetiba masuk kepada kisah rumah tangga yang lain pula.
Okay ada kisahnya. Kisahnya semasa aku bercerai dan semasa aku ceritakan kecurangan Sara pada ibu, orang yang paling murung bukanlah aku. Orang yang paling murung ialah ibu. Orang yang paling risau ialah ibu aku.
Kerap kali aku bagitahu yang aku okay tapi ibu pula bagitahu yang beliau tak okay.
Selepas aku ceritakan kecurangan Sara, ibu terus tarik tangan aku dan peluk aku seeratnya sambil menangis.
Jujur aku bagitahu baju aku masa tu memang basah habis disebabkan oleh tangisan ibu. Sambil menangis sambil ibu minta maaf pada aku. Mula-mula aku blur kenapa ibu yang kena minta maaf.
Lepas tu baru aku sedar yang ibu katakan mungkin inilah balasan kepada apa yang ibu dan ayah pernah buat pada tokma dulu. Ibu menaganggap apa yang terjadi pada aku adalah balasan kerana ibu dan ayah pernah derhaka pada tokma.
Mungkin inilah apa yang tokma rasa bila anaknya iaitu ayah kahwini ibu tanpa bagitahu sepatah ayat pada tokma. Rasa kecewa dan sebagainya.
Ibu tak berhenti meminta maaf pada aku. Aku tengok muka ibu sambil pegang pipi ibu. Aku bagitahu ibu yang ini bukan salah ibu. Tiada siapa yang bersalah bu.
Ibu takde salah apa-apa. Ibu kata dia teringat satu-satu ayat tokma yang tokma kata supaya “kau tak rasa apa yang aku rasa”. Ya sekarang ni ibu rasa apa yang tokma rasa. Aku terus peluk ibu masa tu. Sambil konsisten cakap ini bukan salah ibu.
Sepanjang aku berulang alik ke Mahkamah Syariah dan Pejabat Agama, ibu ada bersama aku. Pegang tangan aku sambil bagitahu aku “ibu ada jangan risau”. Sesekali aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum kat dia, dia senyum kat aku.
Baru nak bermanja dengan dia sekali dia potong dengan ayat “jangan jadi macam ibu”. “Jangan menyesal macam ibu”.
Tapi ada satu ayat yang ibu bagitahu aku supaya aku selalu buat keputusan yang boleh buat semua orang happy. Terutama diri sendiri dan keluarga. Ya bu, Aril ingat pesan ibu tu.
Aku pun happy sesangat dengan keputusan penceraian aku. Tak perlu dah aku hidup bersama golongan yang tak suka menghargai susah payah, penat lelah dan usaha orang yang cuba untuk bagi yang terbaik dalam hubungan.
Terutamanya hubungan rumah tangga. Orang dah tak sudi dengan usaha kita, kita lagilah tak sudi untuk bersamanya.
Setakat ini sajalah confession kelima aku. Panjang bebenor kan. Mesti korang penat membaca kan. Fuhh penat jugak jari ni menaip hahahah.
Di kesempatan ini, jomlah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang dah meninggalkan kita. Semoga mereka dikurniakan ganjaran dan di angkat darjatnya di akhirat. Okaylah, semoga jumpa lagi.
– Aril (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betapa teguhnya Cinta dn kasih syg IBU dn ayah aril.
Aril ank yg baik
ibu yang hebat, cita cita aku nak jadi mak yg mcm ni